Permohonan eGTukar Pertukaran Guru Online Sesi 2018 (Jun & Januari)


Kebanyakan guru dan pendidik di sekolah-sekolah dibawah kementerian Pendidikan Malaysia ditempatkan secara rawak oleh pihak kementerian.

Disebabkan itu, pasti ada tempat pilihan yang guru-guru mahu ditempatkan untuk menabur bakti. Antara sebab yang popular ialah

  • Mahu menjaga ibu dan bapa yang sudah tua
  • Mahu bersama suami atau isteri dengan lebih dekat
  • Masalah kesihatan

Walau apa jua alasan, pihak kerajaan telah membangunkan satu sistem yang dipanggil modul Sistem Pengurusan Guru egTukar secara online yang dibangunkan Bahagian Pengurusan Maklumat Kementerian Pendidikan Malaysia bagi memudahkan guru memohon pertukaran guru.

Permohonan egTukar ini melibatkan pentadbir sistem dan guru-guru antara bahagian/Negeri, Antara Daerah dan Dalam Daerah dan hanya dibuka pada tempoh waktu yang tertentu sahaja.

Dibawah ialah jawatan dan gred pegawai pendidikan yang boleh menggunakan sistem egTukar untuk memohon:

  • DG29,DG32(KUP TIME-BASED)
  • DG34 (KUP TIME-BASED)
  • DG38 (KUP TIME-BASED)
  • DG41
  •  DG42
  • DG44 (KUP TIME-BASED)
  • DG48 (KUP TIME-BASED)
  • DG52 (KUP TIME-BASED)
  • DG54 (KUP TIME-BASED)

Untuk senarai yang lebih lengkap, anda boleh melihat jadual dibawah

KATEGORI GURU GRED PENYANDANG                CATATAN
Guru Akademik Gred DG29, DG32 (Time-based KUP), DG34 (Time-based KUP), DG38 (Time­ based  KUP),  DG41, DG42 (KUP), DG44 (Time-based KUP), DG48 (Time-based KUP),   DG52 (Time-based   KUP)  dan DG54 (Time-based KUP)
  • Bagi urusan pertukaran antara Negeri / Bahagian, Guru Gred DG42 (KUP), Guru Cemerlang, dan Guru Tingkatan Enam yang sedang memangku boleh memohon melalui sistem tetapi pertukaran pegawai akan diproses selepas pegawai disahkan kenaikan pangkat;
  • Urusan pertukaran Guru Tingkatan Enam hanya melibatkan pertukaran ke gred jawatan yang sama dan tidak terpakai bagi penyandang KUP TimeBased.
Guru   Cemerlang    di sekolah sahaja Gred DG32 (KUP), DG34 (KUP), DG38 (KUP), DG44 (KUP), DG48 (KUP), DG52 (KUP), DG54 (KUP) dan Khas C (KUP)
Guru Tingkatan  Enam    yang  telah   dilantik,Guru Cemerlang I  Tingkatan Enam dan Guru Tingkatan Enam Tagging Bahagian Pengurusan Sumber Manusia.

Gred  DG41  (tagging),   DG44, DG48, DG52 dan Guru Cemerlang Tingkatan Enam.

Manakala pemohon yang menjawat jawatan seperti berikut hendaklah;​​​​​​​

1. Pentadbir secara hakiki – Mengisi borang permohonan secara manual dan dihantar ke Bahagian Pengurusan Sumber Manusia melalui Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) atau Bahagian Sektor Operasi Pendidikan yang berkaitan;

2. Guru Cemerlang di lnstitusi (IAB, ELTC, KM) – Mengisi borang permohonan secara manual dan dihantar ke Bahagian Pengurusan Sumber Manusia melalui Ketua Jabatan masing-masing; dan

3. Guru Tingkatan Enam yang ditempatkan secara Khas Untuk Penyandang (KUP) – Mengisi borang permohonan secara manual dan dihantar ke Bahagian Pengurusan Sumber Manusia melalui Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) atau Bahagian Sektor Operasi Pendidikan yang berkaitan.

[Baca juga : Permohonan UPU Secara Online]

 

Tarikh Penting dan Cara Permohonan EGTukar 2018 Online

Permohonan egtukar hanya boleh dibuat sekali sahaja bagi setiap orang iaitu pada

  • Tarikh : 18 Februari – 25 Mac 2018 sahaja
  • Permohonan boleh dibuat melalui link dibawah​​​​​​​​ – 
  • Proses pertukaran akan berlaku 2 kali setahun iaitu pada bulan Januari dan Jun 2018

Langkah Demi Langkah Membuat Permohonan dan Menggunakan Sistem EGTukar Online

1. Bagi yang pertama kali menggunakan sistem ini, sila daftar/sign up terlebih dahulu di url ini : https://epgo.moe.gov.my/dr_login/sign_up.cfm

2. Baca panduan penggunaan eGTukar ini di sini : https://epgo.moe.gov.my/surat_siaran/manual_pengguna_am_e-GTukar.pdf

3. Pemohon perlu menggunakan sistem lampu isyarat bagi mendapatkan maklumat terdapat kekosongan jawatan pada tempat yang dipohon. Akses sistem lampu isyarat disini: https://epgo.moe.gov.my/menu/sk_kekosongan_opsyen_terkini.cfm

Sistem lampu isyarat ialah satu sistem bagi memudahkan pemohon untuk mendapatkan maklumat samada sesuatu negeri tersebut terdapat kekosongan jawatan yang dipinta pemohon.

  • Warna hijau – Terdapat kekosongan
  • Warna Merah – Sudah penuh

Pemohon hanya layak memohon sekiranya terdapat kekosongan mengikut opsyen. Antara sebab permohonan anda ditolak ialah opsyen tersebut sudah berwarna merah.

4. Semak dan kemaskini maklumat pada Sistem Pengurusan Sekolah (SPS) Modul Pengurusan Guru e-Operasi terlebih dahulu sebelum membuat permohonan di url ini : https://eoperasi.moe.gov

5. Login dan Isi borang pertukaran yang telah disediakan.

[Baca juga : Semakan Keputusan UPU Online]

 

Soalan-Soalan Yang Kerap Ditanya Berkaitan egTukar Online

1. Permohonan saya gagal, bolehkah saya membuat rayuan?

Tidak boleh. Keputusan adalah muktamad. Tiada rayuan yang boleh dibuat. Tetapi anda boleh membuat permohonan pada sesi akan datang (tahun hadapan).

Keputusan pertukaran boleh diketahui pada bulan Jun 2018 dan Januari 2019 di portal EgTukar.

2. Saya ada masalah semasa mengisi borang permohonan, kepada siapakah perlu saya rujuk?

Pemohon hanya boleh merujuk kepada JPN/PPD daerah asal atau daerah yang dipohon sahaja. Anda tidak dibenarkan merujuk kepada pihak KPM.

Jenis Sekolah Pihak Yang Dirujuk
Sekolah Rendah Harian (SK, SJKC dan SJKT) dan Sekolah Menengah Harian Pejabat         Pendidikan        Daerah/Jabatan Pendidikan Negeri
SABK(R), SABK(M) dan SMKA Bahagian     Pendidikan     Islam / Jabatan Pendidikan Negeri
Kolej    Vokasional    dan    Sekolah Menengah Teknik Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional
Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas, Sekolah Menengah Pendidikan Khas dan Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional Bahagian     Pendidikan     Khas / Jabatan Pendidikan Negeri
Sekolah Berasrama Penuh Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan
Sekolah Seni Bahagian Kokurikulum dan Kesenian
Sekolah Sukan Bahagian Sukan

3. Bolehkah saya membuat permohonan secara manual? Saya tak pandai komputer.

Tidak boleh. Permohonan hanya boleh dilakukan secara online melalui sistem modul e-GTukar sahaja. Tiada permohonan manual atau offline yang dibenarkan pihak KPM.

4. Apakah kriteria yang melayakkan guru untuk lulus bertukar ke negeri yang dimohon?

Terdapat tiga kriteria utama yang melayakkan guru lulus bertukar ke negeri yang dimohon iaitu:

  • Kepentingan perkhidmatan
  • Kekosongan jawatan
  • Keperluan opsyen di negeri yang dimohon

5Berapa    lamakah    tempoh    perkhidmatan    yang    melayakkan seseorang guru itu lulus bertukar?

Kelulusan tidak tertakluk kepada tempoh berkhidmat secara mutlak. Ia bergantung kepada kepentingan perkhidmatan, kekosongan perjawatan dan keperluan opsyen di negeri khidmat semasa dan negeri yang dimohon.

6. Adakah pertukaran suka sama suka boleh dilaksanakan?

Tiada pertukaran suka sama suka. Kelulusan pertukaran mengambil kira bilangan keseluruhan permohonan ke daerah/sekolah tersebut berdasarkan kepentingan perkhidmatan, kekosongan jawatan dan keperluan opsyen daerah/ sekolah yang dimohon

7. Adakah permohonan pertukaran saya tidak akan diluluskan secara automatik sekiranya pengetua/guru besar tidak menyokong permohonan tersebut?

Permohonan pertukaran yang tidak disokong oleh pengetua/guru besar masih boleh dipertimbangkan berdasarkan kepentingan perkhidmatan.

8. Adakah saya boleh membatalkan kelulusan pertukaran seandainya saya tidak jadi bertukar?

Kelulusan pertukaran adalah muktamad. Guru tidak boleh membatalkan kelulusan tersebut dan perlu segera melapor diri bertugas di sekolah baharu yang telah ditempatkan. Guru boleh dikenakan tindakan tatatertib kerana ingkar arahan pertukaran.

9. Sekiranya saya telah lulus pertukaran tetapi tidak melapor diri dalam tempoh yang ditetapkan, apakah tindakan yang akan diambil terhadap saya?

Seseorang guru atau penjawat awam yang tidak melapor diri boleh diambil tindakan berdasarkan Peraturan 4(2)(i): ingkar perintah atau berkelakuan dengan apa-apa cara yang boleh ditafsirkan dengan munasabah sebagai ingkar perintah, selaras dengan arahan Ketua Setiausaha, Kementerian Pendidikan Malaysia melalui surat Bil. KPM. INTEGRITI(S)600-12/16 (12) bertarikh 11 Februari 2015 berkaitan dengan ketidakpatuhan pegawai terhadap arahan penempatan/pertukaran tempat bertugas.

10. Apakah    yang    perlu    saya    lakukan    sekiranya    saya    ingin membatalkan permohonan pertukaran saya?

Pembatalan permohonan boleh dilakukan oleh :

  • a)    Pemohon sendiri – sekiranya permohonan pertukaran tersebut belum dibuat pengesahan oleh Pengetua/Guru Besar
  • b)    PPD/JPN semasa – sekiranya permohonan pertukaran tersebut telah dibuat pengesahan oleh Pengetua/Guru Besar

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *