Sakit Kepala – Punca, Jenis Dan Kaedah Rawatan Yang Berkesan


Sakit kepala merupakan antara penyakit yang kerap dihidapi semua orang. Paling kurang pasti ada sekali dalam seumur hidup.

Biasanya ia tidaklah begitu serius, tetapi ianya boleh mengganggu kehidupan seharian kita.

Tetapi, sekiranya sakit atau pening kepala terjadi dalam tempoh yang lama sehingga beberapa minggu, anda dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan lanjut.

Penyebab Dan Punca Sakit Kepala

Sakit ini boleh berlaku pada mana-mana kawasan di bahagian kepala, sebelah sahaja, atau di satu kawasan sahaja.

Terdapat beberapa cara untuk mengenal pasti sakit kepala dan ianya dikategorikan kepada beberapa kategori iaitu:

Sakit Kepala Primer

Sakit kategori ini berpunca dari aktiviti berlebihan atau terdapat masalah pada struktur kepala yang sangat sensitif pada kesakitan.

Ia termasuklah kapilari darah, otot, ataupun urat yang berkaitan kepala dan tengkuk. Ia juga mungkin disebabkan perubahan aktiviti kimia didalam otak

Antara jenis sakit kepala ini ialah migrain, sakit kepala kluster dan sakit kepala tension

Sakit Kepala Sekunder

Sakit kategori ini pula terjadi apabila terdapat sakit lain yang menyebabkan sakit kepala diaktifkan. Mudahnya, ia berpunca dari sakit lain.

Antara penyumbang faktor-faktor sakit kepala jenis ini ialah

  • minum minuman beralkohol
  • tumor otak
  • pendarahan otak
  • “brain freeze” atau sakit kepala kerana makan ais krim
  • menghidu asap karbon monoksida
  • kekurangan air dalam badan
  • sakit gigi
  • strok
  • terlebih makan ubat

Sekiranya anda sakit lebih daripada selalunya, sila berjumpa doktor untuk pemeriksaan lebih lanjut

[Baca juga : 7 Khasiat Tembikai Yang Baik Untuk Tubuh ]

Jenis-Jenis Sakit Kepala

  • Sakit Kepala Tekanan

Sakit kepala jenis ini adalah yang paling popular di kalangan sakit kepala yang lain. Biasanya terjadi sedikit demi sedikit dan mula sakit teruk pada waktu tengahari dan petang

Mereka yang mengalami sakit ini akan merasai

  • Seperti kepala mereka diikat dengan sangat kuat
  • Sakit yang berpanjangan di kiri dan kanan kepala
  • Sakitnya merebak sehingga ke tengkuk

Sakit jenis ini boleh jadi sementara iaitu sekitar beberapa jam sehingga beberapa hari manakala serangan kronik pula boleh berlanjutan antara 15 hingga 3 bulan.

Kaedah rawatannya ialah anda boleh mengambil paracetamol atau panadol dan juga Profilaksis untuk mengawal serangan.

  • Migrain

Sakit kepala migrain menyebabkan berdenyut-denyut dan sakit seperti dicucuk-cucuk. Kesakitan itu juga mungkin ditemani bersama

  • pandangan yang tak berapa jelas
  • muntah-muntah

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia, migrain ialah sakit keenam yang boleh menyebabkan seseorang hilang keupayaan selama beberapa hari.Anda juga mungkin akan lebih sensitif dengan suasana persekitaran yang terlalu panas atau bising

  • Sakit Kepala Sinus

Sakit jenis ini biasanya berpunca daripada saluran pernafasan yang bermasalah. Punca utamanya mungkin disebabkan

  • Resdung
  • Selsema
  • Hidung tersumbat

Anda boleh mengurangkan sakit ini dengan membuang punca punca hidung tersumbat.

  • Sakit Kepala Kluster

Sakit ini biasanya terjadi antara 15 minit sehingga 3 jam sahaja dan boleh berlaku sekali sehari atau sehingga 8 kali sehari dalam tempoh seminggu/sebulan.

Kesakitan kluster ini biasanya

  • Terjadi di sebelah kiri atau kanan sahaja
  • Sangat sakit
  • Seperti dibakar atau dicucuk alat tajam
  • terjadi di keliling mata

Kawasan yang sakit boleh menjadi kemerahan. Ia juga boleh terjadi akibat dari pendarahan atau ketumbuhan di dalam kepala. Seeloknya anda berjumpa doktor untuk diagnostik lanjut.

Anda mungkin memerlukan pemeriksaan lanjut sekiranya anda sakit kepala disertai demam sehingga lima hari berturut-turut atau meracau.

Sekiranya tidak demam tapi pening dan sakit kepala melebihi 2-3 minggu, anda juga dinasihatkan untuk membuat temujanji dengan doktor untuk pemeriksaan lanjut.

[Baca juga : 10 Tips Hiasan Ruang Tamu Supaya Nampak Moden & Cantik ]

 

Cara Menghilangkan Sakit Kepala Dengan Kaedah Perubatan Alternatif 

Terdapat beberapa kaedah alternatif yang boleh anda cuba bagi menghilangkan sakit kepala iaitu :

  • rawatan akupuntur
  • meditasi di kawasan tenang dan sunyi
  • hipnosis
  • herba dan produk nutrisi

Walau bagaimanapun, tiada kajian khusus yang menunjukkan kaedah ini dapat menghilangkan sakit kepala.

Selain itu juga, anda boleh mengurangkan sakit kepala dengan cara dibawah

  • Letakkan pek ais atau ppek haba di kawasan kepala atau tengkuk. Tapi jangan terlalu sejuk atau panas yer
  • Jauhkan diri dari perkara-perkara yang boleh stresskan anda
  • Amalkan makan makanan seimbang untuk mengawal gula dalam darah
  • Mandi dengan air suam
  • Melakukan aktiviti sukan atau bersenam dengan konsisten
Doa Sakit Kepala Ustaz Sharhan

Anda juga boleh mengamalkan doa yang dicadangkan Ustaz Sharhan seperti video dibawah sebagai alternatif lain

Sumber : MedicalNewsToday, Medicinenet, LiveLoveFruit


Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *