Malaysia bukan sahaja terdiri daripada satu bangsa malah terdapat pelbagai bangsa. Antara yang mendominasi ialah bangsa Melayu, China dan India.
Selaku rakyat Malaysia, seharusnya kita memupuk semagat toleransi yang tinggi dan menghapuskan sifat rasis di antara kaum.
Dan dalam artikel kali ini, kita akan membincngkan tentang adat resam dan pantang larang kaum Cina.
Bagi setiap kaum, pasti ada pantang larang dan adat resam yang menghiasi kehidupan mereka. Warisan dan peninggalan nenek moyang mereka ini ada yang masih lagi sesuai dan ada yang sudah tidak relevan dengan zaman moden ini.
Ini termasuklah bagi kaum cina yang tinggal di bumi Malaysia. Apa-apa pun sebagai rakyat Malaysia kita perlu ambil tahu dan menghormati kepercayaan mereka ini.
Adat Resam Kaum Cina Di Malaysia
Kepercayaan dalam agama
- Paling terkenal di Kelantan dengan gelaran Datuk Kong. Datuk Kong ialah dewa yang dikatakan dapat memberikan kekayaan dan rezeki kepada mereka yang rajin berzikir namanya berulang-ulang kali
Kepercayaan dalam adat
- Percaya pada angka yang memiliki elemen negatif dan positif.
- Angka 4 membawa kepada sial dan negatif kerana bunyi angka 4, si sama seperti mati.
- Angka 8 pula membawa kepada kemewahan dan masa depan yang cerah
- Jadi, ada di kalangan orang cina yang sanggup menghabiskan ribuan ringgit bagi mendapatkan angka yang cantik
[Baca juga : Koleksi 55 Kata-Kata Semangat Untuk Bangkitkan Motivasi]
Pantang Larang Kaum Cina Di Malaysia
Adat resam dan pantang larang orang cina sangat unik dan ianya dipengaruhi oleh persekitaran dan alam sekeliling dan nasib. Antara yang popular ialah
Pantang Larang Semasa Kehamilan
- Wanita hamil dilarang membuat kerja-kerja memaku kerana dikhuatitri anak dalam kandungan cacat kerana terkejut
- Wanita hamil dilarang mengeluarkan kata-kata kesat atau memukul binantang kerana risaukan anak yang dikandung akan terkena badi
- Wanita hamil dilarang memikirkan tentang masalah dikhuatiri anak akan terganggu dengan masalah tersebut
- Larangan menggosok perut dengan terlalu kerap kerana bimbang anak akan menjadi terlalu manja apabila besar nanti
- Ibu mertua perlu menjaga wanita hamil bukannya suami
- Larangan memakan buah yang tajam seperti nenas dan mangga kerana ditakuti anak akan menjadi terlalu besar
Pantang Larang Selepas Kelahiran
- Wanita bersalin perlu berpantang selama 40 hari
- Perabot di bilik ibu tidak boleh diubah
- Tidak boleh memuji berat badan bayi
- Bayi hanya disambut sebulan selepas kelahiran
Pantang Larang Semasa Perkahwinan
Perkahwinan antara perkara besar dan penting bagi kaum cina. Ianya adalah peralihan yang akan mempengaruhi seseorang lelaki. Antara pantang larang yang ada semasa perkahwinan ialah
- Tetamu tidak boleh memakai baju berwarna hitam atau helap
- Terdapat upacara minum teh. Pasangan hendaklah memberikan teh kepada ahli keluarga yang lebih tua sebagai tanda pengenalan antara satu sama lain
- Pakaian berwarna merah sangat digalakkan
- Tetamu yang kematian ahli keluarga tidak boleh memberi angpow kepada bakal pengantin
- Tarikh perkahwinan mesti dielakkan dari berlangsung pada bulan perayaan hantu/ qing ming (bulan April)
- Pasangan pengantin yang mempunyai nama keluarga yang sama tidak digalakkan
Adat Resam & Pantang Larang Semasa Kematian
- Upacara kematian berlangsung dari 3-7 hari. Ini membolehkan sanak saudara untuk berkumpul
- Sumbangan wang dalam sampul putih diberikan pada keluarga si mati
- Tidak digalakkan memakai pakaian yang bewarna warni. Sebaiknya warna gelap seperti hitam dan kelabu
- Apabila masuk ke rumah si mati, tetamu mestilah membawa sepasang lilin putih duit kertas dan lain lain alat sembahyang untuk diberi pada keluarga si mati yang kurang berada
- Mayat dan keranda tidak boleh disentuh oleh tetamu
- Tetamu akan diberikan seutas benang merah atau gula gula berikat benang merah sebagai tanda terima kasih
- Si mati akan dipakaikan dengan pelbagai aksesori terutamanya wanita
- Keranda yang digunakan mestilah dalam keadaan baik dan cantik
- Tetamu dan ahli keluarga perlu menguatkan tangisan sebaik sahaja si mati diusung ke tanah perkuburan
[Baca juga : 7 Khasiat Buah Pisang Kepada Manusia]
Adat Resam & Pantang Larang Semasa Perayaan
- Rumah perlu dibersihkan beberapa hari sebelum Tahun Baru Cina
- Dilarang menyapu lantai pada hari pertama tahun baru cina
- Dilarang mengeluarkan kata-kata kesat dan kasar kerana ia merosakkan keharmonian sepanjang tahun
- Dilarang memecahkan alatan tembikar dan gelas. Ini membuatkan rezeki tidak stabil
- Pada hari ketiga tahun baru cina, orang cina tidak melawat rumah saudara dan kawan kerana dikhuatiri akan berlakunya pergaduhan
- Ang pow hanya boleh diberi kepada mereka yang belum berkahwin dan tidak boleh diberi selepas perayaan Chap Goh Mei (hari ke-15)
- Tarian singa dipersembahkan bagi menghalau kuasa jahat seperti syaitan dan iblis
- Mercun juga dipasang bagi menghalau kuasa jahat
- Duit dalam angpow mestilah berjumlah genap seperti 2,4,6
Adat Resam & Pantang Larang Semasa Makan
- Orang tua dilarang makan kangkung kerana boleh menyebabkan sakit sendi
- Mereka yang ada luka dibadan tidak dibenarkan makan udang dan ketam
- Nelayan yang makan di atas kapal dilarang membalikkan ikan yang mereka makan kerana dikhuatiri membawa bencana dan kemalangan
- Tidak boleh bercakap dan membuat bising seperti mengetuk pinggan semasa makan
Inilah antara adat resam dan pantang larang yang ada dalam masyarakat cina di Malaysia. Walau bagaimana pun, kaum cina juga sangat fleksibel dan mudah untuk didekati dan beramah mesra.
Jadi, penting kita selaku rakyat Malaysia untuk memahami kaum cina supaya kita dapat merapatkan lagi silaturrahim sesama kaum di Malaysia ini.
Sumber : AbuAnasMadani, Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara