5 Rukun Islam – Maksud, Huraian dan Hadis Yang Wajib Setiap Muslim Tahu


Setiap umat Islam tidak mengira bangsa dan negara wajib mengetahui asas-asas dalam agama ini. Agama islam adalah satu pegangan hidup yang sangat sempurna.

Justeru wajib ke atas diri kita selaku Muslim untuk mengetahui dan memahami sebaik mungkin perkara-perkara berikut :

  • Rukun Islam yang terdiri dari 5 Perkara amali (ibadah) yang wajib dilaksanakan
  • Rukun Iman yang terdiri dari 6 Perkara kepercayaan wayng wajib diisi didalam hati

Sebagaimana seperti sebuah rumah yang kita diami yang mempunyai pelbagai elemen yang diperlukan bagi menjadi sebuah rumah yang kuat dan teguh untuk melindungi diri kita, begitulah Islam yang terbina atas lima tiang sebagaimana hadis Rasulullah SAW yang berbunyi :

عَنْ أَبِي عَبْدِ الرَّحْمَنِ عَبْدِ اللهِ بْنِ عُمَرَ بْنِ الْخَطَّابِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُمَا قَالَ : سَمِعْتُ رَسُوْلَ اللهِ صلى الله وسلم يَقُوْلُ : بُنِيَ اْلإِسْلاَمُ عَلَى خَمْسٍ : شَهَادَةُ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَأَنَّ مُحَمَّداً رَسُوْلُ اللهِ وَإِقَامُ الصَّلاَةِ وَإِيْتَاءُ الزَّكَاةِ وَحَجُّ الْبَيْتِ وَصَوْمُ رَمَضَانَ

[رواه الترمذي ومسلم]

Maksudnya :

Dari Abu Abdurrahman, Abdullah Ibnu Umar Ibnu Khattab RA ia berkata, “Aku pernah mendengar Rasulullah SAW bersada, “Islam dibangunkan di atas lima tiang iaitu  bersaksi bahawa tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah dan Muhammad utusan Allah, mendirikan solat, menunaikan zakat, mengerjakan haji ke Baitullah dan berpuasa pada bulan Ramadhan.

[Riwayat Tirmizi & Muslim]

Hadis ini juga diriwayatkan oleh Imam Bukhari dalam kitabnya Sahih Bukhari pada hadis yang kelapan.

5 Perkara Rukun Islam Yang Wajib Diketahui Semua Muslim

  1. Mengucapkan 2 kalimah shahadah
  2. Mendirikan solat 5 waktu
  3. Berpuasa di bulan ramadhan
  4. Mengeluarkan zakat
  5. Mengerjakan haji ke baitullah bagi yang berkemampuan

Huraian Lebih Mendalam Tentang Maksud Rukun Islam Dan Hadisnya

Kredit : Syuqor7!

Islam dari segi bahasa bermaksud tunduk dan meyerah. Seorang penganut agama Islam hendaklah menunduk dan menyerah kepada Allah SWT sebagai Tuhan Sekalian Alam.

Ruhaian Hadis

  • Rasulullah SAW menggambarkan Islam sebagai satu binaan yang kukuh yang dapat mengeluarkan manusia dari kekufuran dan dijauhkan dari seksaan api neraka
  • Rasulullah SAW juga menjelaskan yang seorang Muslim sejati dan sempurna imannya ialah mereka yang benar-benar percaya dan mentauhidkan Allah SWT dan kerasulan Nabi Muhammad SAW, mendirikan solat 5 waktu sehari semalam, melaksanakan ibadah puasa pada bulan Ramadhan, mengeluarkan zakat ke atas diri dan hartanya dan mengerjakan ibadah haji di Mekah sekiranya mampu
  • Tujuan ibadah bukan dari segi bentuk dan rupanya, tetapi diiringi maknda dan pelaksanaannya.

[Baca juga : Doa Awal Tahun Dan Doa Akhir Tahun Hijrah]

 

1. Mengucap Dua Kalimah Syahadah

Suatu pengakuan tentang adanya Allah dan keesaannya, dan satu pengakuan yang Nabi Muhammad SAW itu pesuruh Allah.

Terdapat dua kalimah dalam ucapan syahadah iaitu

لا إله إلا الله محمد رسول الله

  1. Aku bersaksi tiada Tuhan yang di sembah melainkan Allah
  2. Dan Nabi Muhammad itu pesuruh-Nya

Ucapan syahadah bukanlah ucapan yang biasa, ia disertai dengan tiga perkara yang akan membezakan seseorang itu samaada dia beragama Islam atau pun tidak, iaitu

  • Mengucapkan kalimah syahadah dengan lidah
  • Meperakui dan membenarkan ucapan syahadah di dalam hati
  • Dibuktikan dengan amalan

2. Solat 5 Waktu Sehari Semalam

Solat ialah satu ibadah yang mengandungi perakuan, perkataan dan perbuatan yang dimulai dengan takbiratul ihram dan diakhiri dengan salam.

Ia wajib ditunaikan setiap hari bagi setiap umat Islam dan dilakukan 5 kali iaitu pada waktu Subuh, Zuhur, Asr, Maghrib dan Isya’.

Solat lima waktu adalah kewajipan yang paling utama dalam Islam sepertimana yang ada dalam hadis Rasulullah SAW yang bermaksud

“Ajaklah mereka (penduduk Yaman) menyaksikan (syahadah) bahawa tiada Tuhan selain Allah dan bahawa aku utusan Allah. Jika mereka telah mematuhinya, maka ajarkanlah kepada mereka bahawa Allah mewajibkan mereka solat lima waktu sehari semalam.” (Hadis Daripada Muadz bin Jabal, riwayat Muslim)

Solat yang dilakukan dengan sempurna dan penuh khusyu’ dapat mencegah diri si pelakunya daripada melakukan maksiat dan menuruti hawa nafsu.

3. Berpuasa Pada Bulan Ramadhan

Puasa ialah satu ibadah yang mana umat Islam akan menahan diri dari makan, minum dan perkara-perkara yang membatalkan puasa bermula dari terbit fajar (waktu subuh) sehinggalah tenggelamnya matahari (waktu maghrib) selama sebulan pada bulan Ramadhan.

Tujuan puasa ialah bagi mendidik jiwa supaya dapat menahan sabar dan nafsu. Ganjaran orang yang berpuasa itu dirahsiakan oleh ALLAH sebagaimana sabda Rasulullah SAW :

 “Semua amal anak Adam a.s dilipatgandakan kebaikan (pahala) dari 10 sampai 700 kali ganda; kecuali ibadah puasa. Ada pun puasa itu adalah untuk Allah s.w.t.. dan Dia akan terus memberikan pahala kepada sekalian (yang mengerjakannya),” (Riwayat Muslim)

Berpuasa bukan sahaja mampu melawan hawa nafus, malah merupakan antara kaedah terbaik bagi mengawal perut yang menjadi punca segala jenis penyakit.

[Baca juga : Cara Dan Niat Puasa Ganti Ramadhan Yang Betul]

4. Menunaikan Zakat Fitrah dan Harta Bagi Yang Layak

Kredit : Zaini Abdullah

Ibadah ini ialah mengeluarkan sedikit daripada bahagian harta kita untuk diberikan kepada golongan tertentu yang layak menerimanya menurut Islam.

Tujuan zakat ialah untuk mendidik jiwa umat Islam untuk saling membantu dan menghilangkan sifat kedekut dari diri kita. Hanya 8 golongan tertentu yang layak menerima zakat iaitu :

  • Fakir iaitu orang yang hanya menerima gaji 50% lebih rendah dari jumlah yang dia perlukan
  • Miskin iaitu orang yang hanya menerima gaji antara 50%-99% lebih rendah dari jumlah yang dia perlukan
  • Amil ialah orang yang dilantik oleh pemerintah untuk menjadi wakil bagi mengumpulkan zakat
  • Muallaf iaitu orang kafir yang baru sahaja masuk Islam
  • Hamba iaitu seseorang yang dijanjikan akan dimerdekakan oleh tuannya sekiranya membuat pembayaran
  • Orang yang berhutang
  • Orang yang berperang di jalan Allah
  • Orang yang bermusafir

Untuk penerangan lebih lanjut tentang golongan yang layak menerima zakat ini, boleh disambung pembacaan anda disini.

5. Mengerjakan Haji Di Mekah Bagi Yang Berkuasa

Ibadah haji ialah ibadah bagi mereka yang mampu dari segi wang ringgit, bertenaga dan wajib dilakukan sekali dalam seumur hidupnya dengan syarat tertentu dan waktu tertentu.

Ibadah ini ialah kemuncak kepada ibadah lain dalam rukun Islam. Amalan ini mengingatkan kita sebagai orang Islam tentang alam akhirat selain dapat merapatkan silaturrahim sesama umat Islam yang wujud di negara selain dari kita.

Untuk penerangan lebih lanjut tentang ibadah hai ini, boleh disambung pembacaan anda disini.

Lagu Rukun Islam Supaya Lebih Mudah Untuk Anak Anda Ingat Dan Hafal

Rukun Islam merangkumi aspek aqidah dan amalan bagi umatnya. Justeru, kita sebagai penganutnya wajib sedaya upaya kita untuk melaksanakannya dengan sempurna dan paling baik sekali.

Moga-moga kita dapat menjadi seorang Muslim yang terbaik dan diredhai Allah SWT. Amin.

 

Sumber : Yadim


Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *