Semakan Keputusan UPU Online 2018/2018 Kemasukan UA, IPTA & Politeknik

semakan keputusan upu online 2018 2019

Kami ingin berkongsikan kepada anda maklumat maklumat penting yang berkaitan dengan semakan keputusan upu online 2018/2019. Untuk cara membuat Permohonan UPU online bagi tahun 2018/2019 boleh rujuk disini.

Keputusan UPU ini melibatkan permohonan ke Universiti Awam, Politeknik Premier, Politeknik Konvensional, Politeknik Metro, Kolej Komunit dan Institut Latihan Kemahiran Awam di Malaysia.

  • Universiti Awam Dan Politeknik Premier – UA
  • Politeknik Konvesional, Politeknik Metro, Kolej Komuniti dan ILKA – TVET

Maklumat-maklumat ini dibahagikan kepada beberapa kategori iaitu

  • Permohonan bagi lepasan SPM dan Setaraf
  • Permohonan bagi lepasan STPM dan Setaraf

Antara maklumat yang dikongsikan ialah berkenaan

  • Tarikh Tarikh Penting
  • Semakan panggilan temuduga
  • Hebahan keputusan dan pautan kepada url berkaitan
  • Saluran pantas untuk menyemak keputusan

Maklumat-maklumat ini adalah sahih dan tepat kerana diambil dan dikongsikan terus dari Portal Rasmi UPU, Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pendidikan Tinggi Malaysia

Semakan Keputusan UPU Bagi Lepasan SPM/Setaraf

Terdapat dua kategori bagi keputusan UPU ini iaitu,

  • Program yang memerlukan temuduga
  • Program yang tidak memerlukan temuduga (hebahan terus)
Semakan Nama Layak DiTemuduga Lepasan SPM/Setaraf
PERKARA TARIKH SEMAKAN INFO PENTING
Layak Dipanggil Temuduga 23-29 April 2018 Pautan URL untuk anda semak panggilan temuduga :

Proses Temuduga 23 April – 6 Mei 2018 Anda akan dipanggil temuduga antara tempoh tersebut
Keputusan Temuduga 21 -25 Mei 2018 Keputusan boleh diperolehi sama seperti hebahan umum ke semua UA yang lain

Hebahan Keputusan Permohonan Bagi Lepasan SPM/Setaraf (Semua UA dan TVET termasuk keputusan temuduga)

Tarikh Keputusan Diumumukan pada 21 – 25 Mei 2018

Semakan keputusan boleh dibuat dengan saluran dan cara-cara berikut :

1. Secara online menerusi pautan

2. Menerusi applikasi UPUPocket handphone (android sahaja)

Muat turun terus di Google Play Store di link ini : https://play.google.com/store/apps/details?id=my.gov.onegovappstore.upupocket&hl=en

applikasi upu pocket untuk semakan keputusan upu

3. Semakan Menerusi SMS

  • Untuk Kategori UA

Taip “UPU RESULT Nombor Kad Pengenalan dan SMS ke 15888

Contoh : UPU RESULT 020215178596  dan SMS ke 15888

  • Untuk Kategori TVET

Taip “UPU TVET Nombor Kad Pengenalan dan SMS ke 15888

Contoh : UPU TVET 020215178596  dan SMS ke 15888

Portal semakan hanya dapat diakses pada tarikh yang ditetapkan sahaja. Selain dari tarikh tersebut, sistem tidak dapat diakses. Jadi, sebaiknya, anda boleh cetak keputusan semakan anda sebaik sahaja dapat menyemak.

Permohonan Rayuan Lepasan SPM/Setaraf

permohonan rayuan upu

Bagi pemohon yang tidak berjaya mendapat apa-apa tawaran setelah menyemak keputusan UPU, anda boleh membuat permohonan rayuan secara online. Berikut adalah maklumat tentang permohonan rayuan

  • Tarikh rayuan dibuka : 21 Mei -25 Mei 2018 (sama dengan tarikh menyemak keputusan UPU)
  • Tempoh rayuan hanya selama 5 hari sahaja
  • Sila buat permohonan rayuan di pautan ini bagi ke UA dan Polteknik Premier: https://online.mohe.gov.my/upu/e-Rayuan/
  • Bagi permohonan ke Politeknik Konvensiona, Politeknik Metro, Kolej Komuniti dan ILKA, anda hendaklah terus membuat permohonan rayuan ke institusi pendidikan yang dipohon
  • Keputusan Rayuan bagi lepasan SPM/Setaraf akan diketahui pada 5 Jun 2018 mulai jan 12 tengahari

[Baca juga : Semakan Online Bantuan Sara Hidup Rakyat]

 


Semakan Keputusan UPU Lepasan STPM dan Setaraf

1. Semakan Panggilan Temuduga

PERKARA TARIKH SEMAKAN
Semakan Panggilan Ujian Medsi 11 Mei 2018 (5 Petang)
Semakan Program Temuduga Bukan Pendidikan 11 Mei 2018 (12tengahari)
Ujian Medsi 16 – 20 Mei 2018 (tarikh ujian)
Temuduga Program Bukan Pendidikan 16 Mei – 25 Jun 2018 (tarikh temuduga)
Semakan Panggilan Temuduga Pendidikan 1 Jun 2018
Temuduga Pendidikan 4-27 Jun 2018

Pautan URL Semakan Temuduga Lepasan STPM dan Setaraf adalah seperti berikut :

Keputusan Permohonan Lepasan STPM/Setaraf akan diumumkan pada

  • 30 Julai hingga 5 Ogos 2018
  • Pautan semakan keputusan akan dikemaskini kemudian

Cara dan saluran semakan keputusan adalah sama seperti permohonan lepasan SPM dan Setaraf di atas

Permohonan UPU Fasa 2 Untuk Lepasan STPM/Setaraf
  • Sistem UPU online fasa 2 (kemasukan ke Matrik atau Asasi)
  • Dibuka dari 28 Jun 2018 hingga 2 Julai 2018
Permohonan Rayuan Bagi Lepasan STPM dan Setaraf
  • Tarikh : 6 – 12 Ogos 2018
  • Tempoh : 5 hari sahaja
  • Keputusan Rayuan UPU Fasa 1 : 20 -26 Ogos 2018
  • Keputusan Permohonan UPU Fasa 2 : 10 – 14 September 2018

Maklumat Lanjut Keputusan UPU 2018-2019

Sekiranya anda mahukan maklumat lanjut, atau soalan yang ingin ditanyakan dan berita terkini tentang permohonan dan semakan keputusan UPU bagi tahun 2019/2019, anda boleh merujuk kepada

Soalan-Soalan Lazim Yang Kerap Ditanya Berkaitan Semakan Keputusan UPU

1.Bolehkah saya membuat rayuan sekiranya saya tidak dapat program yang saya inginkan?

Tidak boleh. Rayuan hanya untuk mereka yang tidak ditawarkan apa-apa program sahaja.

2. Berapa pilihankah yang boleh saya pilih semasa permohonan rayuan?

Anda hanya boleh memilih minima 3 pilihan dan maksimum 5 pilihan sahaja untuk permohonan rayuan. Anda boleh memohon program yang sama seperti sebelum ini tetapi ianya tertakluk pada kekosongan tempat dan menepati syarat sahaja.

3. Selalunya, apakah punca saya gagal dalam permohonan UPU?

Biasanya ada 4 sebab yang menjadi punca seseorang gagal dalam permohonan UPU iaitu

1. Tidak Menepati Syarat Khusus Program yang Dipohon

Syarat am ialah seperti lulus sekurang-kurangnya 5 kredit dalam mana-mana subjek termasuk Bahasa Melayu dan Sejarah. Manakala syarat khusus ialah melibatkan sesuatu program.

Sebagai contoh, untuk meneruskan pengajian ke Asasi Sains, anda perlu lulus Biologi. Begitu juga dengan program program kemahiran. Ianya berkait rapat dengan syarat khusus program tersebut.

2. Memohon Program Pengajian Yang Popular

Apabila memohon program pengajian yang popular, akan berlaku persaingan yang sengit dan risiko untuk anda tidak berjaya adalah sangat tinggi.

Sebagai contoh, anda memohon program kejuruteraan. Setelah dilakukan kiraan merit, didapati markah merit anda lebih rendah dari pesaing pesaing yang lain. Justeru permohonan anda akan ditolak.

3. Menolak tawaran dan memohon semula melalui E-Rayuan

Ini biasanya terjadi kepada pemohon yang dapat tawaran program yang tidak diminati. Sebaik sahaja anda menolak dan memohon semula melalui E-Rayuan, sistem akan terus menolak permohonan anda.

Jadi, anda tidak lagi ditawarkan ke mana-mana institusi pendidikan awam di Malaysia. Hanya mereka yang tidak ditawarkan apa-apa program sahaja dibenarkan untuk membuat rayuan

4. Gagal Dalam Temuduga

Bagi sesetengah program yang memerlukan anda ditemuduga, aktiviti temuduga sangat memainkan faktor penting bagi menentukan kejayaan anda berjaya diterima atau pun tidak.

Sikap sambil lewa dan tidak menunjukkan minat yang bersungguh-sungguh semasa temuduga antara faktor anda gagal.

Tunjukkan personaliti yang baik, tonjolkan yang anda meminati program tersebut dan cuba jawab sebaik mungkin soalan dan isu-isu yang diutarakan penemuduga.

 


Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *