E Penyata Gaji – Slip Gaji Online Bagi Penjawat Awam Kerajaan 2018


Satu sistem telah diperkenalkan Jabatan Akaun Negara Malaysia (ANM) bagi memudahkan semua penjawat awam untuk mendapatkan penyata gaji secara online iaitu E Penyata Gaji.

Slip gaji online ini sangat penting bagi penjawat awam dalam memudahkan urusan urusan penting seperti pinjaman bank, pertukaran tempat kerja, dan sebagainya.

Kesemua kakitangan kerajaan mempunyai hak untuk mendapatkan informasi lengkap dan terperinci tentang gaji mereka yang dibayar majikan.

Maklumat Yang Ada Dalam E-Penyata Gaji Anda

Antara maklumat yang wajib ada dalam slip gaji anda ini ialah :

  • Jumlah pendapatan – bayaran penuh dari Gaji Pokok, elaun Tetap atau sementara dan bayaran tunggakan gaji sebelum dikenakan apa-apa cukai, insurans atau potongan yang dicajkan
  • Jumlah Potongan – amaun gaji yang dipotong bagi membayar Cukai Pendapatan, Biro Angkasa, Perkeso, KWSP, Insurans, Pinjaman Perumahan Kerajaan dan lain-lain
  • Jumlah Pendapatan Bersih – setelah menolak semua potongan tetap dan tidak tetap pada bulan tersebut, penyata anda perlu memberikan maklumat pendapatan bersin anda

Langkah Demi Langkah Untuk Melihat dan Mendapatkan Slip Gaji Online Anda

1. Akses portal Sistem e-Penyata Gaji & Laporan ANM disini

2. Untuk Yang Pertama Kali Mendaftar

Untuk mendaftar masuk kali pertama ke sistem e-Penyata Gaji & Laporan, anda diminta mendaftar terlebih dahulu dengan klik pada pautan tulisan berwarna biru “Pertama Kali Mendaftar”.

Skrin Pendaftaran Pengguna Baru berikut akan dipaparkan:

Sila masukkan maklumat yang diminta di ruangan yang telah disediakan dan klik butang OK. Adalah

Peringatan! Ruangan yang bertanda ( * ) adalah wajib diisi.

Pendaftaran yang berjaya bergantung kepada kemasukan maklumat No.Kad Pengenalan/No.Pasport/Kod Pengenalan Lain dan No.Gaji yang disahkan sahih oleh sistem.

Panduan Mengisi Borang:

MEDAN KETERANGAN
No Kad Pengenalan atau No. Pasport Kod pengenalan yang digunakan dalam penyata gaji Contoh:

  • No K/P Baru : 811212111234
  • No K/P Lama : A 1234567
  • No Pasport : A 121212123
  • No Lain : RF12345
No Gaji No gaji anda.Sekiranya anda mempunyai lebih daripada satu no. gaji, sila gunakan salah satu daripada nombor-nombor gaji anda.
Kata Laluan
  • Minima 8 aksara
  • Maksima 12 aksara.
Sahkan kata Laluan Masukkan sekali lagi kata laluan untuk sahkan kata laluan
Soalan Keselamatan Soalan keselamatan dan jawapan digunakan untuk membantu  anda  mengingati kata    laluan anda sekiranya anda terlupa.Anda boleh memilih salah satu daripada soalan berikut

  • Siapakah nama asal ibu anda?
  • Apakah makanan kegemaran anda?
  • Apakah nama haiwan peliharaan anda
  • Apakah warna kegemaran anda?
  • Dimanakah tempat kegemaran anda?
Jawapan Anda memberi jawapan kepada soalan yang anda pilih seperti di atas
No H/P ** No H/P digunakan bagi medium penghantaran katalaluan sementara kepada anda apabila anda menekan link Lupa Kata laluan.

Contoh: +60124567899

Telco Pilihan telco yang disediakan adalah Maxis, Digi, Celcom dan Umobile sahaja.
Alamat e-mel ** Alamat e-mel digunakan bagi medium penghantaran katalaluan sementara kepada pengguna apabila pengguna menekan link Lupa Katalaluan

Contoh: ali84@treasury.gov.my

Pilihan cara menerima notifikasi perubahan kata

laluan

Medium penghantaran mesej kepada anda yang mengandungi kata laluan sementara. Sila tick salah satu atau kedua-duanya.
** ANDA PERLU MENGISI SALAH SATU RUANGAN INI BAGI MEMBOLEHKAN SISTEM MENGHANTAR KATA LALUAN SEMENTARA

Setelah selesai anda mengisi semua maklumat tersebut, sila tekan butang “OK” dan skrin berikut akan dipaparkan.

Sila klik “Daftar Masuk”.

[Baca juga : Permohonan UPU Secara Online (Langkah Demi Langkah)]

 

3. Login – Daftar Masuk Ke Portal e-Penyata Gaji

Klik butang “Daftar Masuk”, dan skrin dibawah akan dipaparkan. Sila masukkan No.Kad Pengenalan atau No. Pasport atau Kod Pengenalan Lain Yang Sah serta Kata Laluan anda yang telah berjaya didaftarkan dalam sistem sebelum ini dan klik butang “Daftar Masuk”.

Setelah berjaya masuk, skrin berikut akan dipaparkan :

Sila beri ambil perhatian kepada peringatan bertulisan merah!

  • Seterusnya, klik Kemaskini untuk mengemaskini profil.
  • Sila masukkan No H/P, Telco dan Alamat e-mel bagi tujuan penghantaran kata laluan sementara apabila pengguna terlupa kata laluan.

4. Cari Maklumat Penyata Gaji Bulanan & Tahunan

  • Anda hanya perlu klik pada submenu “Sendiri” dibawah bahagian Penyata Gaji Bulanan atau Penyata Pendapatan Tahunan (di sebelah kiri skrin)
  • Pilih bulan atau tahun yang anda inginkan
  • Klik icon kecil berwarna biru untuk muat turun penyata gaji anda untuk bulan atau tahun tersebut
  • Hanya penyata gaji yang telah dimuat naik majikan akan tertera
  • Seeloknya anda boleh cetak dan simpan penyata gaji anda untuk kemudahan anda di masa akan datang

5. Daftar Keluar

Setelah selesai urusan anda, pastikan anda daftar keluar untuk keluar dari sistem. Ini bagi mengelakkan maklumat anda disalah guna pihak yang tak bertanggungjawab.

Aduan dan Laporan Sekiranya Ada Masalah

Sekiranya anda menghadapi sebarang masalah atau ada sebarang pertanyaan untuk diajukan, anda boleh mengemukakan melalui

  • Email : epayslip@anm.gov.my
  • Dan sertakan maklumat Nama PenuhNo.KPNo.Gaji,No.Kod Pejabat PerakaunanNo.Kod Jabatan dan No.Kod Pusat Pembayar

Jadual Gaji Penjawat Awam 2018

[Baca juga : Permohonan eGTukar Pertukaran Guru Online]

 

Soalan-Soalan Lazim Yang Selalu Ditanya Berkenaan e-Penyata Gaji Online

1. Bagaimanakah cara untuk mendapatkan maklumat NO. GAJI bagi tujuan pendaftaran?

Pihak tuan/puan dipohon menghubungi pegawai/kakitangan di Unit Gaji tempat pihak tuan/puan bertugas.

2. Apa yang perlu saya lakukan sekiranya saya mendapat sms/emel yang memberitahu Perkara: Reset Kata Laluan di Sistem ePenyata Gaji & eLaporan dengan disertakan kata laluan untuk memasuki sistem?

Ini bermakna anda telah mengetik Lupa Kata Laluan dan sistem telah menghantar kata laluan sementara melalui emel atau/dan sms kepada alamat atau/dan no telefon yang didaftarkan didalam sistem.

Sekiranya anda telah mendaftarkan emel dan no telefon anda yang sah didalam sistem dan sebenarnya anda tidak pernah pun mengetik Lupa Kata Laluan, sila abaikan sms/emel yang anda terima. Anda masih boleh memasuki sistem menggunakan kata laluan sedia ada.

3. Bolehkah suami/isteri/rakan/saudara mendaftar/mendaftar semula sebagai pengguna Sistem ePenyata Gaji dan Laporan bagi mewakili saya?

Tidak boleh. Berdasarkan polisi keselamatan pihak ePayslip tidak akan memberi maklum balas kepada pengadu yang bukan pengguna berkenaan.

4. Berapa lama tempoh Penyata Gaji dan Penyata Pendapatan Tahunan disimpan di dalam Sistem ePenyata Gaji dan Laporan?

Anda boleh memuat turun dokumen Penyata Gaji dan Penyata Pendapatan Tahunan dalam tempoh berikut:

  1. 18 bulan terkini bagi Penyata Gaji Bulanan; dan
  2. 7 tahun terkini bagi Penyata Pendapatan Tahunan.

Adalah menjadi tanggungjawab individu/penjawat awam untuk memuat turun kesemua penyata yang dikeluarkan bagi tujuan simpanan SEBELUM dilupuskan daripada sistem ePenyata & Laporan.

Kegagalan anda memuat turun ePenyata SELEPAS tarikh pelupusan ePenyata diumumkan adalah TIDAK DILAYAN.

5. Bagaimanakah cara untuk membuat pembetulan/pindaan No. Kad Pengenalan dan maklumat lain dalam Penyata Gaji ?

Anda dinasihatkan supaya menghubungi pegawai/kakitangan Unit Gaji/Pentadbiran anda supaya mengemaskini maklumat No.Kad Pengenalan anda yang sebenar. Kegagalan pengemaskinian ini akan menjejaskan capaian anda kepada ePenyata Gaji masing-masing.

Bagi tujuan ini;

  1. Pengemaskinian ini turut perlu dilakukan di HRMIS oleh anggota sendiri
  2. Pengemaskinian oleh Unit Gaji/Pentadbiran PDRM HQ,  anggota PERLU mengemukakan salinan kad pengenalan masing-masing.

Maklumat di Sistem ePenyata Gaji hanya akan dipinda setelah proses pembayaran gaji bulan berikutnya dan tindakan perkara (i) diambil oleh anda.

6. Saya telah membuat reset katalaluan, namun tiada maklum balas yang diterima melalui emel atau sms. Apakah yang perlu saya lakukan?

Maklum balas tidak diterima kemungkinan disebabkan oleh perkara-perkara berikut iaitu

  • Maklumat nombor telefon atau emel tidak dimasukkan kedalam sistem semasa tuan/puan membuat pendaftaran kali pertama; atau
  • Maklumat nombor telefon atau emel yang didaftarkan didalam sistem tidak lagi sah atau bukan kepunyaan tuan/puan menyebabkan maklum balas tidak sampai kepada tuan/puan.

Tuan/puan perlu melaporkan perkara ini kepada epayslip@anm.gov.my bagi membolehkan tuan/puan mendaftar semula didalam sistem.


Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *