Cara Solat Jamak Dan Qasar Yang Betul Beserta Niat & Soalan Yang Kerap Ditanya

cara solat jamak dan qasar yang betul

Pasti ada masanya kita akan membuat perjalanan yang jauh. Seperti balik kampung, mesyuarat atau lain-lain perkara.Disinilah kita boleh mengapplikasikan ilmu cara solat jamak dan qasar yang betul.

Salah satu dari rahmat yang Allah berikan kepada hambanya ialah dengan memudahkan kita untuk melakukan ibadah wajib solat fardhu iatu dengan solat jamak dan qasar. Ini merupakan sedeqah Allah kepada hamba-hambanya.

Dari Anas bin Malik r.a. berkata (yang bermaksud)

“Sesungguhnya Nabi Muhammad s.a.w (dalam masa musafir) apabila baginda sebelum gelincir matahari, baginda menangguhkan solat Zuhur hingga waktu Asar, kemudian baginda turun (dari kenderaan) lalu ia jama’akan kedua-duanya (Zuhur dan Asar dengan jama’ takhir). Sekiranya gelincir matahari sebelum baginda berangkat, baginda solat Zohor kemudian terus berangkat”

Pengertian Solat Jamak Dan Solat Qasar

Solat jamak bermaksud mengumpulkan dua solat dalam satu waktu, contohnya mendirikan solat zohor dan asar (kedua-duanya) pada waktu zohor.

Solat qara pula ialah memendekkan solat yang 4 rakaat kepada 2 rakaat, contoh mengerjakan solat Zohor hanya sebanyak 2 rakaat walaupun bilangan rakaat asalnya ialah 4 rakaat.

Kita boleh mengerjakan kedua-dua solat Jamak dan Qasar sekaligus sekiranya kita menepati syarat-syaratnya.

Pembahagian Solat Jamak

Solat jamak terbahagi kepada 2 iaitu

  • Jamak Taqdim – Iaitu menghimpunkan dua solat dalam waktu yang pertama. Waktu yang pertama itu ialah zohor dan maghrib. Contohnya, kita mendirikan solat Zohor dan Asar pada waktu Zohor (waktu pertama)
  • Jamak Takhir – Iaitu mengumpulkan dua solat dalam waktu yang kedua. Waktu yang keuda ialah asar dan isya’/ Contohnya, kita mendirikan solat Zohor dan Asar pada waktu Asar (waktu kedua)

Syarat-Syarat Solat Qasar

  • Perjalanan atau musafir itu dengan niat dan tujuan yang baik dan bukannya untuk melakukan maksiat (menonton bola sepak di stadium tidak termasuk)
  • Jarak perjalanan hendaklah paling kurang/minima sejauh 2 marhalah iaitu lebih kurang 92km dan ke atas.
  • Sudah menentukan tempat yang ingin dituju – tidak boleh bersolat Qasar sekiranya kita tiada arah tuju
  • Sudah memasang niat solat Qasar semasa mengangkat Takbiratul Ihram dan tidak mengubah niat tersebut di tengah-tengah solat. Sekiranya berubah niat, harus melakukan 4 rakaat penuh
  • Tidak solat berjemaah dengan imam yang solatnya rakaat penuh (imam tak solat qasar). Tetapi sekiranya anda imamnya, dibolehkan
  • Semasa mengerjakan solat Qasar, anda masih lagi dalam perjalanan dan belum sampai lagi. Tetapi, sekiranya anda akan tinggal di tempat musafir itu selama maksimum 3 hari (tak termasuk hari sampai dan bertolak pulang) anda boleh terus melakukan solat qasar dalam tempoh tersebut

[Baca juga : Doa Selepas Solat Fardhu Yang Ringkas & Mudah]

Syarat-Syarat Solat Jamak Taqdim

  • Wajib solat secara tertib iaitu dengan mengerjakan solat Zohor dulu diikuti dengan solat Asar. Begitu juga solat Maghrib dahulu barulah solat Isya’
  • Hendaklah berniat mahu mengerjakan solat jamak taqdim seawal mengangkat takbiratul ihram pada solat yang pertama
  • Berturut-turut mengerjakan solat yang dijamakkan itu. Tidak boleh melakukan sebarang aktiviti lain di tengah-tengah antara solat tersebut
  • Masih dalam perjalanan dan belum sampai ke destinasi lagi semasa anda mengerjakan kedua-dua solat
  • Yakin bahawa anda sempat mengerjakan kedua-dua solat (contoh : Zohor dan Asar) pada waktu pertama iaitu waktu Zohor

Syarat-Syarat Solat Jamak Takhir

  • Hendaklah memasang niat seawal masuknya waktu solat yang pertama. Contohnya, anda telah memasang niat mahu mengerjakan solat jamak takhir pada waktu Zohor
  • Masih lagi dalam perjalanan dan belum sampai sehingga anda tamat mengerjakan solat jamak Takhir.

Cara Mengerjakan Solat Jamak dan Solat Qasar

doa iftitah

Anda boleh mengerjakan solat Jamak sahaja atau digabungkan solat Jamak dan Qasar.

Sekiranya anda mengerjakan solat Jamak sahaja, anda hendaklah mendirikan solat dengan 4 rakaat penuh.

Bilangan Rakaat Solat Jamak Sahaja

  • Solat Zohor 4 Rakaat + Solat Asar 4 Rakaat
  • Solat Maghrib 3 Rakaat + Solat Isya’ 4 Rakaat

Bilangan Rakaat Solat Jamak & Solat Qasar

  • Solat Zohor 2 Rakaat + Solat Asar 2 Rakaat
  • Solat Maghrib 3 Rakaat + Solat Isya’ 2 Rakaat

Cara mengerjakan Solat jamak dan qasar sama sahaja seperti mengerjakan solat fardhu. Apa yang membezakan ialah niat dan bilangan rakaat sahaja.

Jamak Taqdim dan Qasar

  • Zuhur-Asar

أصلي فرض الظهر ركعتين قصرا مجموعا إليه العصر أداء لله تعالى

“Sahaja aku solat fardhu zuhur dua rakaat dipendekkan dan dihimpunkan kepadanya asar tunai kerana Allah Taala”.

أصلي فرض العصر ركعتين قصرا مجموعا إلي الظهر أداء لله تعالى

“Sahaja aku solat fardhu asar dua rakaat dipendekkan dan dihimpunkan kepada zuhur tunai kerana Allah Taala”.

 

  • Maghrib-Isyak

أصلي فرض المغرب ثلاث ركعات مجموعا إليه العشاء أداء لله تعالى

“Sahaja aku solat fardhu maghrib 3 rakaat dihimpunkan kepadanya isyak tunai kerana Allah Taala”.

أصلي فرض العشاء ركعتين قصرا مجموعا إلي المغرب أداء لله تعالى

“Sahaja aku solat fardhu isyak dua rakaat dipendekkan dan dihimpunkan kepada maghrib tunai kerana Allah Taala”.

 

[Baca juga : Doa Berbuka Puasa Yang Shahih]

 

Jamak Takhir dan Qasar

  • Asar-Zuhur

أصلي فرض العصر ركعتين قصرا مجموعا إليه الظهر أداء لله تعالى

“Sahaja aku solat fardhu asar dua rakaat dipendekkan dan dihimpunkan kepadanya zuhur tunai kerana Allah Taala”.

أصلي فرض الظهر ركعتين قصرا مجموعا إلي العصر أداء لله تعالى

“Sahaja aku solat fardhu zuhur dua rakaat dipendekkan dan dihimpunkan kepada asar tunai kerana Allah Taala”.

 

  • Isyak-Maghrib

أصلي فرض العشاء ركعتين قصرا مجموعا إليه المغرب أداء لله تعالى

“Sahaja aku solat fardhu isyak dua rakaat dipendekkan dan dihimpunkan kepadanya maghrib tunai kerana Allah Taala”.

أصلي فرض المغرب ثلاث ركعات مجموعا إلي العشاء أداء لله تعالى

“Sahaja aku solat fardhu maghrib 3 rakaat dihimpunkan kepada isyak tunai kerana Allah Taala”.

Hikmah Mengerjakan Solat Jamak & Qasar

  • Memudahkan orang yang berjalan jauh untuk tidak meninggalkan solat
  • Solat adalah wajib ditunaikan walau apa jua perkara atau urusan yang perlu dibuat
  • Tiada alasan untuk meninggalkan ibadah fardhu
  • Tanda Allah sangat sayangkan hamba-hambanya yang beriman
Soalan-Soalan Berkaitan Solat Jamak Dan Qasar Yang Sering Ditanya

1. Bolehkah kita pilih untuk buat jamak takdim atau takhir?

Boleh. Anda boleh memilih mahu membuat jamak taqdim atau takhir dengan syarat anda pastikan untuk niat terlebih dahulu pilihan anda

2. Bolehkah saya jama’ dan qasar untuk solat Jumaat? 

Boleh. Anda solat Jumaat seperti biasa )dengar khutbah dan solat jumaat 2 rakaat), kemudian setelah habis, terus berdiri untuk melaksanakan solat qasar Asar pula

3. Bolehkah saya melakukan solat jamak dan qasar berterusan selama 3 hari di rumah keluarga saya ketika saya menziarahi mereka?

Tempoh seorang musafir itu diharuskan  mengqasar solatnya apabila sampai ke destinasi yang dituju ialah tidak lebih dari tiga hari penuh (tidak termasuk hari ketibaan dan hari berangkat balik). Ini jika sebelum bertolak ia berniat hendak bermukim di situ selama tidak lebih dari masa tersebut. Setelah tiga hari, sekiranya ia melanjutkan lagi tempoh menetap di situ maka wajiblah solat sempurna, tidak qasar dan jamak lagi.

4. Bolehkah saya mengQasarkan solat sebelum perjalanan bermula?

Tidak boleh. Anda perlu berada dalam perjalanan sebelum boleh solat Qasar.


Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *