Doa Berbuka Puasa Ramadhan Yang Shahih Mengikut Ulama’

doa berbuka puasa ramadhan yang shahih

Puasa adalah salah satu ibadah yang termaktub di dalam Rukun Islam yang lima. Semua umat Islam tidak mengira jantina ataupun bangsa wajib melaksanakan ibadah puasa ini.

Puasa dilakukan pada bulan Ramadhan, iaitu bulan ke-9 dalam kalendari Islam. Ibadah ini dilakukan bermula dari terbitnya fajar (waktu subuh) sehinggalah terbenamnya matahari (waktu maghrib).

Puasa bermaksud menahan diri dari makan dan minum dan semua perkara yang boleh membatalkan puasa.

Antara amalan utama yang boleh dilakukan semasa berbuka puasa ialah membaca doa berbuka puasa ramadhan yang shahih dan tepat.

Berikut ialah doanya :

Doa Berbuka Puasa Ramadhan Yang Shahid Menurut Ulama’

 

اللّهُمَّ لَكَ صُمْتُ وَبِكَ آمَنْتُ وَعَلَى رِزْقِكَ أَفْطَرْتُ بِرَحْمَتِكَ يَا اَرْحَمَ الرَّحِمِيْنَ

Bacaan doa berbuka puasa dalam rumi : Allahumma laka shumtu wa bika aamantu wa‘alaa rizqika afthortu birahmatika yaa arhamarraahimiin

Maksudnya : Ya Allah keranaMu aku berpuasa dan kepadaMu aku beriman dan di atas rezekiMu aku berbuka; Dengan RahmatMu wahai yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

 

[Baca juga : Cara Dan Niat Puasa Ganti Ramadhan Yang Betul]

 

5 Amalan Sunat Ketika Berbuka Puasa Yang Boleh Dilakukan

Bulan puasa merupakan bulan ibadah dan setiap amalan sunat yang dilakukan akan dikurniakan pahala seperti ibadah fardhu.

Antara amalan sunat yang boleh dilakukan semasa berbuka puasa ialah :

1. Menyegerakan Berbuka Puasa

Maksudnya kita berbuka puasa sebaik sahaja masuk waktu solat fardhu maghrib tanpa melengah-lengahkan masa. Nabi Muhammad SAW ada bersabda :

لاَ يَزَالُ النَّاسُ بِخَيْرٍ مَا عَجَّلُوا الْفِطْرَ

Manusia akan senantiasa berada dalam kebaikan selama mereka menyegerakan berbuka.” (HR. Bukhari no. 1957 dan Muslim no. 1098)

2. Berbuka Puasa dengan Kurma atau Seteguk Air

Sahabat Nabi, Anas bin Malik ada merekodkan hadis ynag menyatakan Rasulullah SAW sangat suka untuk berbuka puasa dengan kurma basah (rothob). Jika tiada, Rasulullah SAW akan berbuka dengan seteguk air

3. Berdoa Sementara Menunggu Waktu Berbuka

Waktu menunggu untuk berbuka adalah antara waktu yang sangat mustajab untuk berdoa. Mohonlah keampunan dan mintalah apa saja ketika ini kepada Allah SWT.

Nabi Muhammad SAW ada bersabda :

ثَلاَثَةٌ لاَ تُرَدُّ دَعْوَتُهُمُ الإِمَامُ الْعَادِلُ وَالصَّائِمُ حِينَ يُفْطِرُ وَدَعْوَةُ الْمَظْلُومِ

“Ada tiga golongan yang doanya tidak akan ditolak : (1) Pemimpin yang adil, (2) Orang yang berpuasa dan berdoa ketika berbuka, (3) Doa orang yang dizalimi.” (HR. Tirmidzi no. 2526 dan Ibnu Hibban 16/396, shahih).

4. Memberi Makan Kepada Orang Berbuka Puasa

memberi makan orang berbuka puasa

Nabi Muhammad SAW ada bersabda yang maksudnya, sesiapa yang memberi makan kepada orang yang berpuasa untuk berbuka, maka pahalanya akan diberi sama seperti orang yang berbuka tersebut tanpa mengurangi pahala orang berpuasa tersebut walaupun sedikit.

(HR. Tirmidzi no. 807, Ibnu Majah no. 1746, dan Ahmad 5/192, hasan shahih)

5. Mendoakan Mereka Yang Memberi Makan Untuk Berbuka Puasa

Bagi mereka yang menerima makanan untuk berbuka pula, sangat dianjurkan untuk mendoakan orang tersebut. Ini antara doa yang dibaca Rasulullah SAW

Ketika Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam diberi minum, beliau pun mengangkat kepalanya ke langit dan mengucapkan,

اللَّهُمَّ أَطْعِمْ مَنْ أَطْعَمَنِى وَأَسْقِ مَنْ أَسْقَانِى

[Ya Allah, berilah ganti makanan kepada orang yang memberi makan kepadaku dan berilah minuman kepada orang yang memberi minuman kepadaku]” (HR. Muslim no. 2055)

Sesungguhnya waktu berbuka puasa adalah kurniaan dan rezeki yang Allah berikan kepada hamba-hambanya yang berpuasa. Allah memberikan kesempatan kepada kita untuk menyantap makanan dan waktu yang mustajab untuk berdoa.

Waktu ini juga membolehkan kita untuk merapatkan ukhuwah dan silaturrahim sesama ahli keluarga, rakan taulan, sanak saudara dan umat Islam yang lain.

Kita berkongsi rasa lapar dan dahaga yang sama sepanjang seharian kita berpuasa. Semoga waktu berbuka puasa ini dapat dimanfaatkan sebaiknya oleh kita selaku orang-orang beriman.

Sumber : Islam, TandaPagar.com, Wikipedia