Bacaan Doa Iftitah Yang Mudah Yang Diajar Nabi – Dalam Rumi Berserta Maksud

doa iftitah

Ibadah solat ialah ibadah yang terutama dalam Islam. Ibadah solat juga ibadah yang pertama yang akan dihisab di akhirat nanti.

Jadi, sangat penting untuk kita memastikan solat kita ialah solat yang berkualiti. Salah satu darinya ialah dengan mengamalkan amalan-amalan sunat seperti membaca doa iftitah.

Doa iftitah ialah doa yang dibaca sebaik sahaja kita mengangkat takbiratul ihram untuk memulakan solat di rakaat pertama dan sebelum membaca surah alfatihah.

Ia termasuk dalam kategori sunat hayiah, iaitu sekiranya tertinggal, tidak perlu digantikan dengan sujud sahwi. Cara bacaannya hendaklah dalam keadaan perlahan dan tidak dikuatkan suara,

Sebenarnya terdapat banyak bacaan doa iftitah ini yang diamalkan sendiri oleh Rasulullah SAW. Bukan hanya satu bacaan sahaja. Tetapi antara yang bacaan yang popular di Malaysia ialah serperti dibawah

Bacaan Doa Iftitah Dalam Solat Versi 1

اَللهُ أَكْبَرُ كَبِيْرًا وَالْحَمْدُ ِللهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلاً. إِنِّىْ وَجَّهْتُ وَجْهِيَ لِلَّذِيْ فَطَرَالسَّمَاوَاتِ وَاْلأَرْضَ حَنِيْفًا مُسْلِمًا وَمَا أَنَا مِنَ الْمُشْرِكِيْنَ. إِنَّ صَلاَتِيْ وَنُسُكِيْ وَمَحْيَايَ وَمَمَاتِيْ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ. لاَشَرِيْكَ لَهُ وَبِذلِكَ أُمِرْتُ وَأَنَا مِنَ الْمُسْلِمِيْنَ.

Bacaan Doa Iftitah Rumi : Allaahu Akbaru kabiiraw-walhamdu lillaahi katsiiran, wa subhaanallaahi bukrataw-wa’ashiila. Innii wajjahtu wajhiya lilladzii fatharas-samaawaati wal ardha haniifam-muslimaw-wamaa anaa minal musyrikiina. Inna shalaatii wa nusukii wa mahyaaya wa mamaatii lillaahi Rabbil ‘aalamiina. Laa syariikalahu wa bidzaalika umirtu wa anaa minal muslimiin

Maksudnya :

Allah Maha Besar dengan ungkapan takbir yang agung. Segala Puji bagi Allah dengan pujian yang melimpah. Maha Suci Allah pada pagi dan petang.

Kuhadapkan wajahku kepada Zat yang menciptakan langit dan bumi dalam keadaan lurus dan pasrah. Dan aku bukanlah dari golongan orang-orang yang menyekutukan Allah. Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku semata hanya untuk Allah Tuhan semesta alam. Tiada sekutu bagi-Nya, begitulah aku diperintahkan dan aku dari golongan orang Muslim”

Video Bacaan Versi Interaktif

Doa iftitah yang popular di kalangan rakyat Malaysia ini merupakan gabungan dua hadis Rasulullah yang berbeza.

Doa Iftitah Pendek Versi 2  (Iftitah Muhammadiyah)

اللَّهُمَّ بَاعِدْ بَيْنِى وَبَيْنَ خَطَايَاىَ كَمَا بَاعَدْتَ بَيْنَ الْمَشْرِقِ وَالْمَغْرِبِ ، اللَّهُمَّ نَقِّنِى مِنَ الْخَطَايَا كَمَا يُنَقَّى الثَّوْبُ الأَبْيَضُ مِنَ الدَّنَسِ ، اللَّهُمَّ اغْسِلْ خَطَايَاىَ بِالْمَاءِ وَالثَّلْجِ وَالْبَرَدِ

Bacaan doa iftita versi 2 dalam rumi : Allaah-humma baa-’id bai-nii wa bai-na kha-thaa-yaa-ya kamaa baa-’ad-ta bai-nal masy-riqi wal magh-rib. Allaah-humma naqqi-nii min khathaa-yaa-ya kamaa yunaq-qats-tsaubul ab-ya-dlu minad danas. Allaah-hummagh-sil-nii min khathaa-yaa-ya bil maa-i wats-tsalji wal barad

Maksudnya : Ya Allah jauhkanlah antara diriku dengan kesalahanku sebagaimana Engkau jauhkan antara Timur dan Barat,Ya Allah bersihkanlah diriku dari segala kesalahan sebagaimana bersihnya kain putih dari kotoran,Ya Allah cucilah segala kesalahanku dengan air, salju, dan embun.”

Terdapat juga pelbagai lagi bacaan iftitah yang ada dan kesemuanya datang sendiri dari Rasulullah SAW.

Sebagai umat Islam, sekurang-kurangnya kita menghafal salah satu dari versi bacaan yang ada dan amalkan dalam solat kita setiap hari.

Kelebihan Doa Iftitah

Doa iftitah ini mempunyai fadhilat yang sangat besar. Fadhilat ini disebut sendiri oleh Rasulullah SAW dalam salah satu hadisnya.

“Dari Ibnu Umar R.A : Ketika kami sedang solat bersama-sama Rasulullah SAW, tiba-tiba ada seorang lelaki dalam jemaah yang membaca: “Allahuakbarkabira walhamdulillahikathira wa subhanaAllahibukratauwwa ashila.”.

Maka bertanya Rasulullah SAW, “Siapa yang membaca kalimat tadi?”.

Jawab lelaki itu, “Aku Ya Rasulullah!”.

Sabda Nabi Muhammad SAW’, Aku kagum terhadap kalimat itu; kerananya dibukakan segala pintu langit.”

Kata Ibnu Umar,”Aku tidak pernah lupa membacanya sejak kudengar Rasulullah S.A.W bersabda seperti itu.”

Inilah kehebatan dan fadhilat luar biasa kepada mereka yang membaca doa iftitah. Pintu langit terbuka dan ini bermakna doa kita lebih mudah dan cepat untuk sampai kepada Allah. Justeru, bacalah ia walau bacaan yang pendek.


Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *