Resepi Nasi Ayam Hotel Yang Simple Tapi Sedap – Langkah Demi Langkah


Nasi ayam merupakan makanan yang popular di kalangan rakyat Malaysia. Berbeza dengan sahabat baiknya, nasi lemak yang dimakan waktu pagi dan sarapan, nasi ayam pula biasanya menjadi santapan di waktu makan tengahari.

Malah, boleh dikatakan hidangan ini ialah hidangan satu Malaysia kerana ia bukan sahaja diminati bangsa Melayu, malah turut terdapat resepi nasi ayam yang diolah mengikut citarasa bangsa-bangsa lain seperti cina, india, Iban, Kadazan dan lain-lain lagi.

Rahsia Kesedapan Nasi Ayam Yang Sebenar

Kesedapan nasi ayam yang sebenar bukan hanya terletak pada ayam tersebut, tetapi pada keseluruhan bahan dan aksesori yang ada dalam hidangan ini.

Nasi, ayam, sup, sambal, kicap dan sayur, semuanya memainkan peranan yang sangat penting dalam menentukan rasa sebenar resepi ini.

Bagi peniaga-peniaga melayu yang sudah lama menyediakan menu ini, sudah pasti ada rahsia dan teknik tersendiri yang menjadi rahsia turun temurun.

Disini, kami kongsikan kepada anda, resepi nasi ayam yang sedap

Langkah Demi Langkah Resepi Nasi Ayam Yang Mudah Tapi Sangat Sedap Untuk Anda Buat

Bahan-Bahan

  • Ayam dipotong besar

Langkah 1 (Hasilkan Air Rebusan Ayam)

  • Didihkan air dalam periuk lepas tu masukkan ayam yang telah dibasuh bersih

Langkah 1 Resepi Nasi Ayam Mudah

  • Rebus ayam sehingga bertukar warna menjadi putih. Bila dah jadi warna putih, asingkan ayam
  • Yang ni air rebusan ayam tadi. Jangan buang banyak kegunaan nanti
Air Rebusan Ayam
Air Rebusan Ayam

Langkah 2 (Masak Nasi)

Bahan-bahan untuk nasi (untuk 2 orang makan):

  • 2 ulas bawang merah (Tumis)
  • 2 ulas bawang putih (Tumis)
  • 1 inci halia (Tumis)
  • 2 helai daun pandan
  • 1 kiub pati ayam
  • Sedikit butter (Tumis)

Cara-caranya :

  1. Panaskan sedikit minyak masak
  2. Cairkan butter
  3. Masukkan bahan-bahan tumis – tumis sehingga bertukar warna
  4. Masukkan tumisan ini di dalam periuk nasi yang berasnya sudah dibasuh.
  5. Selepas itu boleh letak daun pandan, kiub ayam & sedikit serbuk kunyit untuk warna nasi kuning
  6. Setelah itu bahan-bahan tadi digaul, letak dalam rice cooker boleh lah tekan masak

[Baca juga : 15 Resepi Ayam Yang Sedap Menjilat Jari]

Langkah 3 (Sambal nasi ayam)

Bahan-bahan untuk sambal:

  • 1 cili besar
  • 7 ulas cili padi (lebihkan kalau nak lagi pedas)
  • 1 biji tomato
  • 3 senduk air rebusan ayam

Cara-caranya

  1. Potong bahan2 sebelum dimasukkan dalam blender
  2. Masukkan 3 senduk air rebusan ayam
  3. Blender sehingga sebati & hancur
  4. Cili yang di blend tadi dimasak di atas dapur
  5. Campurkan gula, garam, air, sedikit cuka
  6. Season to taste
  7. Masak sehingga sedikit pekat lepas tu tutup api

Langkah 4 (Perapan dan Goreng Ayam)

Bahan-bahan untuk perap ayam:

  • Kicap manis
  • Sos tiram
  • Madu

Cara-caranya :

  1. Gaul semua bahan-bahan di atas bersama dengan ayam yang direbus tadi. Saya tak tambah garam sebab sos tiram dah masin. Kuantiti tu saya agak-agak je.
  2. Bila dah sebati perap selama 1 jam. Kadang-kadang bila nak cepat perap selama 30 minit pon dah ok tapi lagi lama perap lagi best
  3. Kicap perapan tu jangan dibuang. Tuangkan dalam mangkuk sebab ianya akan diguna untuk makan bersama nasi nanti
  4. Panaskan minyak sehingga betul2 panas
  5. Slowkan api then masukkan ayam yang diperap tadi.
  6. Goreng dalam 3 – 5 minit macam tu. Bila ayam dah bertukar warna koko angkat lah ia nanti hangit pulak kalau lama-lama

Langkah 5 (Sup Nasi Ayam)

Bahan-bahan untuk Sup ayam:

  • Air rebusan ayam tadi
  • Sup Bunjut
  • 1 kiub ayam
  • Sedikit garam
  • Season to taste

Cara-caranya

  • Masukkan semua sekali dan masakkan sehingga mendidih

Alhamdulillah. Setelah siap, ini hasilnya

Moga-moga perkongsian ini dapat membantu anda sedikit sebanyak. Dah buat, jangan lupa kongsikan di ruangan komen yer.

Kredit : Rozlyn Farah Diana


Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *