Cara Solat Hajat & Doa Yang Ringkas Dan Betul Mengikut Ulama’


Kita adalah makhluk yang sangat lemah dan memerlukan Tuhan. Setiap dari kita pasti ada masalah dan cabaran hidup yang merungsingkan kepala.

Dan kerana lemahnya hati dan fizikal kita, kita sentiasa memerlukan pertolongan daripada Allah SWT.

وَإِذَا سَأَلَكَ عِبَادِي عَنِّي فَإِنِّي قَرِيبٌ أُجِيبُ دَعْوَةَ الدَّاعِ إِذَا دَعَانِ

Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): Sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka);Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepada-Ku. – al-Baqarah (2): 186

Selaku hamba-Nya, kita perlu menunjukkan azam dan usaha yang gigih apabila kita meminta kepada-Nya.

Salah satu caranya ialah dengan solat hajat.  Sabda Rasulullah SAW :

“Barangsiapa berwudhuk dan menyempurnakannya, kemudian bersolat dua rakaat dengan sempurna, maka dia diberi Allah apa saja yang diminta baik cepat ataupun lambat.”

(Diriwayatkan oleh Imam Ahmad)

Solat hajat mempunyai kelainan sedikit berbanding solat yang lain dimana pada sujud yang terakhir, kita akan bermohon  kepada Allah semua permohonan yang kita mahukan.

Mohonlah perkara-perkara kebaikan dan amat baik sekali sekiranya bermohon untuk sahabat dan sanak saudara kita sekali.

Waktu Solat Sunat Hajat

Solat hajat ialah salah satu dari solat sunat yang boleh dilakukan bila-bila masa sahaja selain dari waktu yang diharamkan.

Antara waktu yang terbaik untuk melaksanakan solat ini ialah pada waktu tengah malam (1/3 terakhir malam), sebelum subuh, dan antara waktu maghrib dan isya’. Seeloknya pilihlah waktu dan keadaan yang sunyi dan tenang untuk kita lebih khusyu’ bersolat dan meminta merayu kepada Allah Taala.

Solat sunat ini boleh dilakukan secara bersendirian atau pun secara berjemaah. Anda boleh mengerjakan solat hajat ini samada sekadar 2 rakaat atau mencecah sehingga 12 rakaat.

[Baca juga : Cara Solat Dhuha Yang Betul & Mudah]

Cara Solat Sunat Hajat Yang Betul

Terdapat banyak kaifiat atau cara untuk mengerjakan solat hajat. Tetapi secara asasnya ia sama seperti solat fardhu dari segi rukun dan syarat sahnya.

1. Lafaz Niat Solat Hajat

أصَلِّي سُنَّةَ الحَاجَةِ رَكَعَتَيْنِ لِلهِ تَعالىَ

Sahaja aku solat sunnat hajat dua rakaat kerana Allah Ta’ala

2. Membaca Surah Al-Fatihah

Surah Alfatihah

3. Kemudian, teruskan dengan membaca Surah Al-Kafirun atau Ayat Kursi di rakaat Pertama

Anda boleh membaca sebanyak 1 kali atau sehingga 11 kali

Surah Al-Kafirun
Surah Al-Kafirun
ayat kursi
Ayat Kursi

4. Di Rakaat Kedua pula anda boleh membaca Surah Al-Ikhlas sebanyak 1 kali atau 11 kali.

Surah Al-Ikhlas
Surah Al-Ikhlas

5. Sujud Terakhir – Pohonlah permohonan anda ketika ini

6. Membaca Tasbih – Sebaik sahaja memberi salam, terus sujud sekali lagi dan bacalah tasbih ini sebanyak 41 kali

لَّا إِلَهَ إِلَّا أَنتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنتُ مِنَ الظَّالِمِينَ

Tiada Tuhan melainkan Engkau (Allah)! Maha Suci Engkau. Sesungguhnya aku ini dari golongan orang yang aniaya.

Doa Solat Hajat

Doa Solat Hajat
Doa Solat Hajat

Doa Solat Hajat Dalam Rumi : Laa ilaha illallohul hakiimul kariim. Subhaanallohi robbil ‘arsyil ‘azhiim. Alhamdu lillaahi robbil ‘aalamiin. As aluka muujibaari rohmatika wa ‘azaa-ima maghfirotika wal ghoniimata ming kulli birri wassalaamata ming kulli itsmin Laa tada’ lii dzamban illa ghofartahu walaa hamman illaa farojtahu walaa haajatan hiya laka ridhon illa qodhoitahaa yaa arhamar roohimiin.”

Maksudnya : Laa ilaha illallohul hakiimul kariim. Subhaanallohi robbil ‘arsyil ‘azhiim. Alhamdu lillaahi robbil ‘aalamiin. As aluka muujibaari rohmatika wa ‘azaa-ima maghfirotika wal ghoniimata ming kulli birri wassalaamata ming kulli itsmin Laa tada’ lii dzamban illa ghofartahu walaa hamman illaa farojtahu walaa haajatan hiya laka ridhon illa qodhoitahaa yaa arhamar roohimiin.”

[Baca juga : Doa Selepas Solat Fardhu Yang Mudah & Ringkas]

Fadhilat Dan Kelebihan Solat Hajat Untuk Kita

  • Memberikan ketenangan minda dan hati dari bebanan yang menimpa kehidupan kita
  • Menerima segala ketetapan yang ditentukan Allah SWT dengan hati yang redha dan ikhlas
  • Permohonan dan rayuan diterima Allah Taala
  • Menyedari kita adalah manusia yang sangat lemah dan sangat memerlukan bantuan dan pertolongan dari Allah
  • Mengajar erti sabar dan redha dalam menunggu permohonan dikabulkan Allah

Moga-moga dengan amalan solat hajat ini, ianya dapat menyelesaikan permasalahan dan kerungsingan hidup kita dalam menjalani urusan sebagai hamba Allah Taala.


Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.