Semakan Online Bantuan Sara Hidup Rakyat (BSHR) 2018 – Link Disini


Kerajaan Baharu dibawah Pakatan Harapan akan meneruskan bantuan kepada golongan berpendapatan rendah yang layak dan sesuai.

Bantuan ini yang dinamakan Bantuan Sara Hidup Rakyat (BSHR) Malaysia 2018 akan menggantikan Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) yang diasaskan kerajaan sebelum ini.

Bayaran akan dimasukkan terus ke dalam akaun bank yang telah didaftarkan sebelum ini. Bagi golongan warga emas atau yang jauh ke pedalaman yang yang tidak mempunyai bank akaun, surat kelulusan akan dihantar dan di pos ke alamat rumah penerima untuk ditunaikan di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) berhampiran anda.

Jumlah bantuan yang akan diberikan masih dikekalkan seperti BR1M dan Fasa Kedua akan mula diagihkan mulai 6 Jun 2018 secara berperingkat kepada semua pemohon yang berjaya.

semakan bantuan sara hidup rakyat 2018

Semakan Online Bantuan Sara Hidup Rakyat (BSHR) 2018

Para pemohon boleh membuat status permohonan di Portal Rasmi Bantuan Sara Hidup LHDNM dengan langkah berikut

  1. Pergi ke link portal rasmi BSHR di sini : https://bsh.hasil.gov.my/DefaultSemakanKeluar.aspx?m=k
  2. Masukkan Nombor Kad Pengenalan pemohon – Contoh : 890918051234 (Pastikan tiada sengkang atau dash)
  3. Klik Butang Log Masuk
  4. Soalan Keselamatan akan dipaparkan jika anda pernah memohon sebelum ini
  5. Pemohon wajib menjawab 2 soalan keselamatan yang berdasarkan maklumat peribadi pemohon sebelum berjaya log masuk
  6. Setelah berjaya, klik pada Semakan Status
  7. Lihat pada bahagian STATUS PERMOHONAN samaada anda Lulus ataupun Tidak
  8. Sekiranya Tidak Lulus, di bahagian Alasan akan diberikan sebab-sebabnya

Maksud-Maksud Status Permohonan BSHR

Permohonan Diterima : Permohonan anda telah dikemaskini sistem dan belum melalui proses semakan kelayakan

Permohonan Dalam Proses : Permohonan anda sedang dalam proses semakan kelayakan

Permohonan Ditangguhkan : Pemohon tidak mengemas kini maklumat peribadi terkini dari tahun 2015 sehingga 2017

Lulus : Permohonan anda telah lulus dan anda akan menerima bayaran pada tarikh yang ditetapkan

Tidak Lulus : Permohonan anda tidak berjaya kerana kelayakan anda melebihi syarat yang ditetapkan kerajaan

Sekiranya anda ada sebarang kemusykilan atau pertanyaan yang lebih lanjut, anda boleh datang sendiri ke pejabat BSHR LHDN di cawangan LHDN berhampiran atau menghubungi terus talian dibawah

  • Talian Bebas Tol LHDNM : 1-800-88-2716 (Waktu Operasi 9 pagi – 5 petang)
  • Talian Bebas Tol Kementerian Kewangan Malaysia : 03-8882 4566/4565
  • Hantarkan pertanyaan anda kepada pejabat Sekretariat Kementerian Kewangan :
    Pejabat Belanjawan Negara Kementerian Kewangan Malaysia (MOF),
    Presint 2, 62592 Putrajaya

Tarikh Pembayaran Bantuan Sara Hidup Rakyat Tahun 2018

Bujang – Berpendapatan RM2 000 Dan Ke Bawah

  • Bayaran secara sekaligus sebanyak RM450 pada 26 Februari 2018

Berkeluarga – Isi rumah berpendapatan RM3001 Hingga RM4000

Bayaran secara 3 peringkat sebanyak

  • RM300 pada 26 Februari 2018 (Fasa 1)
  • RM300 pada 6 Jun 2018 (Fasa 2)
  • RM300 pada Ogos 2018 (Fasa 3)

Berkeluarga – Isi rumah berpendapatan RM3000 Ke Bawah

Bayaran secara 3 peringkat sebanyak

  • RM400 pada 26 Februari 2018 (Fasa 1)
  • RM400 pada 6 Jun 2018 (Fasa 2)
  • RM400 pada Ogos 2018 (Fasa 3)

*Tarikh bayaran bantuan ini tertakluk pada sebarang perubahan yang akan dikemaskini dari masa ke semasa di laman ini