Contoh Surat Berhenti Kerja Yang Mudah Dan Ringkas (Sesuai Untuk Semua)

Contoh Surat Berhenti Kerja

Sudah bersedia untuk meletakkan jawatan dari pekerjaan anda? Tidak kira apa pun alasan anda, pasti setelah beberapa tahun anda bekerja anda mempunyai hasrat untuk berhenti kerja.

Berhenti kerja samaada untuk berpindah ke tempat kerja yang lebih baik, atau pun berhenti untuk memulakan bisnes sememangnya menjadi idaman semua orang.

Justeru antara langkah dan persiapan terakhir yang anda perlu lakukan ialah menyerahkan surat berhenti kerja kepada majikan atau bos anda.

Selain itu juga, anda hendaklah memastikan surat anda menepati format terkini surat rasmi seperti yang digariskan pihak Dewan Bahasa dan Pustaka kerana ini ialah urusan formal dan rasmi.

Berikut adalah format yang perlu diikuti dalam contoh surat berhenti kerja anda nanti

Surat tersebut perlulah ditulis dalam format surat rasmi dan dinyatakan dengan jelas maklumat-maklumat berikut.

  • Tarikh terakhir anda akan berkhidmat
  • Alasan anda berhenti kerja
  • Notis pemberhentian kerja berkuatkuasa 24 jam atau beberapa minggu lagi
  • Memohon maaf atas kesulitan

Maklumat-maklumat ini sangat penting buat majikan untuk membuat tindakan lanjut seperti mencari pengganti tempat anda buat sementara waktu, mengiklankan jawatan kosong, dan juga berurusan dengan departmnet Sumber Manusia untuk pengesahan rasmi.

Contoh Surat Rasmi Berhenti Kerja Notis 24 Jam

LATIFAH BINTI DAUD
NO10A, KG BAK BAK,SUNGAI MARAN,
09630 KUANTAN,
PAHANG DARUL MAKMUR,
MALAYSIA.
_________________________________________________
LEE TAK WELLNESS BERHAD,
LOT 39, JALAN TELANG 10,
09630 KUANTAN,
PAHANG DARUL MAKMUR,
MALAYSIA.                                                                                                 28 JUN 2018 

 

Tuan,
Per: Notis Berhenti Kerja
Merujuk kepada perkaraa di atas, saya Latifah binti Daud, ingin memaklumkan kepada pihak tuan bahawa saya akan berhenti kerja mulai 29 Jun 2018

 

2. Tujuan saya berhenti kerja adalah kerana ingin saya ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat doktor falsafah di Universiti Kebangsaan Malaysia, UKM.

 

3. Diharapkan pihak tuan dapat mempertimbangkan notis saya ini dan segala salah dan silap dari pihak saya, saya mohon seribu kemaafan. 

 

4. Segala jasa baik dan kerjasama dari pihak tuan sepanjang saya berkhidmat di sini amatlahdihargai.
Sekian, terima kasih 

 

Yang benar,
……………………………………………
(LATIFAH BINTI DAUD)
I/C NO: 920921-06-5498

 

Contoh Surat Rasmi Berhenti Kerja Notis Sebulan

ABDUL HALIM BIN HAFIZ
18, TAMAN SERI RAMPAI,
51300 SETIAWANGSA,
WILAYAH PERSEKUTUAN,
MALAYSIA.
_________________________________________________
AHMAD LIM FOOD TRADING BERHAD,
LOT 39, JALAN RAMPAI 15,
51300 SETIAWANGSA,
WILAYAH PERSEKUTUAN,
MALAYSIA.                                                                                                 28 JUN 2018

 

Tuan,
Per: Notis Berhenti Kerja
Merujuk kepada perkara di atas, saya Latifah binti Daud, ingin memaklumkan kepada pihak tuan bahawa saya akan berhenti kerja mulai 31 Julai 2018

 

2. Tujuan saya menulis surat ini ialah ingin memberitahu tentang pemberhentian kerja atas sebab pulang ke kampung menjaga ibu yang sedang sakit tenat

 

3. Diharapkan pihak tuan/puan dapat mempertimbangkan notis saya ini dan segala salah dan silap dari pihak saya, saya mohon seribu kemaafan. 

 

4. Segala jasa baik dan kerjasama dari pihak tuan sepanjang saya berkhidmat di sini amatlahdihargai.
Sekian, terima kasih

 

Yang benar,
……………………………………………
(ABDUL HALIM BIN HAFIZ)
I/C NO: 891015-08-5962

 


Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *