Perodua Myvi Baru 2018 – Spesifikasi, Warna, Harga & Bayaran Bulanan


Kereta nombor 1 dari segi jualan di Malaysia iaitu Perodua Myvi baru sahaja melancarkan varian generasi ketiga yang telah dibuka jualan pada 9 November 2017 tahun lalu.

“Perodua Myvi baru 2018 ini mewakili apa yang kami percaya dan apa yang kami pegang selama ini. Ia adalah hasil kerja keras, kepintaran dan pengalaman kami dalam mengeluarkan kereta yang berdasarkan maklum balas dan apa yang dikehendaki pelanggan,” kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perodua, Datuk (Dr) Aminar Rashid Salleh.

Boleh dikatakan design Myvi kali ini tampil lebih futuristik dan didatangkan dengan kepintaran keselamatan yang berjaya membawa standard kereta kompak ke aras yang lebih tinggi.

Perkataan Myvi sendiri terhasil daripada akronim

  • M – Modern Technology
  • Y – Youthful Design
  • V – Versatile Space
  • I – Intelligent Safety

Antara Ciri-Ciri, Spesifikasi Dan Kehebatan Perodua Myvi Baru Generasi Ketiga Ini Ialah :

Elemen Reka Bentuk & Kelengkapan

  • Hampir 100% reka bentuk dibangunkan hasil kerja dan kepintaran anak tempatan
  • Bentuk yang seimbang dari hadapan ke belakang dan lebih sporty
  • Daihatsu selaku partner membantu Perodua dalam beberapa perkara seperti perancangan produk, pengeluaran, dan kejuruteraan
  • Bentuk yang lebih panjang, rendah dan lebar berbanding model sebelum ini
  • Roda aloi 14 inci untuk varian 1.3L dan 15 inci untuk varian 1.5L
  • Kesemua jenis varian dilengkap dengan lampu LED, Smart Entry, Push Start dan kerusi belakang dengan lipatan 60:40
  • Tombol gear dan brek tangan yang mudak dicapai dan tak terlalu ke dalam

Elemen Enjin Dan Nadi Kuasa

  • Dikuasakan dengan enjin 1.3 liter dan 1.5 liter (Dual VVT-i) yang diiktiraf EEF
  • Enjin ini dikeluarkan Kilang Enjin Daihatsu di Negeri Sembilan
  • Dipadankan pula dengan transmisi empat kelajuan Automatik
  • Penggunaan minyak yang rendah iaitu 20.1km untuk 1 liter (Varian 1.5 AT) dan 21.1km/liter bagi varian 1.3L
  • Dikatakan 32% lebih jimat minyak berbanding model sebelum ini iaitu lebih kurang 5km tambahan bagi setiap liter

[Baca Juga : Pencemaran Alam Sekitar – Fakta, Punca Dan Kesan Kepada Manusia ]

Elemen Keselamatan Yang Padu

  • Advanced Safety Assist yang selalunya ada ada kereta kereta yang lebih mahal. Sistem ini terdiri daripada Amaran Awal Pelanggaran, Sistem Brek Awal Pelanggaran, Sistem Kawalan Pedal
  • Selain itu, terdapat juga Electronic Brake Distribution (EBD), Vehicle Stability Control (VSC) ada kesemua varian
  • Terdapat juga sehingga enam beg udara dan berjaya mencapai 5 bintang bagi Asean NCAP (peingktirafan keselamatan)

Warna-warna Pilihan Perodua Myvi 

Terdapat enam pilihan warna yang nampak moden dan kena dengan citarasa orang muda iaitu :

  • Granite Grey Metallic (1.5L sahaja)
  • Pepermint Green Metallic (1.3L sahaja)
  • Lava Red
  • Mystical Purple
  • Glittering Silver
  • Ivory White

Myvi baru ini juga memperkenalkan enjin jenis baru. Bagi varian 1.3L sama seperti Bezza manakala varian 1.5L sama seperti Toyota Vios baharu yang sudah ditune supaya sesuai dengan kereta jenis hatchback subkompak.

  • 1.3L – 94hp @ 6,000rpm, 121Nm @ 4,000rpm
  • 1.5L – 102hp @ 6,000rpm, 136Nm @ 4,200rpm

[Baca juga : Semakan Online Bantuan Sara Hidup Rakyat ]

Harga Penuh Dan Bayaran Bulanan Perodua Myvi Baru 2018 Generasi Ketiga

Perodua Myvi (2018) ada 5 pilihan varian dengan 2 jenis enjin – 1.3L dan 1.5L.

  • 1.3L G Manual – RM44,300
  • 1.3L G Auto – RM46,300
  • 1.3L X Auto – RM48,300
  • 1.5L H Auto – RM51,800
  • 1.5L AV Auto – RM55,300

* Harga diatas jalan termasuk GST tanpa insurans

Harga Dan Bayaran Bulanan 

Kesimpulannya buat kira-kira terlebih dahulu sebelum mengambil Myvi baru ini. Seeloknya sekiranya gaji anda atas pada RM2000 barulah ambil yer.