Contoh Surat Rasmi Dan Format Terkini Yang Betul (Percuma Template)


Aktiviti surat-menyurat sudah bermula sejak dari terciptanya kertas dan pen pada kurun sebelum ini lagi. Pada zaman dahulu, manusia menulis surat sebagai salah satu medium komunikasi utama.

Tetapi kini, surat telah berevolusi ke tahap yang baru yang mana ia banyak digunakan dalam acara dan aktiviti yang rasmi sahaja. Surat rasmi juga mempunyai format yang harus dipatuhi dan diikuti.

Surat rasmi membentuk persepsi kepada penerima surat betapa seriusnnya penulis surat tersebut. Oleh kerana itu, pihak Dewan Bahasa dan Pustaka telah menggariskan beberapa panduan bagi menulis surat rasmi dengan format yang betul.

Bagi memudahkan anda, kami kongsikan kepada anda panduan, format beserta contoh surat rasmi berkaitan sebagai rujukan anda.

Format Surat Rasmi

Tujuan format ini diselaraskan ialah untuk membezakan samaada surat in bertujuan untuk urusan rasmi atau tidak rasmi. Selain itu, ia juga memudahkan penulis surat dan juga penerima surat untuk memahami tujuan dan apa yang mahu disampaikan.

1. Alamat Pengirim dan Penerima, dan Tarikh

  • Nama dan Alamat penuh pengirim berada di sebelah kiri atas sekali
  • Diikuti dengan satu garisan melintang selepas alamat penulis surat
  • Kemudian, tuliskan pula nama dan alamat penuh penerima dibawah garisan
  • Kemudian, sebaris dengan barisan akhir alamat penerima tadi, masukkan pula tarikh surat tersebut.

Contoh :

Nurul Aisyah Razali,
Pelajar 1 Cemerlang,
Sekolah Kebangsaan Semanggol Tinggi,
98620 Bukit Semanggol,
Perak Darul Ridzuan

______________________________________________________

Puan Hanani Sazali
Guru Kelas 1 Cemerlang,
Sekolah Kebangsaan Semanggol Tinggi,
98620 Bukit Semanggol,
Perak Darul Ridzuan                                                                           11 Julai 2018

[Baca juga : Contoh Surat Tidak Hadir Ke Sekolah Yang Ringkas & Mudah]

 

2. Panggilan Hormat dan Tajuk

  • Panggilan hormat atau gelaran penerima dan letakkan koma dihujung. Contohnya Datuk, Tan Sri, Puan, Puan Sri
  • Tajuk – gunakan huruf besar sepenuhnya dan gariskan tajuk tersebut. Jangan letak noktah pada tajuk

Contoh : 

Datuk Seri,

PERMOHONAN PEMBIAYAAN KEMASUKAN KE UNIVERSITI TEKNOLOGI PETRONAS

 

3. Isi Dan Kandungan Surat

  • Perenggan pertama anda tidak perlu dijadikan perenggan dan sangat simple dan mudah
  • Perenggan kedua dan seterusnya – Pastikan diletakkan nombor dan ayatnya jelas dan straight to the point. Masukkan maklumat selengkap yang boleh tapi ringkas dan padat
  • Perenggan Penutup – sama seperti perenggan pertama, tidak perlu dijadikan perenggan
  • Tandatangan pengirim
  • Nama pengirim – Pastikan ditulis dalam huruf besar dan berada dalam kurungan
  • Jawatan Pengirim ditulis di bawah nama pengirim

Contoh:

Berhubung perkara di atas, Saya Ali Bin Abu, Setiausaha Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang ingin menjemput tuan ke Majlis Penutupan Perasmian Sambutan Hari Kemerdekaan Peringkat Negeri Pahang.

2. Untuk makluman pihak tuan, kami telah merancang untuk mengadakan sambutan penutupan kemerdekaan pada ketetapan yang berikut :

Tarikh : 16 September 2018
Tempat : Padang Awam Kuantan, Pahang
Masa : 9 malam – 12 tengah malam

3. Kami berharap pihak tuan dapat memenuhi jemputan kami ini. Kami juga memohon untuk pihak tuan memberi maklum balas secepat yang mungkin bagi memudahkan kedua-dua belah pihak.

Kerjasama dari pihak tuan amat kami hargai dan kami dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

Yang Menjalankan Tugas,

Tandatangan
…………………
(ALI BIN ABU)
Setiausaha
Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang

 

Tips Dan Teknik Penting Ketika Menulis Surat Kiriman Rasmi

1. Kandungan dan penulisan surat mestilah ditulis dengan ayat yang formal dan menggunakan bahasa baku yang ringkas.

2. Ayat mestilah ditulis dengan jelas dan boleh difahami kedua-dua belah pihak, pengirim dan penerima

3. Elakkan dari menggunakan ayat dan bahasa yang berbunga-bunga seperti novel

4. Gunakan panggilan hormat yang betul. Sekiranya anda menulis kepada pihak yang berpangkat Datuk, Tan Sri, sila gunakan pada tempat yang sesuai. Sekiranya anda tidak mengetahui status dan jantina penerima, boleh gunakan sahaja panggilan hormat “Tuan”

5. Wajib nomborkan perenggan kecuali perenggan pertama dan terakhir. Mulakan dengan nombor 2 dan ke atas

6. Semak surat anda beberapa kali dan sekerap mungkin bagi mengelakkan sebarang kesalahan ejaan dan pembentukan ayat yang salah dan tidak difahami. Cuba berikan kepada kawan anda untuk disemak sekali.

[Baca juga : Login SAPS Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah]

 

Contoh Surat Rasmi Untuk Panduan Dan Rujukan Anda

Berikut adalah beberapa contoh surat rasmi yang berbeza mengikut keadaan dan urusan. Moga-moga ianya membantu anda.

Contoh Surat Rasmi Permohonan

Muat turun disini (Microsoft Word)


Contoh Surat Rasmi Tidak Hadir Ke Sekolah

Muat turun disini (Microsoft Word)


Contoh Surat Rasmi Rayuan

Muat turun disini (Microsoft Word)

 

Moga-moga perkongsian ini dapat membantu anda sedikit sebanyak dalam menyelesaikan tugasan dan urusan rasmi anda. Sekiranya ada apa-apa soalan atau permintaan contoh surat rasmi yang lain, boleh nyatakan di bahagian komen.