Semua orang mengimpikan untuk memiliki kereta atau rumah impian masing-masing. Tetapi, tak semua bernasib baik untuk memiliki sejumlah wang yang banyak untuk membuat pembelian secara tunai.
Oleh itu, pihak bank menyediakan perkhidmatan peminjaman wang tersebut dan kita hanya perlu membayar secara ansuran setiap bulan.
Tetapi, bukan semua orang layak untuk mendapatkan pinjaman wang dari bank. Ada kriteria dan syarat yang ditetapkan pihak bank dan antaranya ialah memiliki laporan kredit yang baik.
Dari situ, lahirlah CTOS atau Credit Tip off Service Sdn Bhd. CTOS ialah sebuah syarikat persendirian yang memberikan kemudahan kepada pihak bank dan syarikat pinjaman berlesen dengan menyimpan rekod maklumat kewangan seseorang.
Pihak CTOS mengumpul maklumat kewangan seseorang melalui pelbagai sumber antaranya
- Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)
- Pendaftar Persatuan
- Penerbitan prosiding undang-undang, makluman di akhbar, dan warta kerajaan
- Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)
- Jabatan Insolvens Malaysia
- Maklumat yang diberikan individu itu sendiri
Tidak seperti CCRIS yang berada di bawah kuasa Bank Negara, maklumat CTOS boleh diakses individu tersebut dengan syarat beliau mendaftar menjadi ahli CTOS di CTOS Information Databases.
[Baca juga : Semakan Online Bantuan Sara Hidup Rakyat ]
Salah Faham Tentang CTOS
Ramai beranggapan CTOS ialah punca mereka blacklist sedangkan pihak CTOS tiada bidang kuasa untuk memberikan pendapat, rating atau ranking berkenaan kewangan seseorang atau pun syarikat.
Semua urusan peminjaman, polisi dan membuat keputusan bukanlah dari pihak CTOS.
Selain itu juga, ada yang mengatakan CTOS tidak mengemaskini maklumat mereka. Perlu diingat yang CTOS ialah satu perpustakaan digital yang menyimpan maklumat berdasarkan maklumat awam.Jadi, pihak CTOS sentiasa mengemas kini sekiranya ada maklumat baru yang diterima mereka.
Semakan Laporan Kredit CTOS
CTOS merekodkan bayaran tertunggak oleh peminjam. Hanya peminjam yang ingkar dan tidak membuat bayaran pinjaman sahaja yang mempunyai rekod CTOS.
Dengan maklumat ini, pihak bank dan institusi peminjaman wang dapat membuat penilaian risiko adakah pemohon sesuai dan layan untuk diberi pinjaman.
Cara Membuat Semakan/ Check Laporan CTOS (Step By Step)
1. Anda perlu pergi ke website CTOS disini dan membuat pendaftaran (Sign Up). Isi ke semua maklumat di borang dan klik Next. Sekiranya sudah sign up sebelum ini, hanya klik login CTOS anda
2. Setelah anda berjaya mendaftar, anda akan menerima emel pengesahan dari pihak CTOS untuk disahkan.
3. Sebaik sahaja anda klik link pengesahan tersebut anda akan menerima satu laporan percuma laporan CTOS. Laporan percuma ini hanya menunjukkan maklumat asas berkaitan laporan hutang dan kredit anda dan memberikan skor kepada laporan anda.
Sekiranya anda mahu mendapatkan laporan berbayar, harganya cuma RM26.50 sahaja.
*Semakin tinggi Skor CTOS anda, menunjukkan rekod pinjaman anda sangat baik.
[Baca juga : Kalendar Bulan Islam Hijrah Tahun 2018 ]
Apakah Maklumat Yang Ada Dalam Laporan CTOS?
Laporan CTOS terbahagi kepada 4 kategori yang mengandungi maklumat berbeza iaitu
Seksyen A – Pengesahan Identiti seperti nombor kad pengenalan, nombor pendaftaran syarikat dan nama penuh
Seksyen B – Memaparkan maklumat perniagaan, syarikat yang dimiliko pemohon sama ada permohonan adalah pemilik tunggal, perkongsian, pengarah syarikat atau pemegang saham.
Seksyen C – Tindakan Undang-Undang – Sekiranya anda ada rekod undang-undang dan pernah disaman atau mfulis, ia akan tertulis di bahagian ini. Pihak bank akan melihat rekod bankrup, tindakan mahkamah
Seksyen D – Memaparkan pinjaman lain yang melibatkan bayaran ansuran seperti kereta PTPTN, rumah dan lain-lain.
Kepentingan Laporan CTOS dan CCRIS
- Dapat digunakan pihak bank
Pihak bank dapat melihat coran bayaran balik hutang-hutang anda sebelum ini. Ini dapat mengurangkan risiko pihak bank dan dapat menentukan jumlah pinjaman yang anda layak dapat.
- Mempercepatkan proses pinjaman
Maklumat CTOS dan CCRIS sudah tersedia dalam format mudah faham. Jadi pihak bank tidak lagi perlu menghabiskan masa untuk mengumpul maklumat kewangan anda menjadikan proses kelulusan pinjaman lebih cepat
- Merancang Pelaburan Anda
Dengan mengetahu laporan kredit anda, anda dapat merancang aktiviti pelaburan anda seperti hartanah, kereta sewa dan lain-lain. Ianya sangat memudahkan.