7 Khasiat Buah Pisang Kepada Manusia Beserta Fakta, Nutrisi & Kalori


Rakyat Malaysia sangat mengenali dan mencintai buah pisang. Masakan tidak, terdapat puluhan resepi berasaskan buah ini menjadi santapan setiap hari.

Paling best bila waktu petang, dihidangkan mak secawan kopi O bersama-sama pisang goreng panas-panas. Bagi yang tinggal di bandar pula, pasti mencari-cari pisang goreng cheese.

Tapi tahukah anda, pisang bukan sahaja popular di Malaysia malah di seluruh dunia? Menariknya buah ini banyak ditanam di negara-negara asia tenggara dan mempunyai banyak khasiat buah pisang.

Dikatakan purata seorang rakyat US sendiri makan sehingga 5-6 kg pisang setahun, menjadikan buah ini buah paling digemari ramai.

Jom kita kenali lebih lanjut tentang buah kuning panjang ini.

Nutrisi Dan Nilai Kalori Buah Pisang

 

Dikenali dengan nama saintifiknya Musa paradisiaca, Sebiji pisang yang sederhana besar dan seberat 118gram mengandungi:

  • 360 miligram Potassium: 9% dari nilai harian
  • 24 gram karbohidrat
  • 3.1 gram serat
  • 1.3 gram Protein
  • 12 gram gula semulajadi
  • Vitamin B6 : 33% dari nilai harian
  • Vitamin C : 11% dari nilai harian
  • Magnesium : 8% dari nilai harian
  • Hampir tiada lemak langsung

Malah, sebiji pisang juga mempunyai kalori yang agak tinggi bagi buah iaitu kira-kira 89-105 kalori. Sebab itu, apabila kita makan pisang 2-3 biji pun dah rasa kenyang.

 

Jenis-Jenis Pisang Yang Ada Di Malaysia

Di Malaysia, terdapat pelbagai jenis pisang yang ada dan ianya berbeza mengikut jenis-jenis makanan yang sesuai dihasilkan.

Sebagai contoh, pisang tanduk sesuai dibuat kerepak manakala pisang abu sesuai dijgoreng dengan salutan tepung.

Antara jenis-jenis pisang yang ada ialah :

  • Pisang Berangan – Setandan mencecah 12-22kg. Kulitnya agak tebal dan bewarna oren kekuningan
  • Pisang Abu/Nipah – Setandan mencecah 15-28kg. Kuli bewarna kuning setelah masak dan isinya putih. Selalunya digoreng
  • Pisang Tanduk – Setandan mencecah 7-10kg. Sesuai dijadikan kerepek dan harganya mahal sedikit. Tak sesuai dimakan mentah
  • Pisang Emas – Mempunyai 5-9 sisir dan bewarna kuning keemasan. Wangi dan sangat manis dan tidak sesuai untuk digoreng
  • Pisang Awak – Setandan boleh mencecah 12-22kg. Boleh dimakan terus atau dibuat sajian. teksturnya agak kasar tapi mudah untuk dikupas
  • Pisang Cavendish – Setandan melebihi 20kg. Kulitnya tebal dan bewarna kuning cantik. Isinya lembut dan manis dan banyak dijual di pasaraya.
  • Pisang Nangka – Setandan mencecah 12-14lg. isinya bewarna krim putih dan rasanya sedikit masam. Selalunya digoreng dan tahan disimpan lama
  • Pisang Rastali – Setandan mencecah 10-15kg. Kulitnya bewarna kuning terang dan isinya lembut putih. Rasanya manis sedikit masam
  • Pisang Lemak Manis – Saiznya kecil-kecil dan rasanya manis berlemak. Selalu disedekahkan di masjid pada hari Jumaat dan digunakan dalam resepu puding diraja negeri Johor

Harga pisang juga tidak mahal seperti buah-buahan yang lain. Untuk sesisir pisang yang mengandungi 6-10 biji pisang anda boleh dapat sekitar harga RM8-15 sahaja.

[Baca juga : 7 Khasiat Tembikai Yang Baik Untuk Tubuh ]


7 Khasiat & Kelebihan Pisang Buat Manusia

Bukan sekadar sedap, malah pisang juga kaya dengan elemen dan nutrisi yang sangat baik untuk tubuh badan manusia.

Malah, bahagian-bahagian lain pokok pisang seperti batang, daun dan jantung juga memberi manfaat pada kehidupan seharian manusia

1. Merendahkan Tekanan Darah

Kaya dengan potassium, buah ini dapat membantu merendahkan tekanan darah. Dengan mengurangkan ketegangan pada saluran darah, darah dapat mengalir dengan lebih lancar dan baik ke seluruh badan manusia.

Ini sangat membantu untuk menghilangkan penyakit atherosclerosis yang biasanya mengakibatkan strok dan sakit jantung.

Serat dalam pisang juga membantu dengan mencuci kolestrol berlebihan yang ada pada saluran darah.

2. Menyembuhkan Asma

Menurut satu kajian, kanak-kanak yang mengamalkan makan pisang setiap hari berjaya mengurangkan risiko asma sehingga 34 peratus berbanding mereka yang tak makan.

3. Mengubati Sembelit

Serat yang sangat banyak berada dalam pisang membantu pergerakan saluran penyahtinjaan sekaligus mengubati masalah sembelit dan mereka yang ada penyakit usus.

Di dalam pisang terdapat dua jenis serat utama iaitu :

  • Pectin : Berkurang apabila pisang masak dan kajian menunjukkan ia dapat melindungi tubuh dari kanser usus
  • Resistant Starch : Dijumpai dalam pisang muda dan membantu bakteria dalam usus besar manusia untuk berfungsi dengan lebih baik

4. Menyembuhkan Diabetes/Kencing Manis

Mereka yang menghidapi Kencing Manis Tahap 1 & 2 sangat memerlukan serat yang banyak. Selain itu juga, pisang dapat membantu merendahkan kandungan gula dalam darah.

Pisang juga tergolong dalam makanan yang rendag indeks glysemik dan selamat dimakan pesakit kencing manis bagi menggantikan nasi

5. Menyelesaikan Masalah Anemia (Kurang Darah Merah)

Kandungan zat besi yang tinggi dalam buah kuning ini membantu meningkatkan penghasilan sel darah merah yang sangat diperlukan mereka yang menghidapi anemia.

Selain menghalang anemia, ia juga membantu menambah baik proses pengedaran darah ke semua organ dalam tubuh badan manusia

[Baca juga : Kalendar Bulan Islam Hijrah Tahun 2018 ]

6. Membantu Mengurangkan Berat Badan

Sebiji pisang hanya mengandungi 90 kalori dan sangat kaya dengan serat yang membantu tubuh untuk menyerap makanan menjadikan ia sesuai sebagai makanan orang berdiet.

Ianya sangat sesuai diamalkan para atlet dan mereka yang kerap bersenam. Selain itu, hanya dengan makan 1-2 biji pisang sudah membuatkan perut kita rasa kenyang dan mengurangkan selera makan kita.

7. Menguatkan Tulang & Gigi

Kehadiran Prebiotic dalam pisang bermanfaat untuk bakteria yang hidup dalam sistem usus tubuh badan kita. Ia membantu penyerapan mineral dan nutrisi ke dalam badan kita.

Selain itu juga, kalsium dan potasium yang tinggi dalam pisang membantu pembentukan tulang yang kuat sekaligus mengurangkan risiko osteoporosis atau tulang rapuh apabila kita semakin tua.

 

Cara Membeli & Menyimpan Pisang Agar Tahan Lebih Lama

Umum mengetahui yang pisang cepat rosak dan tak tahan lama. Biasanya hanya sekitar 3-5 hari sebelum pisang mula membusuk. Ini tips untuk anda pilih, beli dan simpan pisang supaya tahan lebih lama.

  • Pilih sisir pisang yang bercampur-campur. Ada yang sudah masa dan ada yang belum
  • Basuh pisang dengan air bersih
  • Keluarkan dari plastik
  • Balut tangkai pisang dengan surat khabar dan simpan di tempat yang sistem pengudaraannya baik (jangan simpan dalam kabinet dapur)
  • Jangan simpan pisang bersama-sama epal kerana epal mempunyai bahan kimi yang bernama “ether” yang membuatkan pisang masak lebih cepat
  • Jangan hentak pisang dengan kuat

Pisang juga sangat sesuai untuk dimasukkan dalam beberapa jenis masakan. Antara yang popular di Malaysia ialah :

  • Bubur pisang
  • Pisang muda masak lemak
  • Pisang goreng
  • Pisang penyet
  • Dan lain-lain lagi

Fakta Menarik Tentang Pisang

  • Nama saintifik pisang ialah musa sapientum yang bermaksud buah untuk lelaki yang bijak
  • Pisang timbul apabila diletakkan di dalam air
  • Orang Jepun menggunakan serat dalam pisang untuk dijadikan kain fabrik
  • Lebih daripada 100 billion biji pisang dimakan setiap hari
  • 51% pemakan pisang makan buah ini ketika sarapan
  • Banyak lagu yang ditulis menceritakan tentang pisang berbanding buah-buahan lain
  • Pisang tidak tumbuh dari benih tetapi dari batang pokoknya
  • Pisang mula direkodkan buat pertama kali semasa kurun ke-6 sebelum masihi
  • Pisang elok dipetik ketika masih hijau dan dibiarkan masak bukan di atas pokoknya

Sumber Fakta : TheBananaPolice

Jadikan pisang sebagai makanan harian anda kerana ia bukan sahaja berkhasiat malah dapat membantu mengurangkan berat badan. Siapa tak nak kurus kan? Jom amalkan pisang setiap hari.

 


Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *