12 Lagu Patriotik Malaysia Beserta Lirik Untuk Anda Yang Cintakan Negara


Setiap tahun pada bulan Ogos, negara kita akan menyambut Sambutan Kemerdekaan. Ketika ini, pasti kedengaran di corong-corong radio dan siulan kawan-kawan nyanyian lagu-lagu patriotik Malaysia yang pasti membangkitkan semangat cintakan negara.

Bagi menyemarakkan lagi rasa cinta dan sayang pada negara kita Malaysia, kami kumpulkan kepada anda 12 lagu patriotik terbaik beserta lirik yang boleh anda nyanyikan dalam apa jua majlis dan bila-bila masa.

Moga-moga usaha ini dapat menaikkan lagi jati diri dan rasa bangga kita sebagai anak Malaysia.

1. Tanggal 31 Ogos

Penerbit Album: Pak Ngah
Penggubah Muzik: YBhg Dato’ Ahmad Nawab Pak Ngah Wah Idris
Pemuzik: Swakarya
Penyanyi Latar: Swara

Lirik Lagu Tanggal 31 Ogos

Tanggal 31
Bulan lapan lima puluh tujuh
Merdeka ! Merdeka !
Tetaplah merdeka
Ia pasti menjadi sejarah

Tanggal 31
Bulan lapan lima puluh tujuh
Hari yang mulia
Hari bahagia
Sambut dengan jiwa yang merdeka

Mari kita seluruh warga negara
Ramai-ramai menyambut hari merdeka
Merdeka !
Tiga satu bulan lapan lima puluh tujuh
Hari mulia negaraku merdeka

2. Bumi Malaysia

Penerbit Eksekutif : Ahmad Bin Ali, Annuar Bin Idris
Penerbit : Rosli Bin Derani, Nur Eliza Bte Mohd Arifin, Wan Abd.Rahman Bin Wan Harun
Studio Rakaman : Rentak (RTM)

Lirik Lagu Bumi Malaysia

Bersinar di seluruh alamku
Gemilang cemerlang cahaya
Lahirnya di zaman dunia baru
Malaysia negara baru Malaysia

Berkibar bendera Malaysiaku
Berkibar di angkasa tinggi
Menunjukkan semangat bersatu
Bumi Malaysia tetap aman bersatu

Terus berjaya dan subur bahagia
Malaysia negara ku yang kaya
Tetap terpuji serata dunia
Kerana hidup damai sentiasa

Gembira di bumi ku Malaysia
Bermegah segala makhluknya
Mempertahankan semangat maju
Berjaya Malaysia negara baru

[Baca juga : Perodua Myvi Baru 2018 – Spesifikasi & Harga ]

3. Bahtera Merdeka

Penerbit Album: Pak Ngah
Penggubah Muzik: YBhg Dato’ Ahmad Nawab Pak Ngah Wah Idris
Pemuzik: Swakarya
Penyanyi Latar: Swara

Lirik Lagu Bahtera Merdeka

Bonda senyum riang
Menerima bahtera Merdeka
Putra putri sayang
Putra putri sayang
Sedang berjuang

Fajar telah tiba
Nan menyinsing membawa harapan
Tanah Semenanjung
Tanah Semenanjung
Pusaka Bangsa

( korus )
Jiwa dan raga
Buktikanlah pada nusa bangsa
Supaya negara maju jaya
Aman Merdeka

Duhai ibu pertiwi
Putra putri datang sujud bakti
Ingin menunaikan
Ingin menunaikan
Sumpah dan janji

( ulang korus hingga akhir )

4. Jalur Gemilang

Penerbit Album: Pak Ngah
Penggubah Muzik: YBhg Dato’ Ahmad Nawab Pak Ngah Wah Idris
Pemuzik: Swakarya
Penyanyi Latar: Swara

Lirik Lagu Jalur Gemilang

Merahmu bara semangat waja
Putihmu bersih budi pekerti
Kuning berdaulat payung negara
Biru perpaduan kami semua

Puncak dunia telah kau tawan
Lautan luas telah kau redah
Membawa semangat jiwa merdeka
Semarak jaya kami warganya

Empat belas melintang jalurnya
Semua negeri dalam Malaysia
Satu suara satu semangat
Itu sumpah warga berdaulat

Jalur gemilang… di bawah naunganmu
Jalur gemilang… kami semua bersatu
Perpaduan ketaatan
Amalan murni rakyat Malaysia
Jalur gemilang… megah kami terasa
Jalur gemilang… kibarkanlah wawasan
Merah putih biru kuning
Jalur semangat kami semua

Berkibarlah
Berkibarlah
Berkibarlah

Jalur gemilang

5. Keranamu Malaysia

Penerbit Album: Pak Ngah
Penggubah Muzik: YBhg Dato’ Ahmad Nawab Pak Ngah Wah Idris
Pemuzik: Swakarya
Penyanyi Latar: Swara

Lirik Lagu Keranamu Malaysia

Buruh, nelayan dan juga petani
Gaya hidup kini dah berubah
Anak-anak terasuh mindanya
Lahir generasi bijak pandai

Pakar IT, pakar ekonomi
Jaguh sukan dan juga jutawan
Berkereta jenama negara
Megah menyusur di jalan raya

Alam cyber teknologi terkini
Kejayaan semakin hampiri
Biar di kota ataupun desa
Kita semua pasti merasa bangga

Keranamu kami mendakap tuah
Keranamu kami bangsa berjaya
Keranamu kami hidup selesa
Limpah budi kemakmuran negara

Keranamu kami bebas merdeka
Keranamu myawa dipertaruhkan
Keranamu rela kami berjuang
Demi bangsa kedaulatan negara

( ulang dari mula )

Keranamu Negara Malaysia
Malaysia…
Terima kasih Malaysia !

[Baca juga : Apa Itu CTOS dan Cara Semakan Step By Step ]

6. Satu Malaysia

Penggubah Muzik: Limkokwing University of Creative Technology
Pemuzik: Limkokwing University of Creative Technology
Penyanyi Latar: Pelajar-pelajar Limkokwing University of Creative Technology Ronnie & Ernie

Lirik Lagu Satu Malaysia

Verse 1
Dunia kian berubah
Perubahan melingkari
Melaksana hasrat hati
Kejayaan terbukti

Verse 2
Dunia yang megah
Dengan misi yang gagah
Kerana perpaduan
Kita masih bersama

Chorus
Kita satu bangsa, Kita satu Negara
Kita satu matlamat, oooo
Kita satu bangsa, satu Negara
Kita satu Malaysia

Verse 3
Bermulanya sekarang
Perjalanan dilaksana
Seia sekata sehati dan sejiwa

Verse 4
Membina masa hadapan
Menuju kejayaan
Kita semua rakyat Malaysia
Harmoni, saling menghormati

Chorus x2
Kita satu bangsa, Kita satu Negara
Kita satu matlamat, oooo
Kita satu bangsa, satu Negara
Kita satu Malaysia

7. Malaysia Tercinta

Penerbit Eksekutif : Ahmad Bin Ali, Annuar Bin Idris
Penerbit : Rosli Bin Derani, Nur Eliza Bte Mohd Arifin, Wan Abd.Rahman Bin Wan Harun
Studio Rakaman : Rentak (RTM)

Lirik Lagu Malaysia Tercinta

Tanah air tercinta
Ibu Pertiwi warisan bangsa
Negaraku Malaysia bebas merdeka
Lambang keamanan dan kemakmuran

Bertekap dan berbakti
Semangat waja gigih berusaha
Sehati dan sejiwa
Rakyat berbilang bangsa
Menuju ke arah satu cita

Keluhan resah
Tiada bermain di jiwa
Semuanya bergantikan ceria
Zaman gerhana jauh sudah
Ditinggalkan

Malaysia tanah tercinta
Budimu tinggi nilainya
Kami menerima jasamu
Tak terbalas walau bergalang nyawa
Demi mu tetapku relakan
Malaysia tercinta
Tanah bertuah
Jasa dan budi
Tetapku sanjung tinggi
Tetapku sanjung tinggi

8. Aku Negaraku

Lagu ciptaan : Audi Mok
Lirik :
Shazree Ishak
Penyanyi :
Hafiz Suip dan Jaclyn Victor

Lirik Lagu Aku Negaraku

Ku sedar Tanah air aku bertuah
Di sini tempatku berjasa
Ku sedar sempurna hidupku di sini
Malaysia ku terhutang budi

[chorus]
Aku Negaraku
Aku Negaraku
Sememangnya negaraku maju
Negaraku Tanah tumpah darahku

Aku negaraku
Di hatiku negaraku
Selamanya aku negaraku
Satu

Negaraku Tanah tumpah darahku
Kita bersama membina masa depan
Semangat setinggi angkasa
Kita bersama bersyukur pada Tuhan
KepadaNya kita berserah

Ulang [chorus]

Ku laungkan namamu ke seluruh dunia
Malaysia aku bahagia

Ulang [chorus]

Aku negaraku

9. Gemuruh Suara

Lagu ciptaan : Kumpulan KRU
Lirik :
Ramli Sarip, Caprice dan Dato’ Shafri Mohamad
Penyanyi :
Team Malaysia

Lirik Lagu Gemuruh Suara

Kalau engkau jatuh,
Jangan engkau lemah,
Kerana hidup mengajar kita,
Jangan cepat mengalah.

Bina yakin diri,
Mampu kita lakukan,
Tiada yang mustahil,
Segalanya Boleh!

Kita bergandingan,
Meraikan Malaysia!

Gemuruh suara,
Jadi bangsa Berjaya,
Gemuruh perkasa,
Bawah satu bendera,
Nama kita bina,
Diseluruh benua rasa bangga,
Genggam amanat wira,
Julang panji Malaysia..
Genggam amanat wira,
Julang panji Malaysia!!

10. Fikirkan Boleh

Penyanyi : Amuk

Lirik Lagu Fikirkan Boleh

Jika kau fikirkan kau boleh
Kau hampir boleh melakukan
Jika kau fikirkan ragu-ragu
Usahamu tidak menentu

Jika kau fikirkan kekalahan
Kau hampiri kegagalan
Jika kau fikirkan kemenangan
Kau hampiri kejayaan

Engkaulah apa kau fikirkan
Terkandung dalam pemikiran
Kau fikir boleh melakukan
Fikirkan boleh

Percaya apa kau lakukan
Tabah apa kau usahakan
Bertindak atas kemampuan
Engkau boleh

11. Warisan

Lagu ciptaan : Syed Haron Syed Ahmad
Lirik :
Syed Haron Syed Ahmad
Penyanyi :
 Sudirman
Album : Abadi

Lirik Lagu Warisan

Disini lahirnya sebuah cinta
Yang murni abadi sejati
Disini tersemai cita cita
Bercambah menjadi warisan

( korus )
Andai ku terbuang tak diterima
Andai aku disingkirkan
Kemana harusku bawakan
Kemana harusku semaikan cinta ini

Betapa
Dibumi ini ku melangkah
Keutara selatan timur dan barat
Ku jejaki

Aku
Bukanlah seorang perwira
Gagah menjunjung senjata
Namun hati rela berjuang
Walau dengan cara sendiri
Demi cinta ini

( ulang korus )

Ku ingin kotakan seribu janji
Sepanjang kedewasaan ini
Ku ingin sampaikan pesanan
Aku lah penyambung warisan

12. Standing in the Eye of the World

Lagu ciptaan : David Gates dan Wah Idris
Penyanyi :
 Ella

Lirik Lagu Standing in the Eye of the World

Pahit getir hidup… dan pengorbanan
Terpaksa dihadapi, demi kejayaan
Terdidik sejak mula, tabah berusaha
Tanpa cuba melangkah, tak kemana
Di mana kau berada
Pencapaian tak tiba dengan mudah

( korus )
Kini “Standing In The Eyes Of The World”
Hanyalah selangkah dari nyata
Keazaman membara dijiwa
Menanti saat bebas merdeka
Tiba masa kau melangkah gagah
Bersemangat ke arah matlamat sedaya upaya
Engkau terunggul
Wajar “Standing In The Eyes Of The World”

Harapan yang pernah terkulai layu
Kembali segar mekar bawah bayanganmu
Setiap manusia ingin berjaya
Namun tak semua miliki tuah
Engkau menghampirinya
Kesempatan telah pun tiba…

( ulang korus )

Moga-moga perkongsian ini dapat menaikkan semangat cintakan negara tidak mengira masa dan tempat. Malaysia dihatiku.

Sumber : Youtube, iLirikLagu


Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *