Piramid Makanan Seimbang Malaysia Beserta Fungsinya – Dikeluarkan KKM

Piramid Makanan

Piramid makanan ialah satu panduan yang membantu mengkelaskan jenis makanan yang diperlukan oleh tubuh badan kita.

Ianya memberi gambaran satu pemakanan seimbang yang perlu kita ikut bagi memastikan badan mendapat nutrisi yang cukup.

Piramid makanan bermula apabila Kementerian Pertanian di US mahu memberi panduan makanan yang terbaik untuk dipilih dan dimakan.

Di Malaysia, piramid makanannya mempunyai gabungan 5 jenis kumpulan makanan yang diletakkan pada 4 aras tingkat berbeza.

Saiz setiap aras menentukan kadar jumlah peratus yang perlu diambil  setiap hari bagi setiap kumpulan makanan tersebut.

Bentuk piramid yang besar di bahagian tapak dan kemudiannya semakin mengecil apabila ke puncak, menunjukkan makanan yang paling bawah perlu diambil dalam jumlah yang lebih berbanding yang diatasnya.

Dibawah ialah piramid makanan Malaysia yang diguna pakai :

Aras 1 (Tapak) – Gandum, Bijiran dan Roti

Di kawasan ini, menunjukann kumpulan makanan yang paling penting dan perlu diambil dalam jumlah yang banyak. Selain itu juga, kumpulan makanan ini juga lebih berkhasiat dan baik untuk kesihatan tubuh.

  • Sumber utama karbohidrat dan membekalkan tenaga yang diperlukan setiap hari
  • Jumlah sajian yang dicadangkan ialahsehingga 4-8 sajian sehari

Contoh makanan : Barli, nasi, gandum, roti, ubi

[Baca juga : 7 Khasiat Buah Pisang Kepada Manusia]

Aras 2 – Buah Buahan dan Sayur Sayuran

  • Sumber terbaik untuk membekalkan serat, vitamin, mineral, mikro dan makronutrisi pada badan
  • Membantu menguatkan sistem pertahanan dan imunisasi tubuh
  • Membantu mencegah pelbagai penyakit kronik yang berbahaya seperti kencing manis dan sakit jantung
  • Jumlah sajian yang dicadangkan ialah 2-3 sajian setiap hari
  • Contoh makanan ialah sawi, bayam, pisang, nenas dan lain-lain
  • Paling terbaik ialah dengan melebihkan sayur-sayuran hijau
  • Pastikan ambil dan makan dari sumber yang organik dan bebas dari sebarang bahan kimia atau racun serangga yang berbahaya

Aras 3 – Produk Tenusu, Daging dan Kekacang

  • Membantu membekalkan kalsium, protein dan magnesium yang sangat bagus untuk tumbesaran dan kekuatan tulang
  • Juga membantu menguatkan sistem imunisasi tubuh
  • Protein sangat diperlukan badan dalam proses membina dan menggerakkan metabolisma badan
  • Makan ikan dengan lebih kerap berbanding daging. Paling baik dimakan setiap hari kerana ikan bukan sahaja membekalkan protein, malah turun menyediakan omega 3 yang sangat baik untuk otak
  • Pengambilan sehari yang disyorkan ialah sekitar 1-2 sajian
  • Pilih daging atau ayam yang kurang lemak kolestrol
  • Minum susu dan produk tenusu paling kurang sehari sekali bagi mengelakkan risiko osteoporosis – tulang rapuh di usia tua

Aras 4 – Lemak, Minyak, Garam dan Gula

  • Aras ini ialah aras yang terletak paling tinggi dan yang paling kecil kawasannya. Ini menunjukkan anda hanya perlu makan dalam jumlah yang sangat sedikit
  • Sekiranya diambil secara berlebihan, kumpulan makanan ini boleh menyebabkan tubuh badan menghidapi penyakit kronik seperti kencing manis dan sakit jantung
  • Hadkan pengambilan kumpulan makanan ini kepada beberapa hari sekali sahaja
  • Antara contoh makanan aras ini ialah kek, manisan, keropok, makanan ringan dan minuman ringan

Piramid makanan bertujuan untuk memberikan gambaran asas kepada kita terhadap keperluan nutrisi yang diperlukan badan setiap hari.

Ianya juga menggambarkan satu diet pemakanan seimbang yang penting untuk kesihatan badan.

Sajian yang terbaik ialah sajian yang lengkap dari segi aspek nutrisi dan tidak semata-mata tertumpu kepada satu kumpulan makanan sahaja.

Jagalah kesihatan dan pemakanan kerana punca segala penyakit itu berpunca dari perut dan makanan kita.


Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *