Doa Qunut Solat Subuh – Bacaan, Rumi dan Penjelasannya

doa qunut solat subuh

Doa qunut ialah salah satu dari perkara yang dilakukan dalam solat subuh. Disebabkan ianya adalah perkara yang khusus ada pada solat subuh sahaja, ia membuatkan kita seringkali terlupa untuk melakukannya.

Ditambah dengan perasaan mengantuk dan kurang fokus semasa solat, seringkali kita tertinggal amalan ini.

Doa qunut dibaca sebaik sahaja anda membaca bacaan berdiri iktidal (selepas ruku’).

Hukum melaksanakan bacaan doa qunut ialah sunat muakkad. Ini berdasarkan sabda Nabi Muhammad S.A.W

Diriwayatkan oleh Anas Bin Malik R.A,

“Sesungguhnya Rasulullah SAW membaca qunut selama sebulan penuh berturut-turut untuk mendoakan pembunuhan sahabat-sahabatnya di telaga Ma’unah, kemudian baginda tidak meninggalkannya. Walaubagaimana pun, baginda tidak pernah meninggalkan bacaan qunut pada solat subuh”

[Hadis riwayat Al-Baihaqi, al-Daruquthni, Ahmad dan Hakim – sahih]

Sekiranya tertinggal, disunatkan untuk anda menggantikannya dengan sujud sahwi.

Bacaan Doa Qunut Solat Subuh Sekiranya Anda Solat Berseorangan Atau Menjadi Makmum

Sekiranya anda tidak dapat melihat imej diatas, ini adalah Doa Qunut dalam bahasa Arab:

اَللّهُمَّ اهْدِنِىْ فِيْمَنْ هَدَيْتَ ,وَعَافِنِى فِيْمَنْ عَافَيْتَ , وَتَوَلَّنِىْ فِيْمَنْ تَوَلَّيْتَ , وَبَارِكْ لِىْ فِيْمَا اَعْطَيْتَ, وَقِنِيْ شَرَّمَا قََضَيْتَ,  فَاِ نَّكَ تَقْضِىْ وَلاَ يُقْضَى عَلَيْكَ , وَاِ نَّهُ لاَ يَذِلُّ مَنْ وَالَيْتَ, وَلاَ يَعِزُّ مَنْ عَادَيْتَ, تَبَارَكْتَ رَبَّنَا وَتَعَالَيْتَ, فَلَكَ الْحَمْدُ عَلَى مَا قَضَيْتَ, وَاَسْتَغْفِرُكَ وَاَتُوْبُ اِلَيْكَ, وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَيِّدَنَا مُحَمَّدٍ النَّبِيِّ اْلاُمِّيِّ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ

Bacaan dalam Rumi : Allahummah dinii fii man hadait. Wa’aafinii fii man ‘aafaiit. Wa tawallanii fii man tawallaiit. Wa baarik lii fiimaa a’thaiit. Wa qinii syarramaa qadthaiit. Fa innaka taqdthii walaa yuqthdaa ‘alaiik. Wainnahu laa yadzillu man wãlaiit. Walaa ya’izzu man ‘aadaiit. Tabaa rakta rabbanaa wata ’aalait Fa lakal-hamdu ‘alaa maa qadhaiit Astaghfiruka wa atuubu ilaiik, wa shallallaahu ‘alaa sayyidina Muhammadinin-nabiyyil ummiyyi wa’alaa aalihii wa shahbihii wa sallam.”

Bacaan Doa Qunut Solat Subuh Sekiranya Anda Menjadi Imam

Bacaan dalam Rumi Bahasa Melayu : Allaahummah Dinaa Fiiman Hadaiyt, Wa ‘aafinaa Fiiman ‘Aafaiyt, Wa Tawallanaa Fiiman Tawallaiyt, Wa Baariklanaa Fiimaa a’toiyt, Wa qinaa Syarromaa Qodloiyt, Fainnaka Taqdlii walaa yuqdloo ‘alaiyk, Wa innahu laa yadzillu maw waalayt, Walaa ya’izzuman ‘aadaiyt, Tabaarokta robbanaa wata’aalaiyt, Falakal hamdu ‘alaa maa qodloiyt, wa astaghfiruka wa atuubu ilaiyk, wa shallaahu ‘alaa sayyidinaa Muhammadinnabiyyil ummiyyi wa’alaa aalihi wasahbihi wasallam

Maksud dan Terjemahan Bacaan Doa Qunut : Ya Allah tunjukkanlah akan daku sebagaimana mereka yang telah Engkau tunjukkan. Dan berilah kesihatan kepadaku sebagaimana mereka yang Engkau telah berikan kesihatan. Dan peliharalah daku sebagaimana orang yang telah Engkau peliharakan.

Dan berilah keberkatan bagiku pada apa-apa yang telah Engkau kurniakan. Dan selamatkan aku dari bahaya kejahatan yang Engkau telah tentukan. Maka sesungguhnya Engkaulah yang menghukum dan bukan kena hukum. Maka sesungguhnya tidak hina orang yang Engkau pimpin. Dan tidak mulia orang yang Engkau memusuhinya. Maha Suci Engkau wahai Tuhan kami dan Maha tinggi. 

Hanya untuk-Mu segala pujian di atas yang Engkau tentukan.Ku memohon ampun dari-Mu dan aku bertaubat kepada Engkau (Dan semoga Allah) mencurahkan rahmat dan sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad, keluarga dan sahabatnya.

Untuk membantu anda membaca doa qunut dengan lebih baik, anda boleh mendengar bacaan doa qunut dibawah

Kelebihan Doa Qunut

Doa qunut ini ialah satu amalan yang dicontohi dari Rasululllah SAW yang memanjatkan doa qunut khusus untuk para sahabat yang terbunuh selama satu bulan berturut-turut. Dengan doa qunut, kita memohon beberapa perkara, antaranya ialah

1. Mohon Diberikan Petunjuk

Dalam bacaan yang berbunyi Allahummahdinii fii man hadaiit, bacaan ini bermaksud Ya Allah, tunjukkanlah kepada aku hidayah sepertimana yang Engkau telah tunjukkan

Moga-moga dengan lafaz ini, kita sentiasa diberi petunjuk dan hidayah agar tidak terpesong dari jalan Allah

2. Mohon Bagi Mendapatkan Perlindungan Kesihatan

Dalam lafaz yang berbunyi “Wa’aafinii fii man ‘afaiit”, maksudnya ialah

Dan berilah kesihatan kepadaku sebagaimana mereka yang Engkau telah berikan kesihatan

Ayat ini ialah ayat yang memohon keselamatan bukan sahaja dalam kesihatan bagi terhindar dari penyakit yang berbahaya, tetapi juga bermaksud untuk memohon perlindungan dari apa jua bahaya dalam kehidupan kita sebagai hamba Allah dan manusia

3. Memohon Keampunan

Dalam ayat “WaAstaghfiruka wa atuubu ilaiik” pula, kita memohon keampunan dari segala salah dan silap yang kita pernah dan akan lakukan kepada ALLAH swt.

Hanya Allahlah yang layak untuk kita mohon keampunan.

Hukum Dan Persoalan Berkaitan Doa Qunut

Terdapat beberapa permasalahan dan khilaf dikalangan ulama’ berkenaan hukum membaca doa qunut ini. Tetapi, bagi kita rakyat malaysia yang mengikuti mazhab Syafie, bacaan qunut dalam solat subuh adalah sunat muakad.

Untuk penerangan lebih jelas dan terperinci, anda boleh menonton huraian dari Ustaz Azhar Idrus dibawah ini

Soalan-Soalan Berkaitan Doa Qunut

​​​​​​​1. Bagaimanakan cara melakukan doa qunut dan bolehkah kita menyapu muka selepas membaca doa tersebut?

Menurut Mazhab Syafie, disunatkan mengangkat tangan apabila membaca bacaan doa qunut. Setelash selesai, tidak disunatkan untuk menyapu muka dan seeloknya doa ini dibaca dengan suara kuat sekiranya anda menjadi imamn dan nada perlahan sekiranya anda makmum dan solat berseorangan.

2. Sekiranya saya tertinggal doa qunut, apa yang perlu saya lakukan?

Menurut mazhab syafie, anda boleh menggantikan doa qunut yang tertinggal dengan sujud sahwi. Sujud sahwi ialah sujud yang dilakukan selepas tahiyat akhit sebelum memberi salam.

Kemudian semasa sujud, dibacakan lafaz ini sebanyak 3 kali

سُبْحَانَ مَنْ لاَ يَنَامُ وَلاَيَسْهُوْ

Bacaan rumi : Subhana Man Laa Yanaamu Walaa YasHu

Maha suci Allah, zat yang tidak pernah tidur dan tidak pernah lupa

Kemudian, duduk di antara dua sujud sebentar dalam 2-3 saat. Kemudian sujud sekali lagi. Sujud kedua ini, tidak lagi perlu membaca apa-apa bacaan. Sujud dalam 2-3 saat, kemudian bangun dan duduk tahiyat akhir dan terus memberi salam menandakan solat sudah habis dilakukan.

 


Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *