5 Website Untuk Beli Tiket Bas Online Malaysia Dengan Mudah & Selamat


Kemajuan teknologi pada hari ini banyak memberi kemudahan kepada kita di Malaysia. Teknologi yang melibatkan pengangkutan awam juga sudah semakin ke hadapan.

Kini, anda bukan sahaja boleh menempah tiket kapal terbang secara atas talian, malah boleh membeli tiket bas online dengan mudah dan selamat.

Inisiatif pihak Kerajaan Malaysia yang menggabungkan kesemua terminal bas di Terminal Bersepadu Selatan (TBS) juga membuatkan proses mendapatkan tiket bas jadi lebih mudah.

Malah, apa yang lebih menarik, anda juga ditawarkan dengan harga diskaun dan pakej promosi apabila membuat pembelian menerusi web atau applikasi.

Kalau dulu, memang tak dapatlah harga promosi untuk tiket bas ini.

Berikut adalah senarai 5 website yang dipercayai, mudah dan selamat untuk membeli tiket bas online di Malaysia.

1. ETicketing.my

eticketing laman beli tiket bas

Menerusi Website ini anda akan dibawa ke laman-laman syarikat bas pilihan anda. Selain itu juga, laman ini juga membantu menyediakan prasarana online kepada syarikat-syarikat bas di Malaysia.

Anda juga boleh membeli tiket kereta api ETS yang mempunyai destinasi merentasi Pantai Barat semenanjung Malaysia, bermula dari Singapura sehingga Padang Besar, Perlis.

Selain itu juga, laman ini ada menawarkan promosi harga tiket ke destinasi-destinasi percutian yang popular di Malaysia seperti Aquaria KLCC, Sunway Lagoon, Lost World of Tambun dan lain-lain lagi.

URL : http://www.eticketing.my/

No Telefon : +603- 7728 8789 (Isnin-Ahad | Waktu Bekerja sahaja)

2. CatchThatBus

CatchThatBus

Laman membeli tiket bas ini bukan sahaja menyediakan perkhidmatan kepada rakyat Malaysia, malah meliputi Singapura. Selain itu juga, laman ini juga boleh diakses dengan menggunakan applikasi yang boleh dimuatturun di Play Store (Android) dan AppStore (iPhone).

Tambah menarik, setiap pendaftaran kali pertama juga ada diskaun yang diberikan. Malah, setiap kali musim perayaan, pasti ada tawaran istimewa yang diberikan pihak CatchThatBus.

Anda juga tidak perlu print tiket. Hanya bawa handphone yang ada applikasi CatchThatBus dan tunjukkan pada driver bas untuk pengesahan.

3. RedBus.my

RedBus

Antara pesaing rapat CatchThatBus. Laman ini bukan sahaja memudahkan anda untuk membeli tiket bas, malah dapat membantu anda merancang perjalanan jauh anda menggunakan bas.

Tawaran dan diskaun yang diberikan juga tidak kurang hebatnya seperti CatchThatBus. Sangat menguntungkan bagi mereka yang suka bergerak menggunakan bas.

Syarikat RedBus ini bukan sahaja meliputi negara Malaysia, malah turut boleh digunakan di negara India, Singapore, Indonesia, Peru & Colombia. Jadi, bolehlah anda tempah tiket bas lebih awal apabila melancong ke negara-negara tersebut.

URL : https://www.redbus.my/
Android App : Muatturun disini
iPhone App : https://itunes.apple.com/my/app/redbus/id733712604?mt=8
No Tel : +603-9212 1628
Email : support@redbus.my

4. EasyBook.com

Boleh dikatakan, ini ialah laman yang paling lengkap bagi mendapatkan maklumat dan tiket pengangkutan awam di Malaysia.

Bukan sahaja menawarkan tiket bas, anda juga boleh mendapatkan tiket kereta api, tiket feri, menempah kereta sewa dan hotel melalui laman EasyBook ini.

Malah, ia juga merangkumi hampir ke semua negara di Asia Tenggara iaitu Singapura, Malaysia, Indonesia, Thailand, Brunei, Vietnam, Myanmar, Kemboja dan Laos.

Jadi, lebih mudah untuk anda melancong ke negara-negara jiran. Hanya menggunakan satu website sahaja.

EasyBook juga menawarkan perkhidmatan mereka menerusi applikasi android dan iphone untuk memudahkan anda. Jadi, tak perlu lagi untuk print tiket anda. Hanya tunjuk bukti tiket anda menerusi app EasyBook sahaja.

5. BusOnlineTicket.com

Laman ini beroperasi di dua negara iaitu Malaysia dan Singapura. Anda bukan sahaja boleh memberli tiket bas, malah boleh menggabungkan tempahan tiket bas bersama-sama hotel, tiket feri, ataupun perkhidmatan agen pelancongan.

Selain itu, bagi anda yang takut untuk melakukan transaksi secara online juga boleh membayar harga tempahan menerusi 7-Eleven berdekatan rumah anda. (Rujuk sini)

Selain itu juga, BusOnlineTicket ada menawarkan program loyalty yang memberikan mata atau point kepada mereka yang membuat tempahan melalui laman atau applikasi mereka.

Lebih banyak anda beli/tempah, lebih banyak mata yang boleh anda kumpul dan tebus ke mana-mana destinasi pelancongan.

Url : https://www.busonlineticket.com/
Android App : https://play.google.com/store/apps/details?id=com.busonlineticket.app
IPhone App : https://itunes.apple.com/us/app/busonlineticket/id977176559?mt=8
No Tel : + 603 2027 4626 (Waktu Bekerja sahaja)
Whatsapp : +6017-394-8572 (Waktu Bekerja sahaja)
Email : sales@busonlineticket.com (Waktu Bekerja sahaja)

Jadi, diharap perkongsian ini dapat membantu anda untuk mendapatkan tiket bas online dengan lebih mudah dan cepat.

Anda juga tidak lagi perlu beratur panjang dan menghabiskan duit minyak kereta, parking dan membazir tenaga semata-mata untuk mendapatkan tiket bas.

Segalanya kini hanya dihujung jari anda.

 


Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *