Perkembangan teknologi yang semakin pesat pada hari ini banyak memudahkan kita terutamanya dalam aspek pendidikan.
Justeru, pihak Kementerian Pendidikan Malaysia juga telah membangunkan satu sistem laporan dan analisis yang diberi nama Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS).
Sistem ini berfungsi sebagai satu rekod yang menyimpan serta menganalisis data-data berkenaan peperiksaan dalaman bagi setiap sekolah di Malaysia.
SAPS juga boleh dijadikan penunjuk aras dan “Amaran Awal” kepada pihak pengurusan melalui analisis TOV (Take of Value), ETR (Expected Target Result) dan AR (Actual Result).
Terdapat dua sistem SAPS yang ada iaitu :
- SAPS NKRA – Khusus untuk guru kelas dan guru mata pelajaran memasukkan dan mengemaskini maklumat kelas, matapelajaran dan data pelajar.
- SAPS Semakan Ibu Bapa – Khusus untuk ibu bapa mendapat akses keputusan peperiksaan anak mereka
Setakat hari ini, keputusan peperiksaan yang diadakan pihak sekolah sahaja yang dapat disemak. Peperiksaan seperti UPSR, PT3 dan SPM masih tiada lagi.
7 Langkah-Langkah Login SAPS Yang Terbaru (Updated 30 Jun 2018)
Langkah ini dikongsikan pihak Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak
1.Masukkan ID Pengguna lama anda
2. Masukkan kata laluan sementara sekolah anda. (Sila rujuk pegawai PPD anda)
3. Masukkan kod pengesahan
4. Klik butang login
5. Masukkan kata laluan yang baharu yang anda ingin gunakan (pastikan password tersebut mengandungi kombinasi huruf besar, huruf kecil, nombor dan aksar khas sekurang-kurangnya 12 aksara)
6. Sistem akan memaklumkan penetapan kata laluan/password anda telah berjaya
7. Anda diminta untuk login semula dengan kata laluan/password yang baharu tadi
Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS)
Login SAPS untuk Guru
Login SAPS untuk Ibu Bapa
Masalah Yang Mungkin Berlaku Semasa Mengakses SAPS Dan Tindakan Yang Perlu Dilalukan
Khas Buat SAPS Ibu Bapa
- Sekiranya No Kad Pengenalan atau Sijil Lahir tidak dapat diakses, ibubapa atau pelajar perlu menghubungi guru kelas bagi memberitahu masalah tersebut
- Guru pula perlu mengemaskini maklumat pelajar melalui sistem Aplikasi Pengkalan Data Murid (APDM) dan melaporkan masalah ini kepada Setiausaha Peperiksaan (SUP) sekolah
- Jika terdapat kesalahan ejaan atau lain-lain perkara sila bertindak seperti yang dilampirkan di atas terlebih dahulu
- Sekiranya anda tidak dapat mengakses langsung URL sistem ini, sila tunggu dan login di luar waktu puncak. Ini kerana trafik yang masuk terlalu tinggi membuatkan server tidak dapat menampung. Antara waktu puncak ialah 8-11 pagi, 3-5 petang dan 8-11 malam.
Khas Buat SAPS Guru
Sekiranya anda pihak berkaitan dibawah dan terdapat masalah teknikal atau anda ingin tanyakan sesuatu yang berkaitan sistem ini, anda boleh mendapatkan bantuan dengan cara-cara dibawah :
PENGGUNA | PEGAWAI MEJA BANTUAN | CARA MENDAPATKAN BANTUAN |
Guru MP/Guru Kelas/ Pengetua/Guru Besar | SUP SAPS Sekolah | Hubungi SUP SAPS sekolah anda |
Setiausaha Peperiksaan Sekolah (SUP) | Pegawai Unit ICT/ SPA di PPD | Login ke SAPS dan dapatkan nombor talian yang diperlukan |
Pegawai SAPS PPD dan JPN | Pegawai Unit ICT/SPA di BPSH, KPM | Login ke SAPS dan dapatkan nombor talian yang diperlukan atau mengisi borang aduan. |
Kelebihan Dan Laporan Yang Terdapat Dalam Sistem SAPS
Kementerian Pendidikan Malaysia cuba menjadikan sistem ini sebagai sebuah sistem yang komprehensif dan lengkap bagi memudahkan ibu bapa dan guru untuk mengakses maklumat-maklumat penting peperiksaan dan prestasi pelajar.
Antara maklumat-maklumat yang ada ialah :
- Slip keputusan peperiksaan (Analisis markah)
- Bilangan mata pelajaran yang didaftarkan
- Jumlah markah keseluruhan
- Kedudukan dalam kelas dan darjah/tingkatan
- Jumlah kehadiran pelajar ke sekolah
- Peratus gred purata
- Keputusan pencapaian gred keseluruhan mata pelajaran
- Data peperiksaan tahun tahun sebelum ini
Moga-moga perkhidmatan semakan online SAPS ini dapat membatu dan memudahkan ibubapa dan guru bagi memantau prestasi pelajaran dan pendidikan anak-anak.