Doa Selepas Solat Fardhu Yang Mudah & Ringkas Beserta Bacaan Rumi

doa selepas solat fardhu

Doa adalah senjata orang-orang beriman. Dengan berdoa juga, kita menyedari bahawa kita hanyalah manusia yang sangat lemah dan memerlukan pertolongan dari Allah, Tuhan Yang Maha Kuasa.

Doa bermaksud permohonan kepada Allah Taala yang dipohon denga rendah hati untuk mendapatkan kebaikan.

Doa ialah satu ibadah yang sangat dituntut dalam Islam. Dan doa selepas solat fardhu adalah antara salah satu waktu berdoa yang sangat mustajab.

Firman Allah Ta’ala dalam Surah Al Baqarah ayat 186

وَإِذَا سَأَلَكَ عِبَادِي عَنِّي فَإِنِّي قَرِيبٌ أُجِيبُ دَعْوَةَ الدَّاعِ إِذَا دَعَانِ فَلْيَسْتَجِيبُوا لِي وَلْيُؤْمِنُوا بِي لَعَلَّهُمْ يَرْشُدُونَ

Maksudnya : Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanku (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul.

Justeru, amalkan doa setiap kali selesai mengerjakan solat. Inilah waktunya untuk kita meminta segala kemudahahan, keampunan dosa dan lain-lain lagi dari Allah Taala.

Adab Dalam Berdoa

Sepertimana ibadah yang lain, ibadah doa juga ada adabnya yang tersendiri. Seperti seorang rakyat yang bermohon sesuatu pada rajanya, begitu jugalah kita sebagai hamba memanjatkan doa kepada Allah. Ada adab dan sopan yang perlu diikut.

Antara adab dalam berdoa ialah

  • Menghadap kiblat
  • Mengangkat kedua-dua belah tangan
  • Memulakan doa dengan pujian terhadap Allah Taala kemudian Selawat dan Salam kepada Rasulullah SAW
  • Bersangka baik terhadap Allah Taala
  • Tidak tergesa-gesa semasa dan selepas doa
  • Bersihkan jiwa dan akal fikiran dari sebarang kekotoran dan dosa
  • Yakin Allah Taala akan mengkabulkan doa yang terbaik untuk kita
  • Berdoa dengan suara yang mendayu dan meminta-minta dan tidak kasar
  • Tidak berdoa perkara keburukan untuk orang lain

Doa Selepas Solat Fardhu Yang Mudah & Ringkas

Berikut adalah beberapa doa yang boleh anda amalkan disertakan sekali dengan bacaan doa selepas solat rumi dan terjemahannya.

Doa Versi 1

بسم الله الرحمن الرحيم
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرِّحِيْمِ. اَلْحَمْدُ للهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ. حَمْدًا يُوَافِىْ نِعَمَهُ وَيُكَافِئُ مَزِيْدَهُ. يَارَبَّنَالَكَ الْحَمْدُ وَلَكَ الشُّكْرُ كَمَا يَنْبَغِىْ لِجَلاَلِ وَجْهِكَ وَعَظِيْمَ سُلْطَانِكَ

اَللهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ. صَلاَةً تُنْجِيْنَابِهَا مِنْ جَمِيْعِ اْلاَهْوَالِ وَاْلآفَاتِ. وَتَقْضِىْ لَنَابِهَا جَمِيْعَ الْحَاجَاتِ.وَتُطَهِّرُنَا بِهَا مِنْ جَمِيْعِ السَّيِّئَاتِ. وَتَرْفَعُنَابِهَا عِنْدَكَ اَعْلَى الدَّرَجَاتِ. وَتُبَلِّغُنَا بِهَا اَقْصَى الْغَيَاتِ مِنْ جَمِيْعِ الْخَيْرَاتِ فِى الْحَيَاةِ وَبَعْدَ الْمَمَاتِ اِنَّهُ سَمِيْعٌ قَرِيْبٌ مُجِيْبُ الدَّعَوَاتِ وَيَاقَاضِىَ الْحَاجَاتِ.

اَللهُمَّ اِنَّا نَسْئَلُكَ سَلاَمَةً فِى الدِّيْنِ وَالدُّنْيَا وَاْلآخِرَةِ وَعَافِيَةً فِى الْجَسَدِ وَصِحَّةً فِى الْبَدَنِ وَزِيَادَةً فِى الْعِلْمِ وَبَرَكَةً فِى الرِّزْقِ وَتَوْبَةً قَبْلَ الْمَوْتِ وَرَحْمَةً عِنْدَ الْمَوْتِ وَمَغْفِرَةً بَعْدَ الْمَوْتِ. اَللهُمَّ هَوِّنْ عَلَيْنَا فِىْ سَكَرَاتِ الْمَوْتِ وَالنَّجَاةَ مِنَ  النَّارِ وَالْعَفْوَ عِنْدَ الْحِسَابِ

اَللهُمَّ اِنَّا نَعُوْذُبِكَ مِنَ الهَمِّ والحَزَنِ, و نَعُوْذُبِكَ مِنَ الْعَجْرِ وَالْكَسَلِ و نَعُوْذُبِكَ مِنَ الجُبْنِ و الْبُخْلِ و نَعُوْذُبِكَ مِنْ غَلَبَةِ الدَّيْنِ  وَقَهْرِ الرِّجَالِ

رَبَّنَااغْفِرْلَنَا ذُنُوْبَنَا وَلَوَالِدِيْنَا وَلِمَشَايِخِنَا وَلِمُعَلِّمِيْنَا وَلِمَنْ لَهُ حَقٌّ عَلَيْنَا وَلِمَنْ اَحَبَّ وَاَحْسَنَ اِلَيْنَا وَلِكَافَّةِ الْمُسْلِمِيْنَ اَجْمَعِيْنَ

رَبَّنَا تَقَبَّلْ مِنَّا اِنَّكَ اَنْتَ السَّمِيْعُ الْعَلِيْمُ وَتُبْ عَلَيْنَا اِنَّكَ اَنْتَ التَّوَّابُ الرَّحِيْمُ .رَبَّنَا أَتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي اْلأَخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّار. وصلى الله على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم والحمد لله رب العالمين

Bacaan Doa Selepas Solat Dalam Rumi Versi 1 :

Bismillaahirrahmaanirrahiim.
Alhamdu lillaahi rabbil ‘aalamiin. Hamday yu-waafii ni’amahuu wa yukaafi’u maziidah. Yaa rabbanaa lakalhamdu wa lakasy syukru ka-maa yambaghiilijalaaliwajhika wa ‘azhiimisul-thaanik.

Allaahumma shalliwasallim ‘alaa sayyidinaa Muhammadiw wa’ alaa aali sayyidinaa Muhammad. Shala atan tun ajihnaa bihaa minjamii’il ahwaali wal aafaat. Wa taqdhii lanaa bihaa jamii’al haajaat. Wa tuthahhirunaa bihaa min jamii’is sayyi’aat. W atarfa ‘un a a bihaa’ indaka ‘a’laddarajaat. Wa tuballighunaa bihaa aqshal ghaayaati min jamii’il khairaatifil hayaatiwa ba’dal mamaat. Innahu samii’un qariibum mujiibud da’awaat wayaa qaadhiyal haajaat. Allaahumma innaa nas’aluka salaamatan ftddiini waddun-yaa wal aakhirah. Wa ‘aafiya-tan fil jasadi wa shihhatan fil badani wa ziyaadatan fil’ ilmi wa barakatan firrizqi wa taub atan qablal maut wa rahm atan ‘indalmaut wa maghfiratan ba’d al maut. Allaahumma hawwin ‘alainaa fii sakaraatil maut wan najaata minan naari wal’ afwa ‘indal hisaab.

Allaahumma innaa na’uudzu bika min al hammi wal hazani, wa wa’uudzubika minal ‘ajzi wal kasali, wa na’uudzubika minal jubni wal bukhli, wana’uudzubika min gholabatid daini wa qohrir rijaaliallaahummainnaa na’uudzu bika min ‘ilmin laa yanfa’ w amin qalbin laa yakhsya ‘w amin nafsin laa tasyba’ wamin da’watin laa yustajaabu lahā. Rabbanagh firlanaa dzunuubanaa wa liwaa-lidiinaa walimasyaayikhinaa wa limu’alli-mienaa wa liman lahuu h aqqun ‘alain aa wa lim an ahabba wa ahsana ilainaa wa likaaffatil mus limun a ajma’iin.

Rabbanaa taqabbal minnaa innaka antas samii’ul ‘aliim, wa tub’ alainaa innaka antat ta wwa abur rahiim. Rabbanaa aatinaa fiddunnyaa hasanah, wa fil aakhirati hasanah, waqinaa ‘adzaa ban naar. Washallallaahu ‘alaa sayyidinaa muhamma-din wa’alaa aalihiwa shahbihiiwa sallam, wal hamdu lillaahirabbil’ aalamiin.

Maksudnya : Dengan menyebut nama Allah, Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Segala puji bagi Allah, tuhan semesta alam. Pujian yang setanding dengan nikmat-nikmat-nya dan menjamin tambahannya. Wahai tuhan kami, bagi-Mu-lah segala puji, dan bagi-Mu-lah segala syukur, sebagaimana layak bagi keluhuran zat-Mu dan keagungan kekuasaan-Mu’

Wahai Allah! Limpahkanlah rahmat dan kesejahteraan kepada penghulu kami, Nabi Muhammad, dan keluarganya. Yaitu rahmat yang dapat menyelamatkan kami dari segala ketakutan dan penyakit, yang dapat memenuhi segala keperluan kami, yang dapat men-sucikan diri kami dari segala keburukan, yang dapat mengangkat kami ke derajat tertinggi di sisi-Mu, dan yang dapat menyampaikan kami kepada tujuan maksimal dari segala kebaikan, baik semasa hidup maupun sesudah mati. Sesungguhnya dia (Allah) Maha Mendengar, Maha Dekat, lagi Maha memperkenankan segala doa dan pemohonan, wahai zat yang maha memenuhi segala keperluan (hamba-Nya) “

Wahai Allah! Sesungguhnya kami memohon kepada-Mu kesejahteraan dalam agama, dunia dan akhirat, keafiatan jasad, kesihatan badan, tambahan ilmu, keberkatan rezeki, taubat sebelum datang maut, rahmat pada masa datang maut, dan ampunan setelah datang maut. Wahai Allah! Sediakan pencapaian kami dalam menghadapi sakratul maut, (berilah kami) keselamatan dari api neraka, dan keampunan pada saat dilaksanakan hisab

Ya Allah, sesungguhnya kami berlindung kepada Mu dari kegelisahan dan kesedihan, dan kami berlindung kepadaMu dari sifat lemah dan malas, dan kami berlindung kepadaMu dari sifat pengecut dan bakhil, dan kami berlindung kepadaMu dari hutang dan paksaaan orang. Wahai Allah! Sesungguhnya kami berlindung kepada-mu dari ilmu yang tidak bermanfaat, dari hati yang tidak khusyu ‘, dari jiwa yang tidak kenal puas, dan dari doa yang tak terkabul

Wahai Tuhan kami! Ampunilah dosa-dosa kami, dosa-dosa orang tua kami, para sesepuh kami, para guru kami, orang-orang yang mempunyai hak atas kami, orang-orang yang cinta dan berbuat baik kepada kami, dan seluruh umat Islam . Wahai Tuhan kami, perkenankanlah (permohonan) dari kami, sesungguhnya Engkau Maha Mendengar Lagi Maha Mengetahui. Dan terimalah taubat kami, sesungguhnya Engkau Maha Menerima Taubat lagi Maha Penyayan

Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan hidup di dunia dan kebaikan hidup di akhirat, dan jagalah kami dari siksa api neraka. Semoga Allah memberikan rahmat dan kesejahteraan kepada penghulu kami, Nabi Muhammad, keluarga dan sahabatnya dan segala puji bagi Allah, Tuhan Semesta Alam

 

Doa Versi 2

 

Bacaan Doa Selepas Solat Fardhu Dalam Rumi Versi 2 :

Bismillahirrahmanirrahim, alhamdulillahirobbil ‘alamin, wassolatu wassalaamu ‘alaa sayyidina muhammadin ashrofil muraslin, wa’alaa aalihi wasohbihi ajma’in.

Allahumma ahyina bil iimaan, wa amitna bil iimaan, wa adkhilnal jannata ma’al iimaan, Allahummaghfirlana zunuubana waliwaa lidaina warhamhuma kamaa robbayaanaa soghiro,

Allahummakhtim lanaa bi husnil khotimah, wala takhtim ‘alaina bi suu’il khotimah, robbana laa tuzigh qulubana ba’daiz hadaitana wahablana milladunka rohmatan innaka antal wahhab.

Robbana aatinaa fiddunya hasanah wafil aakhirotihasanah waqinaa ‘azaabannar, wasollallahu ‘ala sayyidina muhammadin wa’ala aalihi wasohbihi wasallam, walhamdulillahirobbil ‘alamiin.

Maksud Doa : Dengan nama Allah, yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang. Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad yang semulia-mulia pesuruh-Nya, serta ke atas keluarga dan sekalian sahabat-sahabatnya. Ya Allah! Hidupkanlah kami dengan iman dan matikanlah kami dengan iman, serta masukkanlah kami ke dalam syurga bersama-sama iman. Ya Allah! Ampunilah segala dosa-dosa kami dan dosa-dosa kedua ibubapa kami. Kasihanilah kedua ibubapa kami sepertimana mereka berdua mengasihani kami sewaktu kami masih kecil. Ya Allah! Akhirilah umur kami dengan kesudahan yang baik dan janganlah Engkau akhiri umur kami dengan kesudahan yang tidak baik. Ya Allah! Janganlah kiranya Engkau pesongkan iman kami sesudah Engkau kurniakan kepada kami petunjuk. Anugerahilah kami rahmat kerana sesungguhnya Engkau Maha Pengurnia. Wahai Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami kebaikan di dunia dan juga di akhirat. Peliharalah kami daripada azab neraka. Semoga Allah mencucuri rahmat dan sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan ke atas seluruh keluarga serta sahabat-sahabat Baginda. Segala puji bagi Allah, Tuhan pentadbir seluruh alam.

5 Golongan Yang Doanya Cepat Dikabulkan Allah Taala Menurut Hadis

Doa Ibu Bapa Kepada Anak-Anaknya
Doa Ibu Bapa Kepada Anak-Anaknya

1. Doa Orang Yang Teraniaya

Tidak ada hijab diantara doa orang yang teraniaya dengan Allah Taala. (Hadis Riwayat Bukhari)

2. Doa Orang Yang Bermusafir (Dalam Perjalanan Jauh)

Dari Abu Hurairah Radiallahuanh, beliau berkata Rasulullah SAW telah bersabda,

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ثَلاَثُ دَعَوَاتٍ مُسْتَجَابَاتٌ لَا شَكَّ فِيهِنَّ دَعْوَةُ الْمَظْلُومِ وَدَعْوَةُ الْمُسَافِرِ وَدَعْوَةُ الْوَالِدِ عَلَى وَلَدِهِ

“Ada tiga doa yang paling mustajab dan tidak diragui langsung, iaitu doa orang yang teraniaya, orang yang bermusafir dan doa ibubapa kepa anak-anaknya”. (Hadis Riwayat Tirmizi)

3. Doa Ibu Bapa Kepada Anak-Anaknya

Antara doa yang paling mustajab ialah doa ibu bapa. Jadi, sementara ibu dan bapa kita masih ada di atas muka bumi ini, sentiasalah berbuat baik kepada mereka dan jangan sekali-kali menderhaka kepada mereka.

4. Doa Orang Yang Didalam Kesulitan Dan Kesusahan

Golongan ini dinukilkan sendiri oleh Allah SWT dalam AlQuran dalam Surah An Naml ayat 62.

أَمَّن يُجِيبُ الْمُضْطَرَّ إِذَا دَعَاهُ وَيَكْشِفُ السُّوءَ وَيَجْعَلُكُمْ خُلَفَاءَ الْأَرْضِ ۗ أَإِلَٰهٌ مَّعَ اللَّهِ ۚ قَلِيلًا مَّا تَذَكَّرُونَ

Atau siapakah yang memperkenankan doa orang yang menderita apabila ia berdoa kepadaNya, dan yang menghapuskan kesusahan, serta menjadikan kamu pengganti (umat-umat yang telah lalu) mendiami dan menguasai bumi? Adakah sebarang tuhan yang lain bersama-sama Allah? Amat sedikit di antara kamu yang mengingati (nikmat Allah itu).

5. Doa Orang Yang Berpuasa Dan Pemimpin Yang Adil

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ثَلَاثَةٌ لَا تُرَدُّ دَعْوَتُهُمْ الصَّائِمُ حَتَّى يُفْطِرَ وَالْإِمَامُ الْعَادِلُ وَدَعْوَةُ الْمَظْلُومِ يَرْفَعُهَا اللَّهُ فَوْقَ الْغَمَامِ وَيَفْتَحُ لَهَا أَبْوَابَ السَّمَاءِ وَيَقُولُ الرَّبُّ وَعِزَّتِي لَأَنْصُرَنَّكِ وَلَوْ بَعْدَ حِينٍ

Dari Abi Hurairah ra berkata, Rasulullah SAW bersabda : Tiga orang yang doanya tidak akan ditolak, iaitu d’a orang yang berpuasa sehinggalah dia berbuka puasa, doa seorang pemimpin yang adil, dan doa orang yang dizalimi, Allah akan mengangkatnya di atas langit. Dan Allah membukakan baginya pintu-pintu langit, dan berfirman, demi kemuliaan-Ku, Aku akan menolongmu walaupun sampai akhir zaman.

(H.R. Ahmad, Tirmidzi, dan Ibnu Majah)

Sumber : AswanBlog, Surah.my, Almukhlisin.my

 


Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *