Ikan Patin – Sejarah Yang Ramai Tak Tahu


Ikan patin atau in englishnya disebut sebagai Iridescent Shark Catfish ialah antara ikan yang popular di Malaysia.

Rasanya yang lembut, sedap dan berlemak kerap dimasak dengan resepi masak tempoyak atau pun pais tempoyak.

Jom kita ketahui lebih mendalam tentang ikan ini.

Ikan patin atau nama saintifiknya Pangasianodon hypophthalmus adalah spesies ikan air tawar yang tinggal di kawasan sungai, lomboong ataupun dibela di dalam kolam.

Ikan ini berasal dari Sungai Mekong dan Sungai Chao Phraya di Thailand. Di sana, ikan ini dibiakkan dan dibesarkan di dalam sangkar di tepian sungai. Tujuannya adalah untuk dijual dan dimakan.

Warnanya yang keperak-perakan (silver) nampak menarik dan Ikan ini juga tidak bersisik dan sangat lembut apabila dipegang.Ikan ini bergerak secara berkumpulan di habitat mereka.

Di negara Barat, mereka menjadikan ikan Patin sebagai ikan belaan di  akuarium. Tetapi, ia bukanlah ikan yang terbaik untuk dibela di akuarium kerana ia boleh membesar sehingga 1-2 meter panjang dan menjangkau berat 20kg.

Di Malaysia, ikan patin mempunyai nilai komersial yang tinggi dan banyak diternak di sangkar-sangkar dan kolam-kolam.

[Baca juga : Pencemaran Air : Punca, Kesan Dan Langkah Pencegahan ]

Temerloh dan Maran adalah antara daerah yang paling banyak sangkar ikan patin ini. Spesies yang paling banyak dikomersialkan ialah Pangasianodon hypophthalmus.

Ikan Patin yang dibela di sangkar di tepian sungai

Terdapat beberapa jenis ikan patin yang popular di Malaysia iaitu :

  1. Patin kolam (biasanya berwarna hitam dan berbau sedikit hanyir)
  2. Patin Sangkar (bewarna hitam dan putih dan yang popular di restoran dan kedai makan)
  3. Patin Sungai (bewarna cerah atau kelabu) dan jenis-jenisnya ialah :
  • Patin Buah (Pangasius nasutus)
  • Patin Muncung (Helicophagus wandersii)
  • Patin Juara (Pseudolais micronemus, pernah dikenali sebagai Pangasius micronemus)

Ikan patin boleh dikelaskan sebagai haiwan omnivor. Ini kerana spesies ini bukan sahaja makan tumbuhan, tapi juga makan daging seperti daging ayam.

Ikan patin sangkar dijual pada harga RM15-RM17 di sekitar Temerloh, Maran, Jerantut dan Bera. Manakala harga ikan patin sungai liar yang ditangkap boleh mencecah sehingga ratusan ringgit sekilogram bergantung kepada jenisnya.

Sekiranya anda seorang peminat ikan sungai ini, bolehlah melawat Pasar Tani di Maran, Temerloh atau Jerantut pada setiap hari pagi Ahad.

Disini, berpuluh-puluh nelayan dan penternak ikan patin akan berkumpul menjual hasil tangkapan atau hasil ternakan mereka.

Sekiranya anda bernasib baik, anda mungkin boleh mendapatkan harga ikan patin liar dengan lebih murah.

Ikan patin betina dikatakan lebih besar berbanding ikan patin jantan. Walau bagaimana pun, perbezaan ini agak sukar untuk dikenal pasti apabila ikan ini sudah membesar.

[Baca juga : 7 Khasiat Buah Pisang Kepada Manusia ]

Lagenda Ikan Patin

Dalam masyarakat di Asia Tenggara, terdapat beberapa lagenda yang popular yang berkait dengan ikan patin. Antaranya masyarakat Melayu di Sarawak dan Masyarakat Melayu di Brunei.

Untuk cerita lanjut lagenda ini, anda boleh membacanya dengan klik di bawah

Bagi penulis sendiri, ikan patin boleh dikategorikan antara ikan yang sedap dan sangat ditunggu-tunggu. Ikan patin masak pais tempoyak antara kegemaran.


Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *