Cara Dan Niat Puasa Ganti Ramadhan Yang Betul Mengikut Ulama’


Bagi mereka yang ada tertinggal puasa semasa bulan Ramadhan yang lalu, inilah masanya untuk mula menggantikan rukun Islam ketiga ini.

Sebaik-baik waktu untuk melakukan puasa ganti ialah secepat mungkin. Lebih baik sekiranya dilakukan pada bulan Syawal selepas Ramadhan pergi. Ini kerana, kita tidak mengetahui pada saat bilakan kita akan menemui ajal dan meninggal dunia.

Terdapat pelbagai sebab yang membuatkan kita wajib mengganti puasa Ramadhan, dan antara yang popular ialah:

  • Wanita yang keluar haid atau nifas semasa bulan Ramdhan
  • Wanita yang mengandung dan tidak bertenaga untuk meneruskan puasa
  • Wanita yang menyusukan anak dan tidak bertenaga untuk meneruskan puasa
  • Suami & Isteri yang melakukan hubungan seks di siang hari bulan Ramadhan

Walau apa pun sebabnya, niatkan dan usahakan secepat mungkin untuk menggantikan ibadah ini.

Hukum menggantikan puasa pada bulan Ramadhan ialah wajib walau apa jua alasan sama ada kerana uzur ataupun tidak.

Cara Puasa Ganti Ramadhan

Cara berpuasa ganti adalah sama sahaja seperti berpuasa pada bulan Ramadhan iaitu menahan diri dari makan, minum dan melakukan perkaara-perkara yang membatalkan puasa bermula dari masuknya waktu subuh sehinggalah masuknya waktu maghrib.

Apa yang membezakan ialah hanya pada niat puasa ganti.

Niat Puasa Ganti Ramadhan

Lafaz niat ganti puasa adalah seperti berikut :

نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ عَنْ قَضَاءٍ فَرْضَ رَمَضَانً ِللهِ تَعَالَى

Niat ganti puasa dalam rumi : “NAWAITU SHOUMA GHODIN ‘AN QADAA’IN FARDHO ROMADHOONA LILLAHI TA’ALAA​​​​​​​” 

Maksudnya : “Sahaja aku puasa esok hari kerana ganti fardhu Ramadhan kerana Allah Taala”

Kemudian, berpuasalah seperti yang biasa dilakukan di dalam bulan Ramadhan.

Cumanya, tiada lagi solat terawikh, solat witir dan bazar ramadhan menghiasai puasa anda.

 

Doa Berbuka Puasa Ganti Ramadhan

 

اَللّهُمَّ لَكَ صُمْتُ وَبِكَ آمَنْتُ وَعَلَى رِزْقِكَ أَفْطَرْتُ بِرَحْمَتِكَ يَا اَرْحَمَ الرَّحِمِيْنَ

Doa berbuka puasa ganti dalam rumi : ALLAAHUMMA LAKASUMTU WABIKA AAMANTU WA’ALAA RIZQIKA AFTHORTU BIROHMATIKA YAA ARHAMAR ROOHIMIIN

Maksudnya : Ya Allah keranaMu aku berpuasa, dengan Mu aku beriman, kepadaMu aku berserah dan dengan rezekiMu aku berbuka (puasa), dengan rahmat MU, Ya Allah Tuhan Maha Pengasih.

 

Bolehkah Saya Menggabungkan Puasa Ganti Dengan Puasa Sunat Seperti Puasa 6 Syawal?

Persoalan ini ada dibincangkan dikalangan ulama’ Mazhab Syafi’e dan berlaku perselisihan pendapat di antara mereka.

1. Pendapat pertama yang Membenarkan digabungkan puasa dengan mengqiyaskan kepada solat tahiyatul masjid yang digabungkan dengan solat sunat sebelum solat fardhu

2. Pendapat kedua pula tidak membenarkan digabungkan puasa ganti dengan puasa sunat.

Ini kerana, puasa ganti ialah puasa yang wajib. Manakala puasa sunat 6 syawal ialah puasa sunat yang khusus untuk bulan Syawal sahaja dan tidak wajib dilaksanakan. Jadinya, ia tidak boleh digabungkan.

Sebaik-baiknya ialah mengasingkan antara puasa Ganti dan puasa sunat dan tidak dibuat sekali. Dahulukan puasa sunat Syawal terlebih dahulu, kemudian teruskan pula dengan puasa ganti.

InsyaALLAH lebih banyak ganjaran pahala yang anda dapat.


Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *