Menjadi lumrah dalam setahun anak-anak pergi ke sekolah pasti ada hari atau minggu yang mana terjadi perkara-perkara yang tak dapat nak dielakkan dan menyebabkan anak tidak dapat hadir ke sekolah.
Antara sebab-sebab yang popular ialah :
- Sakit seperti demam, selsema dan pening kepala
- Pulang ke kampung kerana ada kematian sanak saudara
- Ibu dan bapa ada urusan di luar daerah
Apa-apa pun alasannya, pastikan anda memberikan surat tunjuk sebab kepada guru disekolah supaya anak anda tidak dikategorikan sebagai murid bermasalah.
Ciri-ciri Wajib Surat Tidak Hadir Ke Sekolah Adalah
- Bahasa yang logik, sopan dan bertatasusila
- Isi dan matlamat surat dinyatakan dengan ringkas dan jelas
- Disusun mengikut format surat rasmi yang betul
- Disahkan pihak berautoriti seperti doktor (sekiranya ada)
Bagi memudahkan anda, kami telah menyediakan contoh surat tidak hadir ke sekolah beserta template isi tempat kosong yang boleh dijadikan rujukan. Moga-moga ianya membantu anda.
CONTOH SURAT RASMI TIDAK HADIR KE SEKOLAH
10A, Lorong Idaman 1,
Taman Idaman Damai,
51000 Kuala Lumpur,
Wilayah Persekutuan.
Puan Aisyah Bt Johan
Guru Kelas Tahun 1A,
Sekolah Kebangsaan Idaman 1,
51000 Kuala Lumpur,
Wilayah Persekutuan 11 Oktober 2018
Tuan/Puan,
TIDAK HADIR KE SEKOLAH
Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2. Dimaklumkan bahawa saya, Lokman B Abdullah, pelajar kelas 1A tidak dapat hadir ke sekolah pada 10 Oktober 2018 hingga 11 Oktober 2018 kerana demam dan batuk.
3. Bersama-sama surat ini dilampirkan surat kebenaran cuti oleh pihak doktor dari Klinik berhampiran.
4. Segala kerjasama dan pertimbangan dari pihak tuan/puan amat saya hargai dan dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
Sekian.
Yang benar,
__________
(LOKMAN B ABDULLAH)
[Baca juga : Perodua Myvi Baru 2018 – Spesifikasi & Harga ]
TEMPLATE (ISI TEMPAT KOSONG) SURAT RASMI TIDAK HADIR KE SEKOLAH
_________________ (Masukkan alamat rumah)
_________________
_________________
_________________
Puan ____________ (Nama Guru Kelas)
Guru Kelas Tahun 1A,
_________________, (Alamat Sekolah)
_________________,
Wilayah Persekutuan 11 Oktober 2018 (Tarikh Surat Ditulis)
Tuan/Puan,
TIDAK HADIR KE SEKOLAH (Tuliskan Tajuk Surat Ditulis)
Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2. Dimaklumkan bahawa saya, ____________________ (Nama anda), pelajar ____________ (kelas) tidak dapat hadir ke sekolah pada _________________ (mula tarikh tidak hadir) hingga _____________ (akhir tarikh tidak hadir) kerana ____________________ (sebab tidak hadir).
3. Bersama-sama surat ini dilampirkan surat kebenaran cuti oleh pihak doktor dari Klinik berhampiran. (Sekiranya tiada sijil sakit atau surat lampiran, nombor tiga ini boleh dipadam)
4. Segala kerjasama dan pertimbangan dari pihak tuan/puan amat saya hargai dan dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
Sekian.
Yang benar,
___________ (Tandatangan)
(LOKMAN B ABDULLAH) – Nama Pelajar. Wajib Huruf Besar
Moga-moga anda dapat menulis surat tunjuk sebab ini dengan baik dan berikan kepada guru kelas anda.