15 Idea Kek Hari Jadi Yang Simple Tapi Cantik Untuk Kanak-Kanak & Orang Dewasa


Sambutan hari jadi antara sambutan yang wajib diadakan setiap tahu. Tak kiralah sama ada untuk diri sendiri atau ahli keluarga kita.

Tambah-tambah bagi mereka yang mempunyai cahaya mata. Sambutan hari jadi tak lengkap tanpa kehadiran sebuah kek. Bilangan lilin yang dipasang di atas kek dijadikan simbolik bertambahnya umur yang diraikan.

Dalam artikel ini, kami kongsikan 20 koleksi idea kek hari jadi yang sangat simple dan mudah untuk dibuat tapi paling cantik dan sangat sesuai samada untuk meraikan kanak-kanak ataupun orang dewasa.

Jangan risau, anda juga boleh buat kek-kek ini walaupun anda bukan seorang chef kerana cara buat kek hari jadi ini yang sangat mudah dan simple.

 

Idea Kek Hari Jadi Untuk Kanak-Kanak Lelaki & Perempuan Beserta Cara Buat

Selalunya untuk anak lelaki, kita akan lebih cenderung untuk memilih warna biru. Tapi, jangan hadkan pada warna biru sahaja. Ceriakan kek anak anda dengan pelbagai warna yang menarik perhatian.

1.Kek Manik Bernombor

Ini antara kek yang termudah untuk anda lakukan. Hanya gunakan manik-manik gula yang boleh dimakan dan taburkan membentuk umur sambutan hari jadi anak anda.

Taburan manik gula yang berwarna warni membuatkan kek ini nampak cantik walaupun sangat mudah untuk dibuat. Resepi lanjut disini.

2. Kek Lapisan Pelangi

Sambutan hari jadi Anak-anak zaman sekarang tidak lengkap sekiranya tiada kek pelangi ini. Jangan risau. Walaupun nampak kompleks, sebenarnya kek ini sangat mudah untuk dibuat dan anda tak perlu skill seorang chef pun untuk menghasilkan kek ini.

Untuk hiasan di sebelah luar dan dinding kek, anda boleh menggantikannya dengan coklat M&M bewarna warni. Tonton video cara buat kek ini disini.

3. Cupcake Berwarna Pelangi

Rasa malas untuk membuat kek berlapis-lapis pelangi diatas? Anda boleh buat dalam bentuk cupcake. Ianya sangat cantik. Kunci pada kecantikan kek ini ialah pada pemilihan warnanya yang terang.

Resepinya juga sangat mudah untuk anda ikut dan buat di rumah. Lihat disini untuk resepi lengkap cupcake ini dari Hoosier Homemade.

4. Kek Rama-Rama

Sekiranya anda tak mempunyai masa yang banyak, mudah sahaja. Beli kek sponge yang terdapat di pasaraya berhampiran anda. Kemudian, buat cream bewarna dan hiasakan kek anda seperti rama-rama dibawah.

Anak perempuan anda pasti teruja dan menyukai kek hari jadinya.Jangn risau, anak-anak kecil tidak terlalu mementingkan rasa kek seperti orang dewasa. Anda boleh dapatkan resepinya disini.

5. Kek Hari Jadi Kartun

Anak-anak anda pasti ada karakter kartun yang diminatinya. Boboiboy, Upin Ipin, SpiderMan, Frozen, Barbie dan macam-macam lagi.

Jangan panik. Anda tak perlu berhabis masa untuk membuat sendiri karakter-karakter ini untuk dijadikan hiasan pada kek anak anda. Anda boleh beli terus di kedai barangan kek berhampiran rumah anda.

Malah, karakter-karakter ini juga boleh dimakan tanpa perlu anda risau.

6. Kek Belon

Tahukah anda, belon sangat sesuai dipadankan dengan kek anak anda? Beli belon bersaiz kecil dan berwarna warni. Tiup dan ikatkannya bersama-sama dengan stik biskut atau gula-gula.

Kemudian cucuk di bahagian atas kek anda. Paling baik sekiranya kek tersebut berwarna putih. Idea untuk kek ini anda boleh dapatkan disini.

7. Kek Love

Kek berbentuk hati/love ini pasti diminati anak perempuan anda. Tambah menarik, anda tak memerlukan sebarang pan berbentuk love untuk menghasilkan kek ini. Klik sini untuk melihat sendiri bagaimana mudahnya untuk membuat kek ini.

8. Kek Gula-Gula & Coklat

Kek ini sangat-sangat mudah untuk dibuat. Hanya susun coklat kit-kat dan coklat m&M mengikut kreativiti anda. Paling lama pun sekitar 30 minit dihabiskan untuk anda hasilkan kek ini. Klik sini untuk lebih banyak idea sebegini.

9. Kek Hiasan Kartun

Sekarang ini, lebih mudah untuk anda hasilkan kek yang cantik cantik untuk hari jadi anak anda.

Di kedai-kedai barangan kek biasanya ada menjual printed icing toping yang berdasarkan karakter-karakter kartun. Hanya letakkan di bahagian atas kek dan sudah siap.

10. Kek Harta Karun

Siapa yang tak sukakan kejutan kan? Jadi, apa kata sekiranya anda hasilkan kek yang penuh dengan kejutan untuk anak anda.

Sembunyikan gula-gula di dalam kek anak anda. Pasti mereka teruja sebaik sahaja mereka memotong kek tersebut. Anda boleh dapatkan cara menghasilkan kek sebegini di sini.

 

Idea Kek Hari Jadi Untuk Orang Dewasa Beserta Cara Buat

 

1. Kek Loceng Ais Krim

Kek ini mempunyai lapisan ais krim di tengahnya yang mengandungi coklat, badam, strawberi dan coklat cip. Bentuknya juga seakan-akan seperti loceng yang penuh dengan kejutan.

Dapatkan resepi disini.

2. Kek Kelapa-Lemon

Rasa campuran kelapa dan lemon yang berlemak dan masam-masam pasti disukai orang dewasa. Nampak kematangan pada kek ini. Dapatkan resepi disini.

3. Kek Coklat Mudah

Siapa yang tak sukakan coklat kan? Malah kini terdapat ratusan resepi kek coklat yang sangat mudah untuk dibuat. Rasa pun sedap. Boleh gunakan coklat nutella, coklat bar cadbury atau pun coklat masakan. Pilihan di tangan anda. Dapatkan resepi sedap ini disini.

4. Kek Lobak Merah

Ini antara kek yang menjadi pilihan bagi golongan veteran dan mereka yang lebih matang. Mak dan ayah juga boleh terima. Saya sendiri pun suka kek ini. Walaupun simple, jangan lupa untuk hiaskan kek ini dengan corak dan bungaan yang nampak elegan dan menarik. Dapatkan resepi disini.

5. Kek Hummingbird

Namanya nampak macam susah untuk dibuat, tapi sebenarnya kek ini hanyalah kek pisang. Anda boleh beli kek pisang yang terdapat di pasaraya berhampiran anda.

Kemudian, potong mengikut kreativiti anda dan seperti kek-kek yang lain. Hiaskan dengan whiping cream atau gula fondant berwarna warni untuk nampak lebih menarik. Jangan lupa hiasan seperti bunga, coklat chip atau taburan berwarna. Resepi disini.

Jadi, apa tunggu lagi. Pilih salah satu dari resepi kek di atas dan hasilkan kek tersedap untuk mereka yang anda cintai sekarang.


Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *