Kalendar Bulan Islam Hijrah Bagi Tahun 2018 Malaysia & Tarikh Penting


Bulan Islam atau dikenali juga sebagai kalendar hijrah merupakan kalendar yang diguna pakai semua umat Islam di seluruh dunia yang berdasarkan kira-kira kitaran bulan dan mempunyai 354 hari dalam setahun.

Ianya berbeza dengan kalendar Masihi yang digunakan secara meluas yang berasaskan kitaran Bumi mengelilingi Matahari yang mempunyai 365 atau 366 hari dalam setahun.

Dibawah ialah senarai Kalendar bulan Islam bagi tahun 2018 yang merangkumi tahun 1439 & 1440 hijrah. Kalendar ini telah dirujuk dan diterbitkan semula berdasarkan Panel Pakar Falak dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Untuk memudahkan anda, kami juga menyertakan tarikh tahun Masihi disebelah tarikh Hijrah. Moga-moga dengan perkongsian ini, anda dapat merancang aktiviti dan masa anda dengan lebih baik.

 

TARIKH TARIKH PENTING DALAM ISLAM BAGI TAHUN 2018 / 1439-1440Hijrah DI MALAYSIA

TARIKH HIJRAH TARIKH MASIHI (2018) HARI KEBESARAN ISLAM
27 Rejab 1439H 14 April Israk & Mikraj
1 Ramadhan* 1439H 17 Mei Awal Ramadhan
17 Ramadhan 1439H 2 Jun Nuzul Quran
1 Syawal* 1439H 15 Jun Hari Raya Aidilfitri
1 Zulhijjah 1439H 13 Ogos Awal Zulhijjah
10 Zulhijjah* 22 Ogos Hari Raya Haji
1 Muharram 1440H 11 September Awal Muharram/ Ma’al Hijrah
12 Rabiulawal 1440H 20 November Maulidur Rasul
  • Tertakluk pada perubahan dan pengisytiharan dari Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia

KALENDAR BULAN-BULAN ISLAM BAGI TAHUN 2018

NAMA-NAMA BULAN ISLAM

  1. Muharram
  2. Safar
  3. Rabiul-Awal
  4. Rabiul-Akhir
  5. Jamadil-Awal
  6. Jamadil-Akhir
  7. Rejab
  8. Sya’ban
  9. Ramadhan
  10. Syawal
  11. Zulkaedah
  12. Zulhijjah

Nama-nama bulan Islam biasanya diambil sempena cuaca atau sesuatu peristiwa yang berlaku pada bulan tersebut. Walau bagaimana pun, disebabkan cara kiraannya berdasarkan kitaran bulan, dan kitaran bulan berubah 11 hari lebih awal setiap tahun, peristiwa-peristiwa yang berkaitan dengan bulan tersebut berubah-berubah masa dan tarikhnya.


Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *