Doa Awal Tahun & Doa Akhir Tahun Hijrah Islam Bagi Tahun 1439H/2018M


Setiap tahun, umat Islam akan menyambut sambutan Awal Muharram atau nama lainnya Maal Hijrah. Muharram adalah bulan pertama dalam kalendar hijrah umat Islam.

Sejarah Awal Muharram Dan Penggunaan Kalendar Hijrah

Kalendar hijrah atau Hijriah diasaskan pada zaman Saidina Umar Al-Khattab dengan saranan oleh Ali b Abi Thalib, kalendar ini menggunakan kitaran bulan sebagai asas kiraan hari, bulan dan tahun.

Permulaai hari kalendar ini bermula pada waktu selepas Maghrib dan permulaan bulan apabila nampak anak bulan di langit. Dalam setahun, kalendar ini mempunyai 354 hari berbanding 365 hari bagi kalendar Masihi.

Untuk menetapkan kalendar Islam ini, Saidini Umar AlKhattabmencari satu peristiwa atau momentum yang dapat dijadikan sebagai awal permulaan Tahun Baru Islam.

Maka diadakan mesyuarat dan dari situ timbul beberapa cadangan iaitu :

  • Dikira dari hari kelahiran Nabi Muhammad
  • Dikira dari wafatnya Rasulullah SAW
  • Dikira dari hari Rasulullah menerima wahyu pertama di Gua Hirai
  • Dimulai dengan hari dan bulan Nabi Muhammad berhijrah ke Madinah

Setelah berbincang sebaiknya, hari Nabi Muhammad berhijrah adalah peristiwa yang sangat sesuai dijadikan permulaan tahun Islam dan bulan Muharram dijadikan bulan pertama.

Ini kerana Muharram sendiri bermaksud diharamkan atau yang sangat dihormati. Pada bulan itu, umat Islam diharamkan berperang melainkan jika diperangi terlebih dahulu.

Bulan Muharram ialah bulan perdamaian. Atas dasar itu, tahun baru hijrah mula diguna pakai dan Muharram dijadikan permulaan kalendar tersebut.

[Baca juga : Kalendar Bulan Islam Hijrah Tahun 2018 ]

 

Bacaan Doa Awal Tahun Dan Doa Akhir Tahun Hijriah Islam

Bersempena dengan masuknya tahun baru, umat Islam di Malaysia  akan meraikannya dengan bacaan doa akhir tahun dan doa awal tahun. Berikut adalah doa-doanya.

Doa Akhir Tahun

Doa ini akan dibaca pada waktu sebelum masuknya waktu Maghrib (selepas solat asar) pada hari terakhir dalam kalendar hijrah iaitu pada akhir bulan Zulhijjah bersamaan 30 Zulhijjah 1349H / 10 September 2018 Masihi (Isnin). Doa ini akan dibaca sebanyak 3 kali.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ 

الحَمْدُ لِلّٰهِ رَبِّ العَالَمِينَ، وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى سَيِّـدِنَا مُحَمَّدٍ، وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِينَ. اَللَّهُمَّ مَا عَمِلْنَا فِى هَذِهِ السَّنَةِ مِمَّا نَهَيْتَنَا عَنْهُ فَلَمْ نَتُبْ مِنْهُ، وَلَمْ تَرْضَهُ وَلَمْ تَنْسَهُ، وَحَلِمْتَ عَلَيْنَا بَعْدَ قُدْرَتِكَ عَلَى عُقُوبَتِنَا إِلَى التَّوْبَةِ مِنْهُ بَعْدَ جَرَاءَتِنَا عَلَى مَعْصِيَتِكَ،  فَإِنَّنَا نَسْتَغْفِرُكَ فَاغْفِرْ لَنَا، وَمَا عَمِلْنَا مِمَّا تَرْضَاهُ، وَوَعَدْتَنَا عَلَيْهِ الثَّوَابَ، فَنَسْأَلُكَ اللَّهُمَّ يَا كَرِيمُ يَا ذَاالجَلاَلِ وَالإِكْرَامِ، أَنْ تَتَقَبَّـلَهُ مِنَّا وَلاَ تَقْطَعْ رَجَاءَنَا مِنْكَ يَا كَرِيمُ. رَبَّنَآ ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى الأَخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ. وَصَلَّى اللهُ وَسلَّمَ عَلَى سَيـِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِينَ وَالحَمْدُ لِلّٰهِ رَبِّ العَالَمِينَ.

Maksudnya :  Ya Allah, apa-apa tegahan dan larangan-Mu yang kami lakukan sepanjang tahun ini dan kami belum bertaubat daripadanya sedangkan Engkau tidak lupa dan tidak meredhainya, Engkau juga telah berlemah-lembut kepada kami sedangkan Engkau berkuasa memaksa kami bertaubat daripada perbuatan maksiat yang sengaja kami lakukan, maka sesungguhnya kami memohon keampunan-Mu.

Apa-apa perbuatan kami sepanjang tahun ini yang Engkau redhai dengan pemberian pahala yang Engkau janjikan, maka dengan kemuliaan dan   kebesaran-Mu, kami memohon dan berharap menerimanya, dan janganlah Engkau hampakan harapan kami kepada-Mu.

Amin ya Rabbal ‘alamin

Klik sini untuk muat turun doa ini

Doa Awal Tahun

Doa awal tahun hijrah pula akan dibaca selepas waktu Maghrib pada 30 Zulhijjah 1349H / 10 September 2018 Masihi (Isnin). Doa ini juga dibaca sebanyak 3 kali.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ

الحَمْدُ لِلّٰهِ رَبِّ العَالَمِينَ، وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ الأَنْـبِيَاءِ وَالمُرْسَلِينَ سَيِّـدِنَا مُحَمَّدٍ، وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِينَ. اَللَّهُمَّ أَنْتَ الأَبَدِيُّ القَدِيمُ الأَوَّلُ وَعَلَى فَضْلِكَ العَظِيمِ وَجُودِكَ المُعَوَّلِ، وَهَذَا عَامٌ جَدِيدٌ قَدْ أَقْبَلَ عَلَيْنَا، نَسْئَـلُكَ العِصْمَةَ فِيهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ وَأَوْلِيَاءِهِ وَجُنُودِهِ، وَالعَوْنَ عَلَى هَذِهِ النَّفْسِ اللأَمَّارَةِ بِالسُّوءِ، وَالاِشْتِغَالِ بِمَا يُقَرِّبُنَا إِلَيْكَ زُلْفَى. اَللَّهُمَّ يَا مُحَوِّلَ الأَحْوَالِ حَوِّلْ حَالَنَا إِلَى أَحْسَنِ الأَحْوَالِ بِحَوْلِكَ وَقُوَّتِكَ يَا عَزِيزُ يَا مُتَعَالٍ. رَبَّنَآ ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى الأَخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ. وَصَلَّى اللهُ وَسلَّمَ عَلَى سَيـِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِينَ وَالحَمْدُ لِلّٰهِ رَبِّ العَالَمِينَ.

Yang bermaksud : Ya Allah Yang Kekal Abadi, dengan limpah kurnia dan kemurahan-Mu pada tahun baharu yang menjelang tiba ini, kami memohon pemeliharaan dan perlindungan-Mu daripada syaitan yang direjam dan semua pengikut serta pembantu-pembantunya. Kami memohon pertolongan-Mu mengatasi nafsu yang sentiasa mendorong kepada kejahatan, dan bantulah kami melakukan segala perkara yang memungkinkan kami mendampingi-Mu.

Ya Allah Tuhan Yang Maha Berkuasa mengubah segala keadaan, dengan kekuasaan-Mu Yang Maha Agung, ubahkanlah keadaan kami kepada sebaik-baik keadaan.

 Amin ya Rabbal ‘alamin

Klik sini untuk muat turun doa ini

[Baca juga : Sakit Kepala – Punca, Jenis Dan Kaedah Rawatan]

 

Amalan-Amalan Sunat Yang Digalakkan Pada Bulan Muharram

1. Perbanyakkan Puasa

Dari Abu Hurairah ra, Nabi Saw bersabda:
أَفْضَلُ الصِّيَامِ بَعْدَ رَمَضَانَ شَهْرُ الله الْمُحَرَّمُ

“Sebaik-baik puasa setelah (puasa) Ramadhan adalah puasa di bulan Allah, yakni Muharram.” (HR Muslim).

2.Berpuasa Pada 9, 10 dan 11 Muharram

Berdasarkan hadits yang bersumber dari Ibnu Abbas ra yang mengatakan bahwa Rasulullah SAW:

صُوْمُوْا يَوْمَ عَاشُوْرَاءَ، وَخَالِفُوْا فِيْهِ الْيَهُوْدَ؛ صُوْمُوْا قَبْلَهُ يَوْمًا أَوْ بَعْدَهُ يَوْمًا

“Berpuasalah kalian pada hari ‘Asyura, dan selisihilah kaum Yahudi. Puasalah sehari sebelumnya atau sehari sesudahnya.” (HR Ahmad, al Humaidi dalam Musnad-nya, dan Ibnu Khuzaimah dalam Shahih-nya).[1]

Fakta Menarik : Puasa ‘Asyura (pada 10 Muharram) merupakan puasa pertama yang disyariatkan dalam Islam sebelum datangnya suruhan Allah untuk berpuasa pada bulan Ramadhan.

Sumber : IslamMediaNewsCom, Jabatan Mufti Negeri Sembilan, Syedibra

 


Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *