23 Idea DIY Hiasan Dinding Ruang Tamu Yang Mudah Untuk Anda Cuba


Ruang tamu ialah ruang yang paling kerap anda kunjungi dan lepak di dalam rumah dan ia juga boleh dikatakan yang paling istimewa berbanding ruangan lain.

Di kawasan inilah anda berinteraksi dan menjalinkan hubungan bukan sahaja di kalangan ahli keluarga malah tetamu luar yang mengunjungi anda.

Tak kisah walau apa pun tujuan ruang tamu anda, pastikan anda boleh menerapkan ruang tamu anda dengan rekabentuk, susun atur dan desain yang unik supaya ia dapat menenangkan minda dan menyejukkan hati anda.

Dengan 45 idea diy hiasan dinding ruang tamu ini, moga-moga dapat memberikan anda idea dan inspirasi bagi menghias mengikut citarasa anda. Jangan lupa untuk memberikan sentuhan kasih sayang anda sebaiknya disini.

1. Bingkai Metalik

Pilih dan gunakan gambar-gambar klasik seperti potret atau pemandangan bandar lama untuk digunakan bersama-sama bingkai metalik anda.

2. Tumbuhan Yang Diawet

Mudah sahaja untuk membuat hiasan sebegini. Ambil apa-apa daun dan tekankan di bingai bergambar anda. Ini memberikan perasaan semulajadi meyelubungi ruang tamu anda.

3. Poskad Hiasan Dinding

Samada anda sendiri mengumpul poskad-poskad ini ataupun anda dapatkan dari ahli keluarga dan rakan yang suka melancong, hanya kumpulkan dan jadikan ia sebagai hiasan dinding. Sangat mudah.

4. Artwork Marble

Kredit : Artful Parent

Hiasan DIY ini menggunakan bahan yang anda pasti tak terfikir iaitu krim pencukur misai. Hanya campurkan dengan sedikit watercolor, ianya akan membentuk seperti corak marble yang sangat cantik.

5. Gambar Pemandangan

Kredit : Shutterfly

Ini antara hiasan yang kerap menghiasi dinding-dinding rumah di Malaysia. Anda boleh dapatkannya dengan harga yang berpatutan di kedai-kedai dekorasi seperti Kaison.

[Baca juga : 10 Tips Hiasan Ruang Tamu Supaya Nampak Moden & Cantik]

6. Lukisan Terumbu Laut

Kredit : Nourish and Nestle

Serlahkan hiasan ruang tamu anda dengan idea-idea dari laut dengan menampilkan lukisan terumbung karang ini. Ianya sangat mudah untuk anda buat. Hanya perlukan berus cat, cat dan kain putih beserta bingkai gambar.

7. Seni Kelopak Bunga

Kredit : Encourage Fashion

Kumpulkan kelopak-kelopak bunga yang ada disekeliling rumah anda dan bentukkannya menjadi seperti sejambak bunga, belon atau pun ais krim. Gabungkan beberapa jenis warna untuk nampak lebih ceria.

8. Lukisan Pistol Air

Kredit : Fireflies and Mudpies

Siapa sangka, hanya dengan menggunakan pistol air mainan anak anda, anda boleh hasilkan lukisan ala-ala abstrak. Mana tahu anda adalah the next Leonardo Da Vinci.

9. Gabungan Beberapa Bingkai Bergambar

Kredit : Amidst the Chaos

Gabungkan beberapa jenis bingkai bergambar dan jadikan dinding seperti galeri seni. Gunakan gambar-gambar seperti percutian, sambutan hari jadi atau pun anak anda semasa bayi. Susun supaya nampak lebih cantik.

10. Hiasan DIY Stencil 

Kredit : How About Orange

Nak tampil dengan hiasan yang nampak simple tapi cantik? Gunakan kreativiti anda untuk hasilkan lukisan sebegini dengan cat acrylic atau stencil. Antara lukisan yang mudah ialah pokok, bunga dan love.

11. Hiasan Love Berwarna Warni

Kredit : I Heart Organizing

Dengan membuat cop atau blok yang berbentuk hati/love, anda boleh membuat hiasan dinding ini dengan sangat mudah. Gunakan kertas yang berwarna-warni dan susun dalam barisan yang sangat cantik.

12. Nota Muzik

Kredit : Jennifer Decorates

Anda peminat muzik? Abadikan keratan keratan nota muzik anda di dinding ruang tamu anda dalam bingkai gambar berkaca. Ruang tamu anda seperti bayangan sebuah kumpulan orkestra terkenal.

[Baca Juga : Semakan Online Bantuan Sara Hidup Rakyat ]

13. Kraftangan Dinding Berwarna-Warni

Kredit : Curbly

Nampak moden dan stailo, hiasang dinding 3D ini unik dan nampak ceria. Sekiranya malas, anda juga boleh mendapatkan hiasan seperti ini di kedai-kedai dekorasi rumah berhampiran anda.

14. Peta Dunia

Kredit : Kayla Danelle

Dapatkan peta dimana anda berkahwin atau tempat di mana anda berasal dan tukarkannya menjadi hiasan dinding yang sangat bermakna dan menarik.

15. Cermin Dekorasi

Kredit : Little House of Four

Cermin menjadikan ruang tamu anda nampak lebih besar dari sepatutnya. Gantungkan cermin dekorasi di atas kabinet atau rak anda dan pastikan ianya bersesuaian dengan dekorasi lain di ruang tamu.

16. Papan Gambar Keluarga

Kredit : Shutterfly

Hasilkan satu papan yang menggantungkan koleksi gambar-gambar momen semasa ahli keluarga anda. Mix dan match warna dan saiz gambar supaya papan board anda nampak lebih menarik.

17. Wall Art Panel

Kini anda boleh menempah dengan mudah desain panel canvas secara online sahaja. Anda boleh buat carian di Google ataupun Facebook. Hiaskan dengan zikir, tulisan ayat Al-Quran atau nama-nama nabi.

18. Gantungkan Pasu atau Pot Bunga

Kredit : Nancy Mitchell

Gantungkan terus pot-pot bunga yang kecil di dinding ruang tamu anda. Hiasan ini nampak lebih semulajadi dan cantik.

19. Gantungkan Topi-Topi Anda

Kredit : Courtesy Jane Denton/SFGirlbyBay

Hanya menggunakan penggantung yang murah yang boleh didapati di kedai RM2. Anda boleh hiaskan dinding anda dengan menggantung topi, rantai-rantai manik atau apa sahaja yang nampak cantik dan menarik.

20. Tunjukan Buku-Buku Anda

Kredit : Stacey Brandford

Anda suka membaca buku? Apa kata jadikan buku anda sebagai hiasan dinding. Cari wall-mounted rak yang boleh dibeli di kedai MrDIY dan letakkan buku buku anda disitu. Nak ambil pun lebih mudah.

[Baca juga : Perodua Myvi Baru 2018 – Spesifikasi & Harga]

21. Rak Kayu Palet

Kredit : Courtesy West Elm

Trend terkini yang anda boleh lihat di kedai-kedai makan hipster ialah penggunakan perabot yang diperbuat dari kayu palet. Apa kata anda berkreatif sedikit dan tukarkan menjadi rak-rak yang lawa sebagai hiasan dinding rumah anda. Cantik dan nampak klasik.

22. Hiasan Gambar Dan Lampu

Kredit : Urban Outfitters

Cari lampu hiasan yang murah-murah dan gantungkan bersama-sama koleksi gambar di dinding anda. Pada waktu malam, jangan lupa untuk switch on lampu supaya nampak lebih cantik.

23. Buat Dinding Bermagnet

Kredit : Cup of Jo

Ada anak yang sedang membesar? Apa kata jadikan dinding anda bermagnet dan letakkan koleksi abjad dan huruf di dinding tersebut. Bolehlah bermain permainan membina perkataan bersama-sama dengan anak anda.